Sunday, November 14, 2010

~Committed to your dream~

Perghh...tajuk kali ni tag line maxis. Pinjam jap ye maxis. Terpanggil aku nak merungkai tagline ni ngan kisah aku. Dulu kala aku tak punye satu impian pun. Tak tau nak impikan ape dlm hidup ni. Sang mimpi pun jarang bertandang bila aku naum (naum : tidur). Sekali arab daa.  Hidup aku main redah aje main harung aje. Nak pulak zaman kejatuhan emosi aku dipenguhujung 2006. Lagi la, remuk redam renyuk hati aku, luluh lemah longlai untuk meneruskan pekerjaan yg dinamakan hidup ini. Aduh drama. Stop it!

Ok back to the tagline. Buat mase sekarang ni aku mmg punye satu je matlamat. Nak sgt pi Europe. Nak tour Europe tuh. Tahun depan aku dah masuk 3 series. Aku nak bikin something yg best dlm life aku. Aku pilih untuk mengembara 8 negara. Maka bermula la mimpi aku yg macam2. Nak makan macaroon perase mint ngan vanilla la kat London. Nak melawat tempat mandi kat Roman Bath la. Nak lepak kat Hyde Park la. Nak pi Oxford Uni la. Nak jadi permaisuri kat Buckingham la. Ini baru wish list aku kat London. Belum lagi Paris, Rome, Amsterdam, Venice, Alps dan semuanya lah.

Cerita macam org kaye aje aku ni. HUH! OK aku tak kaye. Aku pun tak tau mcm mane aku nak sampai tempat2 ni. Tapi ape2 pun aku dah apply cuti. Dan yg bestnye cuti dah pun approve. Gile ape. Cuti dah ade tapi duit nak pi tak ade lagi? Gigih simpan duit dari bulan 5 2010 lagi. Harapan tertinggi adalah pada bonus tahunan. Itu aje penyelamat aku. BONUS : BOMBA. 

Kalau dikenang-kenang aku bukan mampu nak travel merata mcm sekarang ni. Kapal terbang pun tak penah aku mimpi nak naik dulu.

Jasa siapa semua ni? 
Siapa penyebab semua ini? 
Angkara siapa ini? 
Haa...Katakan pada beta!

Kalau la aku jawab semua persoalan tu adalah kerana aku, bongkak betol aku, riak betol aku, takbur sungguh aku. Tapi ini semua kerja Tuhan. 

Dia temukan aku dengan org yg hebat2.
Org yg dorong aku untuk berani bermimpi.
Org yg sogokkan aku dengan ilmiah berguna.
Org itu ialah org yang sponsor aku passport. 


Jauh dari sudut hati aku amat menghargai orang itu. Orang itu aku doakan dirahmati Allah dan diberi ketenangan dlm ruang hidupnya. Entah dimana org itu sekarang ni. 

Dek kerana buku kecik warne merah tuh la aku cuba bermimpi. Dan aku berani mencipta mimpi sendiri. Terus gigih mcm tagline maxis, committed with my own dream. Usaha Doa Tawakal. Mohon mimpi jadi benar. 

No comments:

Post a Comment