Monday, January 31, 2011

~ Bukan Diri Aku~

Malam makin sunyi. Hujan diluar masih rintik. 
Dingin menyelubungi saban hari. Sehari bumi dibasahi hujan rahmat.  
Titik-tikik yang turun membawa erti pada setiap makhluk dialam ini. 
Aku sudah tidak termampu untuk menghitung deraian air hujan itu lagi.

Diri masih segar tidak mahu lelap. Ada sesal dalam diri ini. 
Sebal aku fikirkan perasaan ini. 
Aku tidak betah lagi untuk galas gelaran ini. 
Gelaran yang aku sandang kamu juga sandang. 
Sangat sukar untuk aku tapi  mungkin tidak pada kamu. 


Aku masih insan yg tetap melakukan dosa. Aku cuba menyingkap setiap dosa.


Jenuh.


Bukan berbuku dosa aku, tapi penuh satu perpustakaan.
Aku merenung dosa lama. 


Kaget. 
Penuh.
Melimpah.


Dimana kebaikan diri aku?
Inikah diri aku? 



Thursday, January 20, 2011

~20012011~

Selamat ulang tahun sayang. Kamu mesti tidak meyangka aku ingat usia perkenalan kita. Ya setiap tahun aku akan mengingati tarikh keramat ini.   Kerana kamu sungguh setia pada aku. Biar pun kadang2 aku bersikap seorang pengotor. Korek idung depan kamu adalah perkara yg paling tak malu aku buat. Tapi kamu hanya diam dan memandangku sepi sendiri aku benci. Walaupun aku benci tapi itula yg selalu aku ulang perbuatan aku tu.  

Setiap pengorbanan kamu selama ini aku hargai. Walaupun aku hanya menghadiahkan kamu air freshener selama usia perkenalan kita hampir 8 bulan. Kerana hanya itu yg aku mampu. Eh tapi jgn kamu lupakan whitening yg kaler itam tu. Yang itu mahal aku beli RM640 tau harga dia. Tapi demi cintaku pada kamu aku sapu juge whitening kaler itam. Asal kamu terpelihara dari sinaran UV yg semakin mengganas diakhir zaman ini.

Masihkah kamu ingat saat kamu cuba mengorat aku dulu? Aku menanges teresak2 bila kamu melamar aku. Walaupun waktu itu aku dalam perjalanan untuk bercuti ke Bali. Aku kecewa kerana kamu yang melamar aku. Tapi tak dek la sampai aku berbikini di Bali waktu itu. Malah aku cuba untuk mensetting diriku untuk menerima kamu bila aku pulang dari Bali nanti. 

Ternyata aku lemah dan pasrah bila kamu ikhlas melamar aku. Aku menerima kamu seadanya. Penah juga aku tak sengaja menyakiti kamu beberapa kali. Tapi kamu tetap menyayangi aku kan. Sekarang aku sedar cinta aku buat kamu juga ikhlas. Aku selalu berdoa agar jodoh kita akan berpanjangan. Maafkan aku seandainya aku gagal membelai kamu selalu. Asalkan kamu tahu disini aku mmg menyintai kamu sedalamnya. Lagu ini aku tujukan buat kamu sayang.

Setahun sudah berlalu 
January muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpaku sedari 
Kupetik mawar merah
Ku tulis sebuah puisi
Tapi sayang pada siapa kan kuberi...
[sebab kamu tak akan sambut mawar itu]





Terima Kasih CALDINA tak cukup bulan.



Tuesday, January 18, 2011

~In My Place~

Keji kelaku itu. Buat untuk menguji atau mencuba nasib. Untung sabut timbul [sambungannya aku lupa]. Katakan terdesak, nafas memang hampir lemas pun. Apasalahnya ada org yg mahu menolong. Tolongnya bukan kosong. Tolongnya mahu balasan. Balasan yg diminta bukan susah. Cuma kasih sayang. 

Nah! ambil kasih sayang aku. Aku mmg kaya dengan perasaan itu. Mari aku limpahkan buat kamu seorang. Asalkan kamu turuti mahu aku. Aku mahu kertas berwajah agong! 

Keputusan itu baru siang tadi.

Lalu malamnya aku pulang dr kerja dengan rasa penuh keghairahan. Memandu laju dilorong gelap pekat. Aku benci laluan itu. Bimbang kalau terbabas. Mintak dijauhkan kejadian sedemikian rupa.  Radio satu saja teman aku setiap saat aku memandu seorang. Volume angka 20, semestinya kuat dan jelas.

