Thursday, May 31, 2012

~ Penutup May ~



Sekurang-kurangnya tiga kali aku berulang naik turun lift. Biar tidak banyak barang yang aku bawa, tapi kudrat cuma aku seorang. Selesai semua barang dimuatkan dalam Caldina, perjalanan diteruskan. Memandu seorang diri , sambil melayan lagu-lagu hit yang diputarkan oleh DJ Fly.fm. Fikiran melayang dengan rancangan sehari dua ini. Pindah dari Taman Paramount ke USJ 8. Aku bertugas di Sunway. Lebih kurang jaraknya. Yang dicari bukan jarak dekat atau jauh, tapi keselesaan dan ketenangan bukan bingar seperti yang sebelumnya.

Jumaat ini aku berangkat untuk menyelam di Pulau. Bus akan bertolak dari Hentian Putra. Caldina akan aku tinggalkan kepada seorang teman. Aku bercadang untuk mengambil kesempatan dengan rumah di Taman Paramount. Kalau bertolak dr USJ ke KL, pastinya lewat sampai. Jalan pun jam. Hari Jumaat memang lazim begitu. Di sinilah kesempatan yang aku ambil. Kunci rumah di Taman Paramount belum aku kembalikan. Aku janji akan kembalikan 1 June, Jumaat. Teman serumah setuju. Padahal aku mau tumpang mandi selesai pulang dari kerja Jumaat nanti. Langsung meneruskan perjalanan ke KL.

Begitu aturcaranya nanti. Dalam masa yang sama aku sudah pun menerima kunci rumah di USJ. Untuk 2 malam ini aku mau terus bermalam di USJ. Aku sudah tidak sabar lagi untuk menikmati keselesaan dirumah itu. Disediakan katil bersaiz queen, kipas siling dan 1 meja computer. Paling aku idamkan kipas siling. Alangkah bahagianya tidur dengan kipas siling berbanding kipas meja. 10-11 tahun aku gunakan kipas meja. Mungkin tak banyak beza tapi pada aku ini adalah satu nikmat. Seperti orang miskin yang selalu menikmati bilis tiba-tiba dapat makan seketul ayam.

Perjalanan ke USJ mengambil masa kurang lebih 30minit. Sampai saja depan pintu sekuriti, lesen aku ditinggalkan kerana aku gunakan pas visitor. Aku meluncur terus ke block rumah yang baru disewa. Perasaan biasa saja, sederhana. Pintu rumah dibuka, suram. Tiada penghuni. Teman serumah bilang melalui phone dia keluar sebentar. Pusingan pertama, beg Vertikal , Deuter dan handbag Gucci tiruan dimasukkan dulu. Aku tutup pintu rumah dan menuju Caldina untuk pusingan seterusnya. Kali ni kotak baju, tombol pintu dipulas. ‘tap…tap’… tak boleh buka.

Kunci? Seluruh poket aku seluk. Kosong.

Mana kunci rumah? Dalam Rumah!!..Fuck!!Macam mana nak masuk ni?

3 jam masa berlalu. Aku terkunci diluar. Paling malang ini malam pertama aku dirumah ini. Menunggu teman serumah pulang, tidak nampak rupa bayang. Handphone, duit, kunci rumah Taman Paramount semua dalam beg Gucci tiruan dalam rumah yang terkunci. Jiran tertangga tiada yang mahu bertanya. Aku juga hanya diam membatu. Apapun yang mereka bisa bantu. Pecah rumah? Mustahil. Sekuriti Nepal yang jelas sukar untuk berkomunikasi sudah 3 kali meronda setiap jam. Boleh tahan tahap keselamatan dikawasan ini.

Buntu setelah 3 jam menanti. Berlalu saja sekuriti ketiga aku berniat untuk panjat bahagian belakang rumah. Ada grill yang boleh aku buka selaknya. Kemudian aku boleh lompat masuk ke ruang yang disediakan untuk mesin basuh dan jemur pakaian. Cermin tingkap bahagian dapur senang untuk diupil. Aku masukkan tangan melalui tingkap untuk buka tombol pintu dari dalam. Begitu strateginya.

Aku kerabat panjat dari koridor depan rumah jiran, kemudian meniti ke bahagian belakang rumah. Selak grill aku raba. BABI!! Rancangan gagal. Selak grill diperketatkan dengan padlock. Damn!! Aku turun kembali melalui jalan yang aku panjat tadi. Kecewa usah dibilang. Aku menuju ke Caldina untuk tahu waktu. Jam sudah 12.44 pagi. Apa lagi harus aku usahakan. Kemana saja teman serumah ini tidak pulang-pulang. Kemana juga aku mau pergi? Bagaimana mahu hubungi? Mana Ringgitnya?

