Tuesday, January 18, 2011

~In My Place~

Keji kelaku itu. Buat untuk menguji atau mencuba nasib. Untung sabut timbul [sambungannya aku lupa]. Katakan terdesak, nafas memang hampir lemas pun. Apasalahnya ada org yg mahu menolong. Tolongnya bukan kosong. Tolongnya mahu balasan. Balasan yg diminta bukan susah. Cuma kasih sayang. 

Nah! ambil kasih sayang aku. Aku mmg kaya dengan perasaan itu. Mari aku limpahkan buat kamu seorang. Asalkan kamu turuti mahu aku. Aku mahu kertas berwajah agong! 

Keputusan itu baru siang tadi.

Lalu malamnya aku pulang dr kerja dengan rasa penuh keghairahan. Memandu laju dilorong gelap pekat. Aku benci laluan itu. Bimbang kalau terbabas. Mintak dijauhkan kejadian sedemikian rupa.  Radio satu saja teman aku setiap saat aku memandu seorang. Volume angka 20, semestinya kuat dan jelas.

Agak perlahan kelajuan aku bila memasuki MRR2. Mulut menyumpah dengan kesesakan yang tidak ketahuan. Sampai dilaluan 'anak tangga beratus' baru aku teringat ada perayaan dihari terdekat nanti. Radio yg tadi rancak tiba-tiba bersemut. Siaran tertukar dengan sendiri. Aku hairan tahap langit tertinggi, kerana dari Fly.FM bertukar ke frequency bahasa keturunan yg  kesamaannya peminum todi. 

Aku jeritkan pada radio aku yg semakin lantang dengan bahasa itu. Tangan aku masih menekan biji butang yg ada. Belum boleh jumpa frequency yg selalunya aku sudah set. Habis lari kesemuanya. Aku makin hilang tumpuan pada pemanduan. Tidak lagi lurus arah aku, termasuk dua tiga kali ke laluan orang. 

'Mengapa dengan kamu'...radio aku tutupkan.

Sampai dikawasan rumah aku pakirkan kenderaan aku. Cecepat aku tinggalkan kereta sulung aku itu. Tak mahu fikirkan apa yg terjadi sebentar tadi. Ia betul-betul buat aku takut. Ada apa yang tidak kena? Aku persoalkan kejadian itu sepanjang malam ini.

Akhirnya aku muhasabah seluruh hari aku dari subuh pagi. Kamu takut...aku lebih dari takut.  


2 comments:

  1. Everytime lalu situ memang ade gangguan la weh.. Kan kawasan berbukit tu. Even line tepon pun camtu. Appa da nak takut tak kene tempat! huuuu

    ReplyDelete
  2. selama ni tak penah pun...huhuhu

    ReplyDelete