Agak perlahan kelajuan aku bila memasuki MRR2. Mulut menyumpah dengan kesesakan yang tidak ketahuan. Sampai dilaluan 'anak tangga beratus' baru aku teringat ada perayaan dihari terdekat nanti. Radio yg tadi rancak tiba-tiba bersemut. Siaran tertukar dengan sendiri. Aku hairan tahap langit tertinggi, kerana dari Fly.FM bertukar ke frequency bahasa keturunan yg  kesamaannya peminum todi. 

Aku jeritkan pada radio aku yg semakin lantang dengan bahasa itu. Tangan aku masih menekan biji butang yg ada. Belum boleh jumpa frequency yg selalunya aku sudah set. Habis lari kesemuanya. Aku makin hilang tumpuan pada pemanduan. Tidak lagi lurus arah aku, termasuk dua tiga kali ke laluan orang. 

'Mengapa dengan kamu'...radio aku tutupkan.

Sampai dikawasan rumah aku pakirkan kenderaan aku. Cecepat aku tinggalkan kereta sulung aku itu. Tak mahu fikirkan apa yg terjadi sebentar tadi. Ia betul-betul buat aku takut. Ada apa yang tidak kena? Aku persoalkan kejadian itu sepanjang malam ini.

Akhirnya aku muhasabah seluruh hari aku dari subuh pagi. Kamu takut...aku lebih dari takut.  


Wednesday, January 12, 2011

~Peluk Aku Sekali~


Aku mmg senang nanges. Jiwa aku lembek. Jangan pernah buat aku terharu. Bergenangla air mata ni dibuatnya. Kadang2 boleh berjurai2 air mata ni, sebabkan dengar asal usul kraton dinegeri Yogjakarta satu masa dulu. Kagum dengan penceritaan bapak tu. Kelmarin dikedai makan Ikan Laga, aku membelek akhbar sementara menunggu pesanan aku sampai. Terus ke bahagian sukan sebab muke depannye cerita pasal Fasha Sandha pakai bikini kat Bali. Koser aku nak bace. Dibahagian sukan aku ternampak gambar di bawah ni. 


Aku seyes sebak tgk gambo Chong Wei peluk Misbun ni. Bergenang air mata aku bile bace pasal artikal ni. Nampak tak raut muke Chong Wei dalam gambo ni. Aku tak tahu nak lahirkan perkataan ape. Dalam hati dia mesti tersayat-sayat sambil berkata 'Janganla tinggalkan saya'. 


Lain pulak cerita gambar ni. Aku tgk gambar ni pun aku sebak. *Ok tak paham ngan diri sendiri*. Sir Alex Ferguson ni jaga Beckham dah 18 tahun. Bleh time Beckham nak kawin ngan Victoria, Sir Alex ni mcm tak restu. Gitukan ngalahkan bapak Beckham plak. Tapi dah jodohkan, elok aje couple tuh dah nak masuk 4org dah anak diorg. Sir Alex tak suke bile Beckham lebihkan kerjaya dia sebagai model Adidas la, Pepsi la. Sir Alex tak mo tumpuan Beckham lari. Mmg pun mcm lari bila satu mase tuh Beckham amek penalty bleh tak gol. Hangen sume org kecuali aku. Aku sayang Beckham. Hehehe...

Bila Beckham keluar dr Man. U masuk Real Madrid pastu masuk LA Galaxy, aku suke bila Beckham tersasul sebut 'football' kat USA. Pastu dia cecepat betolkan sebut 'soccer'. Alahai comel betol. Kalau boleh pilih, aku nak lelaki mcm Beckham ni jadi teman hidup. Dah la pakai jam tgn kanan. Haishh...

Aku tak paham motif entry aku kali ni...ermm...mau dipeluk lelaki hebat mcm Beckham kot. Errkss...




Monday, January 10, 2011

~Lari Demi 'G'~

Aku bergegas keluar. Meluru ke kereta, tanpa tunggu signal enjin sejuk bertukar warna, aku dah tolak gear. Target mlm ni mesti sampai umah sebelum 8.30. Walaupun aku tahu itu adalah mustahil. Gile 33KM jaraknya nak sampai dalam mase 30minit. Tapi ajaibnye sepanjang perjalanan tadi traffic light bagi kerjasame yg baik. Asal aku sampai aje... terus hijau. Neh sudah bagus. Tak payah pinjam siren ambulan. 