Aku lemparkan pandangan keluar, sebuah kereta peronda polis lalu melepasi luar kawasan rumah. Apa mungkin aku adukan kepada Polis Diraja Malaysia? Polis Diraja Malaysia ada kemahiran buka pintu macam agen CSI? Atau Polis Diraja Malaysia CMI [cannot make it]? Enjin Caldina dihidupkan. Aku keluar melalui sekuriti. Pas visitor bertukar dengan lesen milik aku. Terus menyusuri jalan menuju ke balai polis berdekatan.

Tak sangka untuk berurusan dengan pegawai polis perlu ambil nombor giliran. Jam sudah 1.15 pagi. 30 saat kemudian nombor aku dipanggil suara gadis elektronik. Suara aku lemah keletihan bercerita. Aduan didengar dengan teliti oleh pegawai polis bernama Fahrul. Malang jawapannya.

“Polis tak dak kemahiran tahap tu. Kami boleh ambush rumah dengan pecah pintu rumah ja. Kalau pakar pintu ni, tukang kunci ja la. Awat tak pi cari tukang kunci ja tadi?”…

“Tak de ke polis yang mcm CSI tuh boleh bukak pintu pakai dawai, tanpa merosakkan pintu?”… makin perlahan suara dilontar.

“Sat saya call”…

Panggilan dibuat, kepada siapa aku tidak pasti. Fahrul tanyakan alamat aku, dan sampaikan kepada penerima panggilan tadi.

“Ok, cik balik sekarang ada polis peronda tunggu depan guard house tu. Bagi depa tengok dulu macam mana”…

“Ok”…

Caldina setia membawa aku kemana pun aku kemudi sterengnya. Benar seperti yang diberitahu Pegawai Fahrul. Kereta peronda polis sudah pun menanti depan guard house. Aku masuk, ambil pas visitor dan berurusan dengan pegawai polis yang baik hati menunggu. Kereta peronda membontoti Caldina aku. Setelah diparking baik, polis meninjau sekitar rumah. 10 minit ambil masa untuk putuskan tindakan. Aku mencadangkan padlock belakang dipecahkan. Aku juga tunjukan cara bagaimana untuk panjat menuju ke grill belakang.

“Bahaya ni cik, kita mesti utamakan keselamatan kita. “…

Aku cuma diam. Suara sudah hilang tenaga untuk melawan. Intonasi pertuturan sudah hilang daya lontaran. Polis masih meninjau-ninjau. Aku biarkan saja. Punyalah aku tidak yakin dengan keupayaan mereka. Aku melenggung dikoridor belakang rumah.

Tiba-tiba entah dari mana polis datang dengan giant cutter. Dan suruh aku ketepi. Dia naikkan seluarnya dan mula memanjat koridor. Meniti dari belakang seperti mana aku buat awal tadi. Dia minta aku hulurkan giant cutter yang dibawanya. Aku akur. Kurang lebih 5minit padlock sudah siap dipotong. Selak pada grill dibuka mudah. Dia melompat ke dalam. Rintangan seterusnya upil tingkap, dan buka tombol dari dalam. Batang penyapu digunakan untuk urusan kali ini. Nampak mudah membuka tingkap dapur itu. Aku fikir aku juga bisa buat. Tombol dipulas dari dalam. Dia berjaya masuk. Aku ucap syukur.

Jam sudah 2.30 pagi. Aku masukkan semua barang selepas aku ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pegawai polis yang baik membantu. Rupa-rupanya polis kita TTMI [try to make it]. Oklah not bad.

Pengajaran. Selalulah bersangka baik kepada siapa pun, dengan apa pun, walau dimana pun. Terutama kepada Sang Pencipta. Teman serumah memang tidak pulang sampai sudah.

“Macam-macam aku ni”… aku mengeluh sendiri.




Wednesday, May 30, 2012

May Muncul Kembali



Setahun sudah berlalu tentang aku bepergian membawa diri yang kemalangan. Aku kembali 4 bulan lalu dan meneruskan perjalanan hidup di daerah asli. Tidak merantau lagi. Akur dengan tuntuan dunia realiti. Bukan lagi masa untuk ujikaji. Cuma hadapi apa yang mendatang. Sejauh ini, belum bisa selesa. Tapi tidak terlalu buruk nasibnya. Sedang-sedang. Tidak pula aku menaruh harapan tinggi kali ini. Jauh sekali untuk tidak bersyukur.

