Saturday, February 26, 2011

~ Fix You ~


Dugaan yang dulu adalah dugaan langit ketujuh beratnya. Dugaan Maha Karya terhebat yang pernah belaku untuk kamu mungkin. Dan mampu pula kamu mengharungi dugaan itu. Bila mana ujian-ujian kecil menimpa diri kamu kini, ia bagai tiada apa apa lagi. Kamu mampu tenang. Kamu lahirkan air muka suci itu. Masih senyum untuk hari esoknya. Mampu meneruskan laluan hidup yang masih panjang. Kamu pulang dengan harapan akan tercipta keajaiban untuk kamu dan dia. 

Aku doakan begitu untuk kamu juga. Agar gadis idaman hati kamu boleh sembuh seperti mana cantiknya dia dulu. Aku bukan siapa siapa. Kamu tidak mengenali aku. Aku juga mengenali kamu melalui saluran TV. Tapi aku adalah manusia biasa yang punya perasaan kasih yang melimpah. Aku kirimkan kasih sedikit buat kamu. 

Seperti mana Jlo remuk hatinya, begitu juga aku. Berita kamu tidak terpilih sudah aku ketahui sebelum aku menontonnya. Tapi bila aku saksikan sendiri apa yang berlaku, aku jujur katakan kamu adalah lelaki yang baik. Percayalah ada hikmah untuk kamu tidak berjaya kali ini. 

Buat kamu Chris Medina moga baik baik saja untuk kamu dan keluarga. 

*first audition*

*Ok seyes ade sedikit kepoyoan disini. Ye memang pun. Aku mengaku. Tapi aku tak mahu lupa kisah ni. Sedih gilak ok. Anyway mmg fair pun dia tak dpt top 24. Dia tak konsisten every time dia perform. Ape ape pun bak kate abg Ryan Seacrest  "you are a good man". 

*last song performance*


Wednesday, February 23, 2011

~ Malam ~

Aku tak mahu hidup sunyi.
Senyap. Sepi. Sendiri. 
Tulis saja perkataan ini sudah buatkan jiwa aku sakit.
Aku mahu ramai.
Agar bibir aku basah berbicara.
Bicara dengan semua.
Bicara dengan Maha Pencipta dan yg dicipta.

Malam.
Kali ini sunyi. senyap, sangap.
Mengapa begini malamnya?
Kan aku katakan aku tidak mahu!

Berlalu aku ke hamparan.
Membujurkan diri di situ.
Bicara sendiri dan ingatkan diri...Inikan MALAM.


Sunday, February 20, 2011

~ Brother From Another Mother ~

Sejak kebelakangan ini aku byk berkongsi perasaan bersama org yg agak jauh. Orang yg mmg tak pernah terlintas difikiran aku untuk aku ceritakan perasaan aku waktu itu. Kalian yg sudah lame aku tak bersemuka. Kadang2 aku hanya berkongsi rasa spontan. Rasa bersalah, rasa lawak yg melanda diri, rasa ingin mengutuk rakan taulan dr kumpulan yang lain. Hahaha..Ok tak baik rasa yg terakhir itu. 

Aku makin kurang berhubung dengan org2 yg dulu. Kami tidak lagi kerap bersama. Kami lebih byk menghabiskan masa dengan urusan masing-masing. Punya aku saja yg tidak berkaitan dengan urusan-urusan. Aku lebih banyak masa percuma berbanding yang lain. Mereka makin terhimpit masanya. Atas dasar ini aku jarang bersuara. Aku jarang ketawa. Aku jarang nyanyi berlagu. Aku jarang bermimik muka. Aku tidak lagi punya buah akal untuk mulakan bicara. 

Terlalu byk yg berlaku sejak akhir2 ini dalam ruang hidup aku. Jika dulu hampir semua mereka tahu. Hampir seluruh dikongsi sama. Hampir saban malam bertemu mata. Owh sayang...itu dulu. Kala kami masih segar mewangi, Kala kami belum tahu letih itu layu. Kala kami setia dengan suara ketawa adalah ubat terbaik untuk hapuskan rasa neraka dunia.

Waktu kian berganjak. Perubahan makin ketara. Daun yg tumbuh hijau juga berubah skala warnanya. Mereka, aku juga sama. Tapi aku tidak. Cuma mereka. Mereka hidup rukun berkeluarga. Abe Watanabe, punya 2 anak dara. Rizz, aku tahu kamu makin bahagia. Ell, paling ketara punya 3 hero. Dan kamu 'my part time lover' bahagia bersama anak2 anugerah Dia. 