Dalam kelajuan yg maximum aku boleh bawak kat MRR2, aku melepasi Mekdi. Arghhh...tadi dah janji ngan diri sendiri nak makan Mekdi malam ni. Ciss...tak pe coklat byk lagi kat umah, mlm ni makan coklat aja. Misi mesti sampai umah jam 8.30 kene diteruskan. 

Tepat 8.27 aku dah sampai kat traffic light terakhir untuk masuk ke rumah aku. Perut berbunyi plak minta diisi. Ces perut ni tak tahu diuntung. Penuh lemak aku mewahkan dia selama ini. Aku buat tak tahu pada perut. Ada 3 minit lagi. Owh misi hampir gagal. 

Aku teruskan menekan minyak, sampaikan tidak membenarkan ape pun kenderaan menghalang aku. Dalam kereta aku bising sendiri.

Tepi tepi...aku nak lalu ni...hishh pakcik ni tak pakai topi keledar plak...heii..makcik ni tak bukak kedai lagi ke...tak yah meniage la makcik ooiii...tutup aje kedai terus...(ye aku gile bile stress)

Parking kereta jam dah 8.31. Ces aku lambat dah ni. Lari jalan paling tepat. Tapi aku dah lame tak lari. Mesti semput nanti. Umah dah la tingkat 5. Aku cume menjadi atlet lumba jalan kaki saja tadi. Mengah-mengah masuk umah. Terus menggagau carik remote TV. Tekan ntv7.


*
*
*
*
*
*
*
*
*


MANA GLEE...jerit aku kuat.


Rebah atas katil lepaskan lelah. Terus mata menuju pada kalender kuda. Lahh..baru hari Isnin ke. Esok barula Selasa oiiii. Patut la makcik tak bukak ari ni. Arini Isnin ade pasar malam. Memang Isnin day off makcik tuh. Tak pepasai berdose kat makcik...

Maknanye esok pun aku akan mcm hari ni. Jauhnye 33KM...sobsobbsobbb...


Saturday, January 8, 2011

~Hujan Burung~



On New Year Eve, birds fall from the sky, it starts off in somewhere. There is talk, there is rumors. Just over the horizon, that birds hit an invisible wall. What does it mean?  Wah speaking london lak. I think better don't. I don't want people checking me out. Bluweekk...

Fenomena 11:11. 

Hari ni office kene hujan coffee. Bos belanja coffee kat semua org. Termasuk aku. Tapi aku tak minum coffee. Sikit pun aku tak cube nak sip. Sebab semalam aku masih teringat cakap kawan. Tak rugi kalau tak minum kopi dalam hidup. Tapi rugi kalau tak minum teh tarik. Erm...aku dua-dua pun tak minum. Hishh rugi betol. 

Tapi aku teringat cakap kawan tu lagi,  gi London minum coffee, gi Indon minum teh botol, gi Cameron minum teh, jangan ko gi India sudah, nanti kene minum tody. Hahaha...mengong mung. Dok rok ngguh...aku selok suke tawu dok.



Friday, January 7, 2011

~Nak tukar date~



Nama aku tertulis di atas bungkusan tu. Sah untuk aku. Aku mmg tunggu bungkusan ni. Sampai juga untuk akhirnya. Kecoh satu office. Barang apa yg aku terima. Aku jawab ringkas. DADAH. Best perasaan neh. 


You make my day la. Sengeh sehari dibuatnya. Pepagi lagi dapat buat hati berbunga-bunga. 


Aku terus capai henpon nak terima kasih pada pengirim. Tgh mengarang, bunyi SMS masuk plak. Kensel nak send. Tgk dulu sape plak yg send SMS ni. Sekali SMS dr pengirim bungkusan daaa. WOW. Macam dlm filem. 


Bungkus ngan bear-bear konvo! 


Dan ni la isi kandungan bungkusan yg aku dpt tadi. Ade lagi dua cokelat sebenarnya. Tapi tak sempat amek gamba. Aku kasi kat bebudak office. Makanya mlm ni aku makan cokelat aje la. Bleh layan Merlin sambil kunyah Ferrero Rocher, Cadbury n Vochelle. :)


* Boleh tak aku nak mintak dunia tukar tarikh? Smlm ialah tahun baru dan hari ini baru hari kedua?


