Sunday, November 28, 2010

~Sorry. Your adorable have expiry date~

Teringin nak ada dalam zaman laila dan majnun, zaman shahjahan dan mumtaz, yg cinta bermati-matian. Besar gile nilai cinta diorg zaman tuh. Setia sampai bawa ke ajal. Sayang yg tak da tolok bandingan. Hargai setiap detik bersama. Dasat. Kental betol jiwa. 

Tak wujud perkataan skandal gamaknya dalam kamus hidup diorg. Macam zaman sekarang mcm2 perkataan yg seumpama dengan perkataan skandal. PTL =Part Time Lover. Kekasih Gelap. Anak ikan. Toy Boy. Wah gile banyak perkataan ni dalam kamus idup aku rupenye. 

Lately aku crush with someone. Tapi seminggu aje crushnye. Setelah ade sesuatu yg buat aku terOFF button like kat dia. Maka terkeluarla tajuk entry yg mcm ni. 


Friday, November 26, 2010

~I force them to do this..did I?~



Kadang2 payah untuk mentafsir...
Kadang2 kerana terlalu banyak berfikir...
Kadang2 harapan terlalu tinggi sampai sukar untuk disingkir...
Kadang2 apa yg dimimpi tidak sama dengan yg hadir...


Usah banyak pertikaian kerana akan mengundang ketidakpuasan hati...
Usah selalu ber'kalau' kerana itu tanda syaitan dekat dengan hati...
Usah berburuk sangka sampaikan nanti ketemu jalan yg mati...
Usah kedekut kederat diri bukankah itu juga rezeki yg harus dikongsi...


Angkatkanlah tangan itu, dan mula ucapkan kata2 syukur...
Angkatkanlah kelopak mata itu, biar jelas pandangan yg kabur...
Angkatkanlah darjat minda itu, agar tidak terus tersungkur...
Angkatkanlah wajah itu, tetapi bukan sekali-kali untuk bertakbur...


Dari aku untuk aku!

Sunday, November 21, 2010

~Rekod aku ada~


Balik Ipoh kali ni sebab urusan keluarga. Dah dua tahun besday sendiri mesti kene balik Ipoh. Ade aje tanggungjawab keluarga yg kene aku selesaikan. Tapi ok juge, cz kali ni aku balik ada terima surat dr Urusan Sri Paduka Baginda. Maklum la sesejak ni asek dpt surat utusan raja sehari aje. Tak sangka balik Ipoh time besday kali ni ade surat dr Pusat Sumber Transplan Nasional.

Bile bukak surat ni, bace first paragraph terus rase tersentak dan meremang bulu roma. "Kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana anda telah berdaftar sebagai penderma organ dan tisu selepas meninggal dunia" . 

Alhamdulillah rekod aku ada disana. Untuk ulang tahun aku kali ni tiada lebih yang aku mau. Cukuplah kalian mengetahui aku adalah penderma organ. 


Selamat Hari Lahir untuk aku dari aku.


Tuesday, November 16, 2010

~Red Velvet Cake~

Merah menyala kek sekor ni. Jenuh aku gugel pasal kek ni semalaman. Siap aku mengWikipedia lagi pasal kek ni. Alkisahnye klik sini. Kek ni is layer kek selang seli ngan vanilla. APE VANILLA?? Macam ni la time aku bace wiki. Aku dan vanilla is like gajah dengan tebu. Memang favo la. hihihihi...
Jangan tanye pasal resepi. Aku mmg tak penah kisah dengan resepi kek ni. Yang aku tau dia nampak mengancam kau memang D'bom. Aku nampak kat blog sorg ni. Dia mmg buat kek ni sendiri. Syabas betey! Aku?? Nak buat sendiri? Is IDOK LE TEMAN. Aku sanggup je beli. Malangnye aku ni tak penah rase pun kek ni lagi. ekekekeke...
Dek kerana aku kemaruk nak sangat mencoba kek ni, aku pun gugel lagi. Celah mane ade jual kek ni. Aku bukanla jenis pemakan kek tegar. Make kurang la info pasal latest kek. Kek ni pun org dah makan berkoyan2 dah. Aku je jakun tak penah makan. huhuhuhu...
Gambar diatas aku amek dr website California Pizza Kitchen KLCC. CPK punye description trus buat aku pengsan. CKP tulis mcm ni ~Three layers of moist red velvet cake frosted with vanilla bean cream cheese and white chocolate curls. Served on vanilla bean sauce. Also available à la Haagen-Dazs ~ 

*aku dah pengsan tika ini*








Monday, November 15, 2010

~Entah aku makin lupa atau sebaliknya~

video

Ingatan aku samar2 tentang kisah itu. Bila jadinya juga aku kurang pasti. Malas mau menyelak helaian yg pernah aku bahasa basikan dulu. Mana letaknya naskah itu pun aku tidak pasti. Entah jadinya di bulan November atau Oktober aku kurang jelas. Tak sangka aku mampu untuk lupa. Aku pikir tarikh keramat itu akan terus bersemadi dalam lubuk ingatan ni. Apa sudah jadi dengan kotak simpanan ingatan aku? Mereputkah ia?Apa pentingnya aku ingat dengan tanggal itu? Kerana tidak kira apapun takkan pernah habis air mata ini bila ingat tentang kamu. 