Dan aku bahagia lihat mereka bahagia.

[Iye la tuh]

Tuesday, February 15, 2011

~Tipu Itu Indah~



Aku ini juara.


Andai punya anugerah untuk kejuaraan itu, pasti aku yg gondolnya. 


Aku terlihat penulisan seseorg. Benar penulisan mu amat terkesan andai kamu bersedih. Aku antara orang yg suka penulisan kamu sang lelaki yg bersedih. 


Mana kisah juara aku tadi?


Ya aku juara dlm penipuan diri.


Itu aku. 


Si penipu. 


Yang aku tipu adalah aku empunya diri. 


Aku sendiri. 


Tahniah buat diri.


Dan kamu yang tinggal dihujung peta, aku masih menanti kiriman kamu...



Friday, February 11, 2011

~Ayah~


Teringat pada Ayah. 

Teringin nak berbicara panjang dengan Ayah waktu sekarang ini. 

Bukan untuk tanyakan khabar. 

Tapi mahu berbicara hal lain. Namun apa hal nya? 

Aku belum punya hal untuk ditanya, dikongsi, diberitahu. BELUM. 

Aku belum pernah begitu bersama Ayah. Janggal sekali.

Selain tanyakan kesihatan dia, makan minum dia, ubatan dia, belum pernah hal lain kami berkongsi. 

Tapi malam ini aku teringin benar untuk punya satu cerita untuk beritahu Ayah. Cuma ceritanya belum ada. 

Aku hanya teringin. Bukan apa-apa.



Wednesday, February 9, 2011

~Tahun~


Aku lupa tahun. Entah tahun bila aku susah ingat. Tahun itu yang pastinya aku masih baru disini. Tahun yang mana hidup aku masih rapuh. Masih belum tahu mana jalan yang aku patut berada. 

Dapat aku rasakan tahun itu aku tidak begini terbeban dengan masalah hidup. Biarpun aku rasakan diri aku terumbang ambing ditahun itu. 

Kenapa dulu aku tak sesusah tahun ini. Kenapa dulu aku sedikit gembira berbanding tahun ini. Aku baringkan diri dan melepaskan pandangan kosong dalam diri. Belom boleh berfikir apa sebabnya. 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Aku baring dulu. Mungkin dilain waktu aku ketemu jawabnya. Ucap Selamat Malam dulu buat diri sendiri...



Tuesday, February 1, 2011

~Don't come back at all~




I know I can't take one more step towards you. Cause all that's waiting is regret. And don't you know I'm not your ghost anymore. You lost the love I loved the most. I learned to live half alive. And now you want me one more time.


And who do you think you are. Running 'round leaving scars. Collecting your jar of hearts. And tearing love apart. You're gonna catch a cold. From the ice inside your soul. So don't come back for me. Who do you think you are.



I hear you're asking all around. If I am anywhere to be found. But I have grown too strong.To ever fall back in your arms. And learn to live half alive. And now you want me one more time. 



And who do you think you are. Running 'round leaving scars. Collecting your jar of hearts. And tearing love apart. You're gonna catch a cold. From the ice inside your soul. So don't come back for me. Who do you think you are. 

Dear, it took so long just to feel alright. Remember how to put back the light in my eyes. I wish I had missed the first time that we kissed. Cause you broke all your promises. And now you're back. You don't get to get me back.



And who do you think you are. Running 'round leaving scars. Collecting your jar of hearts. And tearing love apart. You're gonna catch a cold. From the ice inside your soul. So don't come back for me. Don't come back at all.



Who do you think you are?
Who do you think you are?

Who do you think you are?

[song title Jar of Hearts] 

Pertama aku dengar lagu ni, perasaan aku syahdu benar. Andainyalah aku sekuat ini untuk luahkan padanya untuk tidak kembali lagi dalam hidup aku. Sekuat hati aku akan nyanyikan lagu ini buatnya. Biar dia tahu aku tak ingin lagi dia wujud dalam rentetan hidup aku sekarang. Parut yang ditinggalkan dulu pun baru saja nak beransur pulih. 

Kalau ikutkan hati mau saja aku membalas dendam. Tapi gi mana caranye? Aku bukan manusia pendendam. Sukar untuk aku lakonkan watak itu buat kamu. Biar pun seksa penderitaan yg kamu tinggal. Dan