Friday, December 31, 2010

~Ujung Waktu~


Kalau boleh tak mau ulang tayang. Bukan cerita P.Ramlee yg main ulang2. Aku nak yg baru je semua nanti. Aku tak mau nanti jalan cerita yg sama jugak. Bagi la aku jalan cerita yg lain sikit. Cerita yg lebih segar. Urban sikit kot. Tapi kalu cerita dapat hidayah, lagi bagus. Alhamdullilah. Watak pun biar la ramai. Aku jemu asek ramai itu aje. Tapi kalu ramai tuh menyiksakan, buat aku tertekan aku mintak jauh la. Kalau nak kasi jugak, aku terima. Tapi mohon watak aku lebih kuat dr segi mental dan fizikal.  Aku tak kisah cerita tuh sedih ke, eppy ke, seram ke, pilu ke. Yang penting jgn ulang jalan cerita yang same. Aku dah jemu.  

Ni ape ni? Pelakon ke ko? Dapat offer blakon ke ko? Harus la tak kan. 

Ni harapan 2011.

Selamat Tahun Baru Aku.




Wednesday, December 22, 2010

~The Buried Life~


What you want to do before you die? Cerita ni setiap ari Rabu. Jam 9.30 kat 8tv. Arini punye episod aku tgk, punya la bikin aku jiwa aku meruntun. Cool 4 org mat saleh yg cute ni. Diorg buat keje ni sebab diorg dah bosan hidup tanpa hala tuju selama ni. And diorg pun wat list 'What you want to do before you die'. Tak kisah la mcm mane diorg bleh terbit cerita ni. Alkisahnya tujuan cerita ni mulia. 

Every week diorg akan travel to any town. Looking for stranger and asking the same question 'What you want to do before you die'. This week aku tgk ade gurl name Queen. Dia punye wish nak pi kubur mak dia. Mak Queen mati mase taufan kathrina. Kubur mak Queen kat Denver. Queen nak pi Denver ni, tapi tak dek duit. So that 4 cute guy ni kenela make her wish carik kubur mak dia kat Denver come true.

Alahai sedih sudah, 4 org ni punye la mulia. Pi mintak keje kat Corky's, kutip sebanyak yg boleh tip untuk terbangkan si Queen ni. Sukses donk! Then 4 org ni pi la jumpe Queen balik. Diorg bgtau la kat Queen yg diorg keje kat Corky untuk collect tip sebanyak yg mungkin. Kalau la ade stranger yg sudi buat mcm tuh untuk aku, mau aku drama kat situ. 

Kalau la diorg ni datang Wangsa Maju ni, jumpe aku and tanye 'What you want to do before you die', ape aku nak jawab ek. Bleh tak aku nak tau sape yang akan terima organ aku sebelum aku mati? Tapi mane boleh. Aku kene mati dulu baru organ aku diambil org. Ape aku nak buat ek sebelum aku mati?

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15...

Buffer time dah 15 minit. Aku tak boleh pikir.Dem! Tak pe la, bagi aku tidur dulu. Biar aku jumpe jawapan dalam mimpi nanti. Selamat malam dulu. 

Tuesday, December 21, 2010

~Bukan Orang Suci~


Kisah cinta. Tapi bukan cinta sebenar. Ini hanya untuk suka2. Untuk hiburkan hati bila ade perasaan berbunga2. Rasa macam rama2 terbang dalam perut bila tgk si kacak. Kacak ke soalnya. Bukan kacak. Tapi karisma itu berantai dalam diri si kacak tadi. Bikin perasaan aku suka dgn rasa ini. Mungkin salah rasa ini. Arghh...persetankan.

Aku akan jadi suka bila dia tundukkan wajahnya dan lighting dr ceiling menyimbah separuh wajahnya. Jelas kesempurnaan wajah kacak itu. Ishh...hensem betol mamat ni, dalam hati je la tapi. Kalau la dia tahu perasaan ni. Kompem2 ini pesanan dari dia. 


Bukalah matamu
Berpaling dari diriku
Benamkan semua mimpi-mimpimu
Jujur pada hati
Masih banyak cinta menanti
Jangan kau harapkan aku


Aku tak kecewa kalau itu pesannya. Sebab aku sudah tahu kamu. Tapi biarkan aku gembira dengan rasa ini. Boleh? Mesti la boleh, sebab dia belum tahu dan tak kan tahu. 

