Sunday, November 7, 2010

~ Ini bukan soal setia ~

Lame aku tinggal kat umah ni. 2010, masuk tahun ke lapan aku disini. Sampaikan tuan rumah bertukar tangan la.  Dulu En. Omar tuan umah ni. En. Omar dok kat kedah. Keje petronas kate tuan umah baru aku Kak Mala. Kak Mala gossip lagi, En. Omar ni kaya orgnya, ade bini dua, tapi tak reti nak rolling duit. Tambah Kak Mala beberapa tahun lepas. Sebabkan tu Kak Mala beli umah ni. Murah! RM50 ribu aje, Abg Omar sempit duit. Alasan Kak Mala lagi.

Memang aku tak pernah tahu pasal En. Omar. Jumpa pun tak penah. Tapi 3 tahun jugak dia jadi tuan umah ni selama aku menghuni disini. En. Omar tak byk kira, janji duit masuk katanya. Bila nak tukar tuan umah kami harap tuan umah baru ni cool mcm En. Omar la jugak. Sekarang dah masuk tahun kelima aku berurusan ngan Kak Mala. Sederhana orgnya, masih belum kawin. Bujang cool mcm aku jugak. Walaupun Kak Mala naikkan harga sewa kami tetap rase dia tuan umah yg cool. Ok tipu! tak cool part naik harga. HEH!

Banyak cerita umah ni. Aku sendiri pun dah berkali2 tukar bilik. Mula dr bilik belakang, bilik depan kemudiannya dan ujungnya aku kembali ke bilik belakang semula. Balik ke asal. But still under one roof. Dari umah ni terbuka untuk kawan2 aku dtg bertandang, buat makan2, buat openhouse time raya, sampai la sekarang aku mengamalkan sistem rumah tertutup. Rumah ini disita. Hanya yg membayar sewa saja boleh masuk. HEH!

Ini rupa bilik aku suatu masa dahulu.Barang2 dlm bilik ni pun hampir semua dah tak da. Jenuh dah berkhidmat untuk aku. Nak2 kipas tuh. Sentiasa pasang dr aku balik keje sampai la esok aku nak pi keje balik. Memang patut pun dah tak ade sekarang. Aku izinkan dia pegi tinggalkan aku Kecuali yang satu ni, kau yg aku damba. Iaitu TV kecik 14' tu. Aku beli sebab tv umah ni rosak. Aku mmg tak boleh hidup tanpa TV. HEH. 

Jam dinding tuh aku beli sebab setiap jam dia akan kuarkan lagu. Aku suka dgr dlm 2 bulan aje. Lepas tuh aku sengaja lingkupkan dia. Bising, kacau aku tido aja.

Rak tuh pun aku dah humban. Dia mereput dengan sendirinya. Macam plastik bag Jusco kalau di simpan lama2. 

Aku niat nak amek gamba bilik aku yg sekarang ni. Tapi bila tgk keadaan sekeliling aku batal aja niat suci aku tu. Bilik aku sekarang dah hilang sentuhan mistik. Buntu untuk susun atur setiap sudut. Tangan2 dah bisu, tak mahu lagi membisik mana mau aku gerakkan semua barang2 ni. Mentera magika tak berhasil barangkali. 

Dua hari ni aku menghabiskan masa dalam bilik aku. Buatkan aku berfikir, lama mana aku akan menghuni disini? Jawapan : SELAGI OSMET AKU TAK KAWIN. HEH!






2 comments:

  1. Aku ingat setan mane la yang berani memaki aku secare terang-terangan. Rupenye ko! hahaha. Kenangan di umah Wangsa Maju.. huuu

    ReplyDelete