Sunday, November 14, 2010

~Committed to your dream~

Perghh...tajuk kali ni tag line maxis. Pinjam jap ye maxis. Terpanggil aku nak merungkai tagline ni ngan kisah aku. Dulu kala aku tak punye satu impian pun. Tak tau nak impikan ape dlm hidup ni. Sang mimpi pun jarang bertandang bila aku naum (naum : tidur). Sekali arab daa.  Hidup aku main redah aje main harung aje. Nak pulak zaman kejatuhan emosi aku dipenguhujung 2006. Lagi la, remuk redam renyuk hati aku, luluh lemah longlai untuk meneruskan pekerjaan yg dinamakan hidup ini. Aduh drama. Stop it!

Ok back to the tagline. Buat mase sekarang ni aku mmg punye satu je matlamat. Nak sgt pi Europe. Nak tour Europe tuh. Tahun depan aku dah masuk 3 series. Aku nak bikin something yg best dlm life aku. Aku pilih untuk mengembara 8 negara. Maka bermula la mimpi aku yg macam2. Nak makan macaroon perase mint ngan vanilla la kat London. Nak melawat tempat mandi kat Roman Bath la. Nak lepak kat Hyde Park la. Nak pi Oxford Uni la. Nak jadi permaisuri kat Buckingham la. Ini baru wish list aku kat London. Belum lagi Paris, Rome, Amsterdam, Venice, Alps dan semuanya lah.

Cerita macam org kaye aje aku ni. HUH! OK aku tak kaye. Aku pun tak tau mcm mane aku nak sampai tempat2 ni. Tapi ape2 pun aku dah apply cuti. Dan yg bestnye cuti dah pun approve. Gile ape. Cuti dah ade tapi duit nak pi tak ade lagi? Gigih simpan duit dari bulan 5 2010 lagi. Harapan tertinggi adalah pada bonus tahunan. Itu aje penyelamat aku. BONUS : BOMBA. 

Kalau dikenang-kenang aku bukan mampu nak travel merata mcm sekarang ni. Kapal terbang pun tak penah aku mimpi nak naik dulu.

Jasa siapa semua ni? 
Siapa penyebab semua ini? 
Angkara siapa ini? 
Haa...Katakan pada beta!

Kalau la aku jawab semua persoalan tu adalah kerana aku, bongkak betol aku, riak betol aku, takbur sungguh aku. Tapi ini semua kerja Tuhan. 

Dia temukan aku dengan org yg hebat2.
Org yg dorong aku untuk berani bermimpi.
Org yg sogokkan aku dengan ilmiah berguna.
Org itu ialah org yang sponsor aku passport. 


Jauh dari sudut hati aku amat menghargai orang itu. Orang itu aku doakan dirahmati Allah dan diberi ketenangan dlm ruang hidupnya. Entah dimana org itu sekarang ni. 

Dek kerana buku kecik warne merah tuh la aku cuba bermimpi. Dan aku berani mencipta mimpi sendiri. Terus gigih mcm tagline maxis, committed with my own dream. Usaha Doa Tawakal. Mohon mimpi jadi benar. 

Tuesday, November 9, 2010

~ Belum Waktu ~

Malam ni semua rakyat malaysia bertaraf marhaen, bersengkang mata. Ini kerja si TONY. Bukan Tony Romas, bukan juge Anthony Morse. Ini kerja Tony pak gelap. Tony tokey Air Asia. Promo hujung tahun yg aku tunggu datang juga tarikhnya. Bertongkat bulu mata menanti malam. Menggigil jemari mengetuk kibot. Brotben di usap, mulut turut terkumat kamit baca jampi mentera. Mohon2 brotben kasi kerjasama. Netbuk elok atas ribaan aku, sampai memecah lemak peha dek kepanasan bateri.

Hasil? Bertubi msg di YM, meletop2 merah menyala signal chat di Fesbuk, Oh Mai God lagu sms berbunyi. Semua tanyakan soalan yg sama. Ada ke tiket ko nyah? Dengan emosi kurang kawalan, aku mengkopipes hasil halaman asmara seperti di bawah. Aku izinkan semua menjadi bomoh malam ni untuk meramal keadaan aku sekarang. Huhuhu.