Saturday, December 18, 2010

~Incomplete~

Empty spaces fill me up with holes 
Distant faces with,no place left to go
Without you, within me
I can find no rest.Where I'm going is anybody's guess



I tried to go on like I never knew you
I'm awake but my world is half asleep
I've prayed for this heart to be unbroken
But without you all I'm going to be INCOMPLETE


Voices tell me I should carry on
But I am swimming in an ocean all alone
Baby, my baby,   It's written on your face
You still wonder if we made a big mistake



I don't mean to drag it on 
But I can't seem to let you go
I don't wanna make you face this world alone
I wanna let you go

**************************************

Lagu ni BSB nyanyi time diorg dah umo 30-an. Suara pun dah jantanz sikit. Bila first verse Aj nyanyi sedap betol suara dia like usual la kan. Then bile masuk chorus suara Nick yg semakin serak, gabung plak ngan suara lembut Howie D. Gile strong lagu ni. Kevin main piano lak. Aku sgt jatuh cinta kalu lelaki pandai main instrument. Seyes! aku setiap kali dgr lagu ni rase nak nangeh. Rase siot perasaan tuh menusuk dlm jiwa aku yg blues ni. Lagu ni dah lame, tahun 2005. Zaman aku main cinta main jiwa. Sajala malam ni aku nak layan lagu ni. My feberet song foeber. Teringin nak nyanyi lagu ni dgn penuh perasaan mcm diorg nyanyi, nak ade suara seserak Nick Carter. Malam ni aku dok ulang lagu ni sampai jemu. Mcm ni la kalu dah dok sorg kat umah, sampai selase plak tu. Punya la aku menyanyi sampai jiran rase nyampah...hihihi...





Wednesday, December 15, 2010

~Notty face~



Muke di atas adalah my family 'official face' kalu nak menyakat or mengejek sesame kami. Tapi kami berani buat kat kalangan adik beradik aje. Tak buat kat kawan2 atau saudara mara. Sesape yg baru lahir, naseb dia pun akan same satu hari nanti. Bila cukup umo untuk diajar, kami mesti mendorong malah pakse budak tu, sampai budak tu tau buat muke mcm ni. Hahahaha.

Sepanjang aku hidup ni mmg tak penahlah kami adik beradik buat muke ni untuk rakaman dalam camera. Sebab muke ni adalah sgt huduh untuk dibuat, apetah lagi dirakam. Tapi kali ni, si Deq Nor yg baru sekolah tahun 2 berani berani buat muke ni time kami semua amek gambo ngan pengantin atas pelamin. Aduh terasa sangat lawak dan terasa mcm dah kantoi beso kami semua adik beradik, baik ipar duai, baik makayah, baik cucu2 mak ayah yang lain. Hahahaha...deq nor...deq nor...


Monday, December 13, 2010

~BANGSELEBOO~

Kalau bahan lawak, ulang banyak kali pun dia tetap lawak. Tapi gelak ketawa itu hanya difahami oleh org2 yang berada ditempat kejadian aje. Bila dah berkumpul ramai2 ade saje tukang karut. Bayangkan dalam rumah makayah aku minggu lepas semua adik beradik ade. 28 org bersempit2 tido, makan, gelak ketawa, mandi dalam rumah yang sederhana besar tuh. Macam2 gaya bile tgk semua org tido kat ruang utama rumah. Setiap sudut ade aje yg umat yg tido.

Macam tu la kalu sekali-sekala umah aku ade kenduri kawin. Setiap kali berkumpul mesti ade lagu tema yg akan jadi igauan setiap hari. Kali ni kakak aku dr Tawau dok ulang lagu rakyat 'BANGSELEBU'. Sengaja je dia kumpulkan semua angin dalam mulut, sampai kembong pipi baru dia hembuskan perkataan 'BANGSELEBU' tu.  Kami semua ade perasaan nak sekeh aje Kak Ita ni bila dia buat mcm tu. Ntah ape lagunya, kami semua tak dpt tangkap. Dah la suke ulang perkataan tuh banyak kali. Mau 30 kali satu hari. 

Makayah dapat menantu lagi. Aku pulak dpt ipar baru. Selamat datang dalam keluarga besar kami. 