Thursday, January 6, 2011

~Belum Tahu~


Julung kali aku gembira. 
Ini pertama kali untuk tahun ini.
Terima Kasih tempat baru.

Tuhan beri pelangi untuk aku selepas hujan lebat melanda saban hari. Kalau pelangi yg tujuh warna itu boleh aku gantikan salah satu warnanya, aku akan gantikan dengan perasaan hari ini. 

Aku ingin tahu kamu siapa. Tapi bukan sekarang. Biar aku menelaah diri kamu dahulu. 

Tuesday, January 4, 2011

~Break Up Song~


Aku selalu dengar lagu ni kat fly.fm. AKu tak sangka penyanyi dia name NAJWA dr MALAYSIA. Gile seksi lagu minah ni. Break up ngan berlagak sekali. Aku kagum gile ngan suare dia. Memule dgr aku mmg tak budget dia seorg gadis MALAYSIA. Caya la you rock gal. Dan dengan rasminya, ini akan menjadi breakup song aku yg terbaru. Walaupun aku tak dek sape2 untuk aku tujukan lagu macam ni. hehehe. Skang aku tgh gigih berkarok lagu ni.



This time I'm gonna live my life,
I ain't no stepford wife, 
No I ain't perfect,
Gonna find somebody who's worth it
And no, you ain't that person 
Coz i caught you constantly flirtin'
With my best friend...

So i guess i'll say goodbye
I'll find me another guy

Why, (why, why, why) You always makin' me 
Cry, (cry, cry, cry)
No I can't stand it, no you can't be my man
It don't matter who you are,
Even if you were a star,
You've got to go (Go, go, go... go, go, go)

Read my lips i'm leavin',
and no no i ain't teasin',
This time it's for real,
Gotta find you another girl,
Coz this one sure ain't stayin',
By the time you finish what you're sayin'
I'll be gone...
**************************************************************

Ok yang ni pulak lagu yg aku suke gak satu masa dulu. Lagu ni pun aku tak sempat nak kasi kat sesape lagi. hehehe...


It took too long
It took too long
It took to long for you to call back
And normally I would just forget that
Except for the fact it was my birthday
My stupid birthday

I played along
I played along
I played along
rolled right off my back
But obviously my armor was cracked
What kind of a boyfriend would forget that?
Who would forget that?

The type of guy who doesn’t see
What he has until she leaves
Don’t let me go
Cause without me, you know you’re lost
Wise up now or pay the cost
Soon you will know

You’re not livin’ till you’re livin’
Livin’ with me
You’re not winnin’ till you’re winnin’
Winnin’ me
You’re not gettin’ till you’re gettin’
Gettin’ to me
You’re not livin’ till you’re livin’
living for me

This is the potential breakup song
Our album needs just one
Oh baby please
Please tell me

We got along
We got along
We got along until you did that
Now all I want is just my stuff back
Do you get that?
Let me repeat that
I want my stuff back

You can send it in a box
I don’t care just drop it off
I won’t be home
Cause without me, you know you’re lost
Minus you I’m better off
Soon you will know

You’re not livin’ till you’re livin’
Livin’ with me
You’re not winnin’ till you’re winnin’
Winnin’ me
You’re not gettin’ till you’re gettin’
Gettin’ to me
You’re not livin’ till you’re livin’
living for me

You can try, you can try
You know I know it’d be a lie
Without me you’re gonna die
So you better think clearly, clearly
Before you nearly, nearly
Mess up the situation that your gonna miss dearly, dearly
C’mon

You’re not livin’ till you’re livin’
Livin’ with me
You’re not winnin’ till you’re winnin’
Winnin’ me
You’re not gettin’ till you’re gettin’
Gettin’ to me
You’re not livin’ till you’re livin’
living for me

This is the potential breakup song
Our album needs just one
Oh baby please
Please tell me

This is the potential make-up song
please just admit you’re wrong
Which will it be?
Which will it be? 


Monday, January 3, 2011

~Menumpang~

Hari pertama bekerja ditahun baru 2011, itu sepatutnya. Aku tidak. Amek keputusan untuk sms, dan memanipulasi lagi. Masih belum berubah. Tetap melakukan idea jahat untuk diri sendiri bila mana emosi diri tidak stabil. SMS tidak berbalas. Aku beranggapan mesej aku sampai dan mereka bersetuju seadanya. Alasan yg aku bagi agak kukuh walaupun tidak benar.

