Monday, January 31, 2011

~ Bukan Diri Aku~

Malam makin sunyi. Hujan diluar masih rintik. 
Dingin menyelubungi saban hari. Sehari bumi dibasahi hujan rahmat.  
Titik-tikik yang turun membawa erti pada setiap makhluk dialam ini. 
Aku sudah tidak termampu untuk menghitung deraian air hujan itu lagi.

Diri masih segar tidak mahu lelap. Ada sesal dalam diri ini. 
Sebal aku fikirkan perasaan ini. 
Aku tidak betah lagi untuk galas gelaran ini. 
Gelaran yang aku sandang kamu juga sandang. 
Sangat sukar untuk aku tapi  mungkin tidak pada kamu. 


Aku masih insan yg tetap melakukan dosa. Aku cuba menyingkap setiap dosa.


Jenuh.


Bukan berbuku dosa aku, tapi penuh satu perpustakaan.
Aku merenung dosa lama. 


Kaget. 
Penuh.
Melimpah.


Dimana kebaikan diri aku?
Inikah diri aku? 



No comments:

Post a Comment