Dah besar semua anak sedara aku. Membesar dgn cantek dan kacak lagi. Acuan terbaik la katakan. Sampaikan photographer suka dgn diorg, camera pun menghala pada diorg aje. Sian pengantin tenggelam dek anak sedara yg comey n kacak mcm diorg ni. 



Bila kenduri habis, kendara pula menanti. Penat mengemas, membasuh dah tak terbendung lagi. Perkataan 'BANGSELEBU' dah tak kedengaran sekerap sebelum kenduri. Sampaikan aku terpaksa memerah otak, fikir lagu ape yg ade perkataan 'BANGSELEBU'. Sekali Kak Ita give up sudah bah. Lirik lagu sebenar dinyanyikan. Kami sambung ketawa lagi. 

Bangselebu keladi sawa,
Hujan turun mati katun,
Sireh rempah pinang berseri,
Mintak tolong si tangan kiri..

Semalaman kami semua main semula permainan rakyat yang pernah kami main waktu kecik dulu. Anak saudara yg masih awal generasinya menyambung tradisi. Minta diajar cara bermain. Nak kapak ke nak gergaji, sebahagian dr permainan 'BANGSELEBU'. Lirik lagu penuh berkumandang hampir setiap 10 minit. Sekejap je lagu ni diorg hafal. Pada aku cantek betol suasana begini. Bila lagi dapat berkumpul agaknya.  

*kenape mati katun bukan mati katak*





Wednesday, December 8, 2010

~Jangan Salah Masuk~

Tetikus ditekan untuk memanggil giliran seterusnya. Nombor dialun oleh suara gadis yang lemah lembut. Di hadapan aku kini ade seorg pemuda berusia pertengahan 30-an. Pemuda itu menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Dalam hati aku. 'Ermm...tak kacak lagi'. Tanpa kata2 aluan dari aku, pemuda itu sudah mengajukan bebarapa soalan sambil menghulurkan henponnya. Aku hanya mendengar dan cuba untuk faham seterusnya membantu. Itu dah memang tugasan aku sehari-harian.

Sekarang henpon dah bertukar tangan. Waktu ditangan aku yg terkena iron pagi tadi, screen henpon sudah sampai ke bahagian inbox SMS. Aku terus meneliti setiap SMS yg menjadi igauan ngeri pemuda tadi. SMS tidak bernombor itu membuatkan aku terpaksa menyoal nombor henpon pemuda itu. Bukan aku nak mengorat dia, bukan best pun mengorat fesyen lame mcm tuh. Aku zaman tekno ok. Sesudah nombor henponnya disebut dari mulut pemuda itu, aku mengetuk abjad dikeyboard. Butang ENTER ditekan. 'DATA NOT FOUND'. Aku bertanya..'brader pakai prepaid ke bill'? Pemuda yang berwajah kusam itu menjawab 'topup'. Aku membuat cubaan kali kedua. Abjad ditekan butang ENTER diketuk keras. Masih lagi 'DATA NOT FOUND'.

Ape sudah down ke system harini, dalam hati aku terdetik. Setahu aku system arini memberi kerjasama yang baik. Tak ade masalah baby are you down down down pun. Aku berhenti bersangka buruk dengan system syarikat aku yang semakin terkemuka ni.

Aku mendapat ilham dr Ilahi. Aku ambil semula henpon pemuda itu dengan tangan yang kene iron pagi tadi. Aku tekan butang 'BACK'. Main screen terpapar sekarang. Dan aku dapati asap hijau dalam diri aku dah sampai ke tekak. Sikit lagi nak terkeluar kat idung. 

Aku menyinga.. 'Encik ni pakai line *(&;^ ke pakai line &^&% '?? Aku buntang kan mata. Memberi pandangan makrifat kepada pemuda yang sekarang ini dalam sedikit ketakutan. Mata aku terus memanah kearah wajah kusam pemuda itu. Dalam hati aku harap pemuda itu akan terbakar didepan mata aku. Mencair tubuhnya dek kerana renungan aku yg menggelegak panas. Pemuda itu menelan kelat air liurnya. Serba tak kena pemuda itu. Mungkin sedang memaki hamun diri sendiri tentang perkara terbodoh yang pernah dia lakukan sepanjang hidupnya. 