SMS kedua dihantar untuk seorg teman. Kali ini SMS berterus terang. SMS dibalas dengan sokongan atas tindakan aku. Tapi bukan bermakna perbuatan aku itu betul. Jauh sekali aku nak menyalahkan diri sendiri. Lebih kepada kedegilan yg nyata. Bikin salah dan buat tak tau. Bukan sesuatu yg patut dibanggakan. Cukuplah untuk aku tahu diri. Dalam mana aku tahu...biarkan.

*Sehari sebelumnya...

Petang smlm aku gantungkan calender kuda 2011. Selak selai-selai sampai ujung tahunnya. Baru perasan 2011 ni tahun arnab. Dah sampai tahun ke-9 aku bekerja di KL. Baru hari kedua ditahun 2011, aku berangan untuk plan 2012, tahun ke-10. Lepas balik dr Europe nanti, ingat nak request kat HR la. Berangan untuk balik semula ke Ipoh. Kerja dan jawatan yg sama, cuma cawangan saja di Ipoh. Nak duduk ngan makayah. Dayang pun dah abeh study. Mesti dia pun bosan nanti. Kalu aku ade, dia ade la geng. Atleast aku bleh jd teman dia borak2. Tapi itu semua sebelum aku berfikir dgn lanjut. Gile ape nak keje kat Ipoh? Buatnye aku kene standby duduk kat outlet dlm shopping complex. Tak hengen aku. Owh...tidak. Not in Ipoh. Buatnye terjumpe ngan Makcik Zah Al-Jazeera, mau kene kate mcm2. Dia bukan tahu sarikat aku letak aku kat situ sebab ape. Kat KL boleh tahan lagi. Orang tak kenal makayah aku. Angan-angan musnah dengan mudah. Rasa semangat untuk pegi kerja esok. Cari baju dan tudung nak iron. Roti ngan peanut butter untuk bekalan esok dah beli awal-awal kat cafe kolej Keno. Niat nak balik Ipoh terkubur mcm tu aje. Lepas iron baju, releks sambil dgr lagu Yuna. Memang nak releks tapi otak ligat fikir pasal perasaan masa depan. Sampai satu tahap tetibe aku menyampah dengan diri sendiri. Owh berat. Ini kes berat. Adalah tidak sihat untuk permulaan tahun baru. 

*Waktu sekarang...

Bunyi burung diluar bilik buat aku berenti menyampah pada diri sendiri. Burung ni dah 3-4 hari ni tumpang buat sarang. Dia guna dawai ampaian aku je untuk sarang dia. So far hari2 aku dengar bunyi burung ni. Burung kecil yg warna kuning. Dia la arkitek untuk struktur sarang dia. Ade dia kisah org lain suke ke tak ngan sarang dia tuh? Dia tak heran pun. Janji dia rajin hantar satu persatu bahan sarang dia. Tadi aku cube tgk dr dekat sarang tu. Rambut pun dia guna untuk lekatkan bahan2 lain. Macam sabut daun kering dan ranting kecil. Kalau pun burung makhluk Allah yg kecil ni gigih nak hidup ngan gembira, berusaha untuk buat sarang untuk dia terus menumpang dibumi Allah, kenape tidak aku?






Sunday, January 2, 2011

~Tunduk kan Muka dan Senyum Kamben~



Owwrrghhh!!!seyes aku tak bleh tahan. Aku bleh mati mood serta merta bile tgk aksi yang mcm tuh. Diam jalan terbaik untuk tahan marah. Diam adalah pintar. Kayaknya persis dia saja yg sempurna. Ketawa la, bentuk la muke tu serupe ape pun kalau itu caranya. 


Aku tak berape suke ayat klise. Life ni kadang kite di atas, kadang kite di bawah. Itulah karmanya. Terimalah yg sekarang ni waktu kejatuhan sedang melanda. Rasakan perasaan itu untuk kesekian kalinya. Tapi kalu itu satu hukuman...REDHO. Arghhh...anggap aje la itu hukuman. Senang.

Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.
(Firman Allah.Al-zalzalah)

Sin makes its own hell, goodness makes its own heaven. 





Saturday, January 1, 2011

~1111~


Satu. Satu. Satu-Satu. 



Nak sampai Europe kene keje keras sepanjang tahun ni. 
Azam 2011 = Jangan sampai kene buang keje.