Thursday, January 20, 2011

~20012011~

Selamat ulang tahun sayang. Kamu mesti tidak meyangka aku ingat usia perkenalan kita. Ya setiap tahun aku akan mengingati tarikh keramat ini.   Kerana kamu sungguh setia pada aku. Biar pun kadang2 aku bersikap seorang pengotor. Korek idung depan kamu adalah perkara yg paling tak malu aku buat. Tapi kamu hanya diam dan memandangku sepi sendiri aku benci. Walaupun aku benci tapi itula yg selalu aku ulang perbuatan aku tu.  

Setiap pengorbanan kamu selama ini aku hargai. Walaupun aku hanya menghadiahkan kamu air freshener selama usia perkenalan kita hampir 8 bulan. Kerana hanya itu yg aku mampu. Eh tapi jgn kamu lupakan whitening yg kaler itam tu. Yang itu mahal aku beli RM640 tau harga dia. Tapi demi cintaku pada kamu aku sapu juge whitening kaler itam. Asal kamu terpelihara dari sinaran UV yg semakin mengganas diakhir zaman ini.

Masihkah kamu ingat saat kamu cuba mengorat aku dulu? Aku menanges teresak2 bila kamu melamar aku. Walaupun waktu itu aku dalam perjalanan untuk bercuti ke Bali. Aku kecewa kerana kamu yang melamar aku. Tapi tak dek la sampai aku berbikini di Bali waktu itu. Malah aku cuba untuk mensetting diriku untuk menerima kamu bila aku pulang dari Bali nanti. 

Ternyata aku lemah dan pasrah bila kamu ikhlas melamar aku. Aku menerima kamu seadanya. Penah juga aku tak sengaja menyakiti kamu beberapa kali. Tapi kamu tetap menyayangi aku kan. Sekarang aku sedar cinta aku buat kamu juga ikhlas. Aku selalu berdoa agar jodoh kita akan berpanjangan. Maafkan aku seandainya aku gagal membelai kamu selalu. Asalkan kamu tahu disini aku mmg menyintai kamu sedalamnya. Lagu ini aku tujukan buat kamu sayang.

Setahun sudah berlalu 
January muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpaku sedari 
Kupetik mawar merah
Ku tulis sebuah puisi
Tapi sayang pada siapa kan kuberi...
[sebab kamu tak akan sambut mawar itu]





Terima Kasih CALDINA tak cukup bulan.



No comments:

Post a Comment