Aku maafkan pemuda itu. Dengan harapan ade la penhijrahan dalam diri dia untuk tak silap masuk lagi. Aku cuba bayangkan orang yg beli tiket AirAsia tapi pegi KLIA carik flight kat sane. Haishh...sampai esok tak jumpe. 

Salam Maal Hijrah



Saturday, December 4, 2010

~Masak~

Dah lame tak masak untuk diri sendiri. Sejak umah aku saluran gas kene potong oleh Gas Nasional aku dah tak masak. Malas bayo bill punye pasal. Mahai bebeno pun RM10 sebulan. Baik beli tong gas. Baik la kan, baik la sgt. Sebabnye sampai sekarang tak beli-beli lagi tong gasnye. 

Perasaan nak masak untuk diri sendiri membuak-buak ni. Aku pun kononnya masak la menu tuk aku. Aku nak buat appetizer, Nachos cicah ngan cheese sos. Gile...terror ke?

Bahan-bahan untuk appetizer :

2 sudu butter
1/2 liter susu
1 sudu setengah kot tepung gandum
3 sudu garam
6 keping cheesedale
3-4 pack blackpaper mekdi
2-3 pack dominos punye chili flake
daun sup untuk hiasan


Memule panas kan butter. Butter ngan mentega tuh same kan? Bile dah cair, aku masuk kan susu. Lepas tuh aku cedok tepung gandum and humban dlm...dalam ape..ok rahsia. Aku kacau sampai jemu, kalu tak nanti jd beketol plak. Aku koyak kan Blackpaper mekdi yg aku selumber paw tadi aku masukkan sekali. Lepas tuh Dominos chili flake plak jadi mangsa. Semua aku humban sekali. Bancuhan tuh dr warne kuning tadi dah jadi mcm oren-oren sikit. Masuk garam barang 3 sudu. Hambek ko masin sampai darah tinggi. Last sekali baru aku bukak cheesedale. Masuk 6 keping. Amek ko...sedap gile bau. Proses buat mende ni kene laju2. Kalu tak nanti dia berketol. Aku pun siap gune siku tadi nak bukak cheesedale ni. Punye la nak cepat. Pastu aku sambung kacau sampai la cheesedale tuh hancur. 

Hasil time panas mmg cair cheese sos ni. Tapi kene tunggu sejuk baru dia mcm likat2 baek punya. Daun sup, ok lupe. Potong halus2 tabur la wat hiasan. Macam la cantik kan. Buat bersepah aje sebenarnye. Tadi nak beli daun sup aku kompius ngan kucai...ekeke..Ok menjadi cheese sos aku ni. Nachos tak dek care nak buat ek. Beli aje kat jusco tadi. Siap la aku punye appetizer. 




Takkan la ni aje aku masak untuk diri sendirikan. Disebabkan aku tak dek dapur aku kene la masak masakan ni satu-satu. Gile kesian anak bujang dikota metropolitan ni. Hidup survivor btol. Tak pe aku tau aku kreatif. Aku nak masak main dish. Gile poyo kan. Nak makan sorang aje ni. Aku nak masak spegeti olio. Ngeeee...gelak kan kat diri sendiri. 

Bahan-bahan spegeti olio :

Spegetti
Cili masak 1 aje jgn lebih
Bawang putih 6 ulas
Udang 
Garam
Gule
tomato cherry
Sprite Lemon
Parmesan Cheese

Aku ni takut cili. Merah sikit aje aku dah takut nak makan. Perut aku kalu nampak makanan seangkatan ngan sambal mule la memulas-mulas. Itu baru perut aku nampak, belum lagi perut aku kene menanggung masakan sambal tuh. So, aku tak mau cari pasal ngan perut aku. Mane dia letak mate dia pun aku tak tau perut ni. Jangan la harap aku nak gune cili banyak. 1 ni pun aku dah rase banyak dah. Sebab cili tuh kene rincih jadi halus. Sama la nasib ngan bawang putih tuh. Aku rincih baek punye sampai lumat. Saje tak mo blend. Sebab blender aku tuh aku nak gune blend air kejap lagi. Hahaha.