Waktu ini aku menjawat jawatan paling ringan di sebuah syarikat multinational. Asing, tapi tidak terlalu canggung. Sebati, tapi tidak pula keterlaluan. Pernah punya pengalaman dalam bidang ini, cukup untuk aku menjinak-jinakkan diri. Lempar saja aku kemanapun, Insyaallah aku bisa subur.

Biarpun aku terpaksa lupakan bilik kecil yg aku huni 10tahun lalu, namun aku masih mengunjunginya saban minggu. Maklumlah semuanya bermula di situ. Buruk baik detik dilalui, ke situ juga aku terperuk. Agak perih mulanya untuk mencari penempatan selepas sudah terbiasa tinggal dikawasan suburban. Kali ini masuk kali kedua aku berpindah rumah. Moga yang ini paling akhir. Amin.

Tentang hubungan perkawanan di sini, bukan tiada tapi masih perlahan. Pemergian aku selama lebih 8 bulan banyak yang sudah berubah. Masing-masing punya tuntutan waktu sendiri. Akur juga aku dengan perubahan ini. Tidak pernah aku menyesal atas apa yg terjadi kerana pastinya punya hikmah. Bagus untuk kamu, bagus juga untuk aku. Buruk rasa kamu, pastinya buruk juga aku merasa. Jadi tak mengapalah pasti akan ada pengganti kerabat dan kawan.

Aku cuba untuk membaiki diri. Mencari makanan rohani yang mula kebuluran. Dekatkan diri dengan Sang Pencipta sejak aku mula lalai sepanjang kehidupan aku dipulau dulu. Dari seorang sahabat yang kenalkan aktiviti masjid, aku mula membabitkan diri. Walau cuma sebulan sekali, rohani kini mula terisi. Tidak banyak, asal tidak putus bekalannya.

Aku kira cukup 5 perenggan ini, sebagai tanda aku masih bernafas lega…

Thursday, December 29, 2011

~ Am Suck [Part 4] ~

Am hurt enough, And you asked me the question that 'something to ponder'.

Monday, December 19, 2011

~ Am Suck [Part 3] ~


Sejak kejadian seludup ke resort sebelah, aku jadi bertambah best duduk kat pulau ni. Aku suke sebenarnye duduk kat pulau ni. Pengalaman tuh lain sangat. Keje tapi macam tak keje sangat. 3minggu kat pulau, seminggu balik darat. Life pun simple aje. Aku tak beli baju pun dok sini. Atas pulau aku tak penah kuar duit sesen pun. Gi keje pakai t-shirt bodoh aje. Tak yah nak iron2 baju kat sini.

Jumpe ngan macam-macam orang. Lain-lain negara. Pestime aku jumpe orang Ukraine dalam hidup aku. Skang ni Ras Adibah Radzi ade kat sini. Sempoi la dia tuh. Gigih orangnye. Anak angkat dia name Umar Ras Engel, pun dah beso 4 tahun dah. Handicap pun bleh bela anak angkat. Tapi tgk la dia keje ape plak kan. Sebabkan dia personality tv, si Paulo bos aku suruh aku tulis pasal dia dalam blog resort. Tak koser mak nak layan cadangan Paulo tuh. Kang blog resort, aku buat jd mcm blog abg nara plak. Huhuhu…aku cakap kat Paulo, tak bleh sebarang cerite pasal orang pemes kat kat blog kite. Orang pemes tak ske. Kang paparazzi tau plak activity orang pames tuh. Ekekekeke…baik punye aku kelentong…tapi last-last aku kene gak tulis kat blog resort pasal kehadiran personality tv ni...dah le tak dek muke aku dlm picture tuh...huh.Pasal aku tukang amek gambo.

Dah aku tercerita pasal ni plak. Aku nak cite pasal aku sebenonye. Entah la, pendek cerita aku nak dok pulau. Tak mau balik semenanjung lagi wat mase skang ni. Kalau mak ayah berkeras gak soh balik, baru aku pikir pasal balik. Skang ni mak ayah aku tgh berkeras la ni, pasal kakak aku dah sampai Ipoh kemarin. Skype ngan mak aku kat FB semalam derang soh balik sampai nak makan screen laptop tu mak aku bercakap...Hahahaha…tak pe…tunggu derang berkeras tahap minuman keras, maksud aku sampai jatuh hukuman berat kat aku kalau aku tak balik. Tak baik derhaka sebenarnye, tak cium bau syurga plak aku nanti.