Select flights

Calendar
Sorry, flights for this date are unavailable or sold out. Please search for a different date or refer to our Flight Schedule for details. For flights departing within the next 12 hours, please contact our Call Centre.Click here to check our Flight Schedule.
Fares shown EXCLUDE taxes

Return



Sunday, November 7, 2010

~ Ini bukan soal setia ~

Lame aku tinggal kat umah ni. 2010, masuk tahun ke lapan aku disini. Sampaikan tuan rumah bertukar tangan la.  Dulu En. Omar tuan umah ni. En. Omar dok kat kedah. Keje petronas kate tuan umah baru aku Kak Mala. Kak Mala gossip lagi, En. Omar ni kaya orgnya, ade bini dua, tapi tak reti nak rolling duit. Tambah Kak Mala beberapa tahun lepas. Sebabkan tu Kak Mala beli umah ni. Murah! RM50 ribu aje, Abg Omar sempit duit. Alasan Kak Mala lagi.

Memang aku tak pernah tahu pasal En. Omar. Jumpa pun tak penah. Tapi 3 tahun jugak dia jadi tuan umah ni selama aku menghuni disini. En. Omar tak byk kira, janji duit masuk katanya. Bila nak tukar tuan umah kami harap tuan umah baru ni cool mcm En. Omar la jugak. Sekarang dah masuk tahun kelima aku berurusan ngan Kak Mala. Sederhana orgnya, masih belum kawin. Bujang cool mcm aku jugak. Walaupun Kak Mala naikkan harga sewa kami tetap rase dia tuan umah yg cool. Ok tipu! tak cool part naik harga. HEH!

Banyak cerita umah ni. Aku sendiri pun dah berkali2 tukar bilik. Mula dr bilik belakang, bilik depan kemudiannya dan ujungnya aku kembali ke bilik belakang semula. Balik ke asal. But still under one roof. Dari umah ni terbuka untuk kawan2 aku dtg bertandang, buat makan2, buat openhouse time raya, sampai la sekarang aku mengamalkan sistem rumah tertutup. Rumah ini disita. Hanya yg membayar sewa saja boleh masuk. HEH!

Ini rupa bilik aku suatu masa dahulu.Barang2 dlm bilik ni pun hampir semua dah tak da. Jenuh dah berkhidmat untuk aku. Nak2 kipas tuh. Sentiasa pasang dr aku balik keje sampai la esok aku nak pi keje balik. Memang patut pun dah tak ade sekarang. Aku izinkan dia pegi tinggalkan aku Kecuali yang satu ni, kau yg aku damba. Iaitu TV kecik 14' tu. Aku beli sebab tv umah ni rosak. Aku mmg tak boleh hidup tanpa TV. HEH. 

Jam dinding tuh aku beli sebab setiap jam dia akan kuarkan lagu. Aku suka dgr dlm 2 bulan aje. Lepas tuh aku sengaja lingkupkan dia. Bising, kacau aku tido aja.

Rak tuh pun aku dah humban. Dia mereput dengan sendirinya. Macam plastik bag Jusco kalau di simpan lama2. 

Aku niat nak amek gamba bilik aku yg sekarang ni. Tapi bila tgk keadaan sekeliling aku batal aja niat suci aku tu. Bilik aku sekarang dah hilang sentuhan mistik. Buntu untuk susun atur setiap sudut. Tangan2 dah bisu, tak mahu lagi membisik mana mau aku gerakkan semua barang2 ni. Mentera magika tak berhasil barangkali. 

Dua hari ni aku menghabiskan masa dalam bilik aku. Buatkan aku berfikir, lama mana aku akan menghuni disini? Jawapan : SELAGI OSMET AKU TAK KAWIN. HEH!






Friday, November 5, 2010

~Izin~

Its look like im blogging in every fest. First entry it was Hari Raya. Then break for a month, and today is Deepavali. Bukan ape aku lupe my own password sebenarnye. Jenuh pikir sampai sebulan. Apa untuk aku kisahkan disini?

Terlalu byk yg terjadi, paling terkesan cuti ke Europe dh approved. Hati mengembang bukan kepalang. Tapi duit belum menampakkan penambahan angka. Masih berusaha menyimpan helaian kertas bermuka gabenor itu. Kamikaze sungguh untuk tekad mau ke Europe. Biar apa pun rintangan aku tetap redah. Sampai pun terpaksa menjadi pekerja terpoyo. Itu mau aku!

Masa diakhir zaman ini laju menggila. Macam caldina memecut dilebuhraya utara selatan saja. November berulang lagi. Ini bulan aku. Bulan aku yg mana sudah cukup sifat dlm kandungan mak 29tahun lalu. Tunggu waktu untuk keluar sahaja. Dan tarikh itu akan mengulang lagi setelah 28tahun yg lepas dia mengunjungi aku. Waktu itu apa lagi mau aku!