Tumis cili ngan bawang putih yg dah rincih tu dalam...ok masih rahsia. Dah naik bau aku terjunkan udang. Udang aku kasi kopek bogel. Seksi abes la udang aku ni. Nanti kalu makan tak yah nak pikir2 buang kulit. Aku ngap aje nanti. Bile udang mcm dah merah-merah, aku masuk kan spegeti yg aku dah celur awal tadi. Aku masuk garam sikit, gula sikit. Macam kering aje aku tgk spegetti aku ni. Aku pun cube masuk kan sprite lemon yg bergas. Hahahaha. Gile dowh...memercik gas dia. Bau sedap tetibe menusuk lobang idung jiran sebelah umah aku. Aku yakin dia terliur. Biarkan dia...sape suruh tak hensem. 

Ape la naseb spegeti olio aku ni. Ade hati lagi aku potong tomato cherry dalam 4 biji. Aku goreng sekali, konon-konon dapat la menutup cacat cela kejap lagi. Macam dah masak je aku tgk, aku pun angkatla spegeti aku taruk dalam pinggan Daia yg aku dpt free beberape tahun lepas. Gile lawa ok spegeti aku. Aku pun amek garfu, angkat dlm 5-6 urat gulung2 kan, tiup-tiup sikit baru aku masuk dlm mulut. Heeekkkk....heeekkkk...Ermmm...terus aku pegang tengkuk aku. Aku tak percaya dengan keupayaan sprite lemon. Membuatkan aku punye spegeti rase masam2 manis. Garam pun ade peranan jugak kat situ. Masin dia ngam ngam aje. Nak kate sedap sangat tak la. Tapi memang sedap la. Terror siot aku masak.


Amacam? Nampak sedap tak? Kembong perut aku makan arini. Yang ijo-ijo tuh is daun bawang yg aku lupe nak letak kat cheese sos. Aku cincang sampai tak nampak rupe. Tema arini sume main cincang. Lepas geram. Sume bahan aku main cincang. Padan muke bahan2 ni. hahaha...Bleh la tahan aku masak untuk diri sendiri. Dah la ngan kreatifnye masak pakai rice cooker aje.hahaha.

Panjang rupenye entry ni dah. Dah le tuh kisah alkisah masak ni. Air aku minum air mineral yg aku beli kat kedai uncle je. Tak larat nak wat air yg spesel ni. Lenkali aje la aku sambung kisah dongeng mcm ni. Hahahahaha...



Friday, December 3, 2010

~Last Resort~

Cut my life into pieces. This is my last resort. Suffocation. No breathing. Don't give a fuck if I cut my arm bleeding.This is my last resort. Do you even care if I die bleeding. Who did me wrongWho did me rightIf I took my life tonightChances are that I might. Mutilation outta sight. And I'm contemplating suicide. Cause I'm losing my sightLosing my mindWish somebody would tell me I'm fine. I never realized I was spread too thin. Till it was too late. And I was empty within. Hungry. Feeding on chaos. And living in sin. Downward spiral where do I begin. It all started when I lost my ____.No love for myself. And no love for another. Searching to find a love up on a higher level. Finding nothing but questions and devils. Nothing's alright. Nothing is fine. I'm running and I'm cryingI'm cryingI'm cryingI'm cryingI'm cryingI can't go on living this way... 

aku mood tenshen seminggu ni. balik dr PD rase serabut kat tempat keje. tak dek sape2 ke nak tolong baling bom kat area tuh???ngeeeee...


Sunday, November 28, 2010

~Sorry. Your adorable have expiry date~

Teringin nak ada dalam zaman laila dan majnun, zaman shahjahan dan mumtaz, yg cinta bermati-matian. Besar gile nilai cinta diorg zaman tuh. Setia sampai bawa ke ajal. Sayang yg tak da tolok bandingan. Hargai setiap detik bersama. Dasat. Kental betol jiwa. 

Tak wujud perkataan skandal gamaknya dalam kamus hidup diorg. Macam zaman sekarang mcm2 perkataan yg seumpama dengan perkataan skandal. PTL =Part Time Lover. Kekasih Gelap. Anak ikan. Toy Boy. Wah gile banyak perkataan ni dalam kamus idup aku rupenye. 

Lately aku crush with someone. Tapi seminggu aje crushnye. Setelah ade sesuatu yg buat aku terOFF button like kat dia. Maka terkeluarla tajuk entry yg mcm ni. 


Friday, November 26, 2010

~I force them to do this..did I?~



Kadang2 payah untuk mentafsir...
Kadang2 kerana terlalu banyak berfikir...
Kadang2 harapan terlalu tinggi sampai sukar untuk disingkir...
Kadang2 apa yg dimimpi tidak sama dengan yg hadir...