Kak Dayang cakap kat ayah, aku takkan balik selagi Hans Isaac tak datang pulau aku menyelam...ekekeke...sebek kak dayang sokong...tapi ayah aku jawab 'apekejadahnye'. Aku boleh bayangkan ayah aku cakap 'apekejadahnye' tu macam gaya Wan Kamaruddin. Hahaha...ok aku berdosa!

Stop disini!!!



Friday, December 16, 2011

~ Am Suck [Part 2] ~


Nekad dah ni aku punye keputusan. Masuk pulau lepas cuti beberape hari kat darat, aku dah budget aku tegar ngan keputusan aku. Time dinner aku jumpe sume kawan-kawan pulau aku kat sini. Derang sume wish welkem back kat aku. Aku biase2 aje perasaan time tuh. Malas nak ade perasaan. Lepas makan, kitorang lepak mcm biase. Pastu macam bosan je topic kami. Ade la sorang ni ajak seludup pi resort sebelah untuk lepak-lepak. Pasal siang tadi derang dive derang jumpe guest dr resort  sebelah sgt happening.  So konon nak pi say hi la kat guest resort sebelah. Macam la kat resort kami sendiri tak dek guest kan. Nak gak layan guest resort sebelah. Ekekeke….

Sebenonye resort aku, sangat la mahal nak mati. So guest yg dtg sini sumenye kaye-kaye. Dan selalunye datang untuk leisure je. Nak privacy, nak honeymoon, jenis-jenis tu je selalunye. Resort sebelah stail budget punye resort. Guest derang pun selalunye memude, divers  jenis gile-gile. Minuman kat resort sebelah pun murah dari resort kami jual. Coke kat resort aku jual rm5, resort sebelah rm3. Tu je aku amek tau, pasal tu aje aku minum. Yang lain aku tak tau la. Tu pun aku tak penah beli, org belanja je selalu.

Maka bermulalah kerja menyeludup pi resort sebelah. Resort sebelah punye owner sgt la sporting. Dia org south Africa. Manager kat resort sebelah plak name Nurul kawan Justine, dive instructor aku time aku amek open water dulu.  Aku rase kami dah 3 kali buat keje ni. Lepak resort sebelah. Sebenarnye owner resort kami tak kasi staff pi resort sebelah. Pasal ape aku pun kurang pasti. Derang cakap kisah sejarah masa silam. Tapi kamiorang tak peduli pun. Yang bermasalah tu korang bukan kami.

Kami lepak sampai pagi. Ade guest dr Holland. Mude lagi and baru je amek open water. Sorang tuh keje therapist kat gym. Body sangat la smart. Tapi muke tak comey. Kawan dia muke comey. Memang gile derang ni. Kami main gamela, borak pasal ikan, kutuk resort kami…muaahahaha… 


Thursday, December 15, 2011

~ Am Suck [Part 1] ~


Aku baru balik dari bercuti smlm. Kali ni aku naik darat, lepak kat Tawau umah kakak aku. Pasal kakak aku dah dapat tukar balik penang. 18 Dec ni flight dia. Abeh la aku tinggal sorang kat sini. Tak dek sedara mara or adik beradik lagi. Aku sesak nafas gak bile dengar  pertukaran dia diluluskan. Mak ayah menjerit mintak aku balik semule. Risau derang aku sorang dok kat sabah ni. Tambah-tambah lagi aku bekerja kat pulau ni.

Semua hasut suruh balik. Jadi aku pun macam tertarikla jugak nak balik. Aku mule la compare antara pulau ngan darat. Darat ade TV. Kalau aku balik keje kat KL aku bleh makan mekdi ari2. Ade kawan-kawan yg paham lawak aku. Ade kawan-kawan bleh link wifi ngan aku. Sume la best kat darat tuh. Aku pun decide la nak balik dalam bulan march. January aku pi KK, layan WWR. February aku amek advance. March aku pi Sipadan. Pastu balik Semanjung trus.

HUH!!!!

Wednesday, November 23, 2011

~ Entah ~


Aku tidak suka penulisan aku sejak aku berada di pulau ini. Jelek. Kurang enak. Malah kadang-kadang terlalu bahasa buku. Aku lebih suka dengan penceritaan aku sewaktu aku kemalangan jiwa dulu. Aku juga tidak mengerti. Apa mungkin aku paling gagal bila bercerita tentang perasaan gembira. Kembali kepada tajuk...ermmm...