Usah banyak pertikaian kerana akan mengundang ketidakpuasan hati...
Usah selalu ber'kalau' kerana itu tanda syaitan dekat dengan hati...
Usah berburuk sangka sampaikan nanti ketemu jalan yg mati...
Usah kedekut kederat diri bukankah itu juga rezeki yg harus dikongsi...


Angkatkanlah tangan itu, dan mula ucapkan kata2 syukur...
Angkatkanlah kelopak mata itu, biar jelas pandangan yg kabur...
Angkatkanlah darjat minda itu, agar tidak terus tersungkur...
Angkatkanlah wajah itu, tetapi bukan sekali-kali untuk bertakbur...


Dari aku untuk aku!

Sunday, November 21, 2010

~Rekod aku ada~


Balik Ipoh kali ni sebab urusan keluarga. Dah dua tahun besday sendiri mesti kene balik Ipoh. Ade aje tanggungjawab keluarga yg kene aku selesaikan. Tapi ok juge, cz kali ni aku balik ada terima surat dr Urusan Sri Paduka Baginda. Maklum la sesejak ni asek dpt surat utusan raja sehari aje. Tak sangka balik Ipoh time besday kali ni ade surat dr Pusat Sumber Transplan Nasional.

Bile bukak surat ni, bace first paragraph terus rase tersentak dan meremang bulu roma. "Kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana anda telah berdaftar sebagai penderma organ dan tisu selepas meninggal dunia" . 

Alhamdulillah rekod aku ada disana. Untuk ulang tahun aku kali ni tiada lebih yang aku mau. Cukuplah kalian mengetahui aku adalah penderma organ. 


Selamat Hari Lahir untuk aku dari aku.


Tuesday, November 16, 2010

~Red Velvet Cake~

Merah menyala kek sekor ni. Jenuh aku gugel pasal kek ni semalaman. Siap aku mengWikipedia lagi pasal kek ni. Alkisahnye klik sini. Kek ni is layer kek selang seli ngan vanilla. APE VANILLA?? Macam ni la time aku bace wiki. Aku dan vanilla is like gajah dengan tebu. Memang favo la. hihihihi...
Jangan tanye pasal resepi. Aku mmg tak penah kisah dengan resepi kek ni. Yang aku tau dia nampak mengancam kau memang D'bom. Aku nampak kat blog sorg ni. Dia mmg buat kek ni sendiri. Syabas betey! Aku?? Nak buat sendiri? Is IDOK LE TEMAN. Aku sanggup je beli. Malangnye aku ni tak penah rase pun kek ni lagi. ekekekeke...
Dek kerana aku kemaruk nak sangat mencoba kek ni, aku pun gugel lagi. Celah mane ade jual kek ni. Aku bukanla jenis pemakan kek tegar. Make kurang la info pasal latest kek. Kek ni pun org dah makan berkoyan2 dah. Aku je jakun tak penah makan. huhuhuhu...
Gambar diatas aku amek dr website California Pizza Kitchen KLCC. CPK punye description trus buat aku pengsan. CKP tulis mcm ni ~Three layers of moist red velvet cake frosted with vanilla bean cream cheese and white chocolate curls. Served on vanilla bean sauce. Also available à la Haagen-Dazs ~ 

*aku dah pengsan tika ini*








Monday, November 15, 2010

~Entah aku makin lupa atau sebaliknya~

video

Ingatan aku samar2 tentang kisah itu. Bila jadinya juga aku kurang pasti. Malas mau menyelak helaian yg pernah aku bahasa basikan dulu. Mana letaknya naskah itu pun aku tidak pasti. Entah jadinya di bulan November atau Oktober aku kurang jelas. Tak sangka aku mampu untuk lupa. Aku pikir tarikh keramat itu akan terus bersemadi dalam lubuk ingatan ni. Apa sudah jadi dengan kotak simpanan ingatan aku? Mereputkah ia?Apa pentingnya aku ingat dengan tanggal itu? Kerana tidak kira apapun takkan pernah habis air mata ini bila ingat tentang kamu. 

Sunday, November 14, 2010

~Committed to your dream~

Perghh...tajuk kali ni tag line maxis. Pinjam jap ye maxis. Terpanggil aku nak merungkai tagline ni ngan kisah aku. Dulu kala aku tak punye satu impian pun. Tak tau nak impikan ape dlm hidup ni. Sang mimpi pun jarang bertandang bila aku naum (naum : tidur). Sekali arab daa.  Hidup aku main redah aje main harung aje. Nak pulak zaman kejatuhan emosi aku dipenguhujung 2006. Lagi la, remuk redam renyuk hati aku, luluh lemah longlai untuk meneruskan pekerjaan yg dinamakan hidup ini. Aduh drama. Stop it!

Ok back to the tagline. Buat mase sekarang ni aku mmg punye satu je matlamat. Nak sgt pi Europe. Nak tour Europe tuh. Tahun depan aku dah masuk 3 series. Aku nak bikin something yg best dlm life aku. Aku pilih untuk mengembara 8 negara. Maka bermula la mimpi aku yg macam2. Nak makan macaroon perase mint ngan vanilla la kat London. Nak melawat tempat mandi kat Roman Bath la. Nak lepak kat Hyde Park la. Nak pi Oxford Uni la. Nak jadi permaisuri kat Buckingham la. Ini baru wish list aku kat London. Belum lagi Paris, Rome, Amsterdam, Venice, Alps dan semuanya lah.

Cerita macam org kaye aje aku ni. HUH! OK aku tak kaye. Aku pun tak tau mcm mane aku nak sampai tempat2 ni. Tapi ape2 pun aku dah apply cuti. Dan yg bestnye cuti dah pun approve. Gile ape. Cuti dah ade tapi duit nak pi tak ade lagi? Gigih simpan duit dari bulan 5 2010 lagi. Harapan tertinggi adalah pada bonus tahunan. Itu aje penyelamat aku. BONUS : BOMBA. 

Kalau dikenang-kenang aku bukan mampu nak travel merata mcm sekarang ni. Kapal terbang pun tak penah aku mimpi nak naik dulu.

Jasa siapa semua ni? 
Siapa penyebab semua ini? 
Angkara siapa ini? 
Haa...Katakan pada beta!

Kalau la aku jawab semua persoalan tu adalah kerana aku, bongkak betol aku, riak betol aku, takbur sungguh aku. Tapi ini semua kerja Tuhan. 

Dia temukan aku dengan org yg hebat2.
Org yg dorong aku untuk berani bermimpi.
Org yg sogokkan aku dengan ilmiah berguna.
Org itu ialah org yang sponsor aku passport. 


Jauh dari sudut hati aku amat menghargai orang itu. Orang itu aku doakan dirahmati Allah dan diberi ketenangan dlm ruang hidupnya. Entah dimana org itu sekarang ni. 

Dek kerana buku kecik warne merah tuh la aku cuba bermimpi. Dan aku berani mencipta mimpi sendiri. Terus gigih mcm tagline maxis, committed with my own dream. Usaha Doa Tawakal. Mohon mimpi jadi benar. 

Tuesday, November 9, 2010

~ Belum Waktu ~

Malam ni semua rakyat malaysia bertaraf marhaen, bersengkang mata. Ini kerja si TONY. Bukan Tony Romas, bukan juge Anthony Morse. Ini kerja Tony pak gelap. Tony tokey Air Asia. Promo hujung tahun yg aku tunggu datang juga tarikhnya. Bertongkat bulu mata menanti malam. Menggigil jemari mengetuk kibot. Brotben di usap, mulut turut terkumat kamit baca jampi mentera. Mohon2 brotben kasi kerjasama. Netbuk elok atas ribaan aku, sampai memecah lemak peha dek kepanasan bateri.

Hasil? Bertubi msg di YM, meletop2 merah menyala signal chat di Fesbuk, Oh Mai God lagu sms berbunyi. Semua tanyakan soalan yg sama. Ada ke tiket ko nyah? Dengan emosi kurang kawalan, aku mengkopipes hasil halaman asmara seperti di bawah. Aku izinkan semua menjadi bomoh malam ni untuk meramal keadaan aku sekarang. Huhuhu.


Select flights

Calendar
Sorry, flights for this date are unavailable or sold out. Please search for a different date or refer to our Flight Schedule for details. For flights departing within the next 12 hours, please contact our Call Centre.Click here to check our Flight Schedule.
Fares shown EXCLUDE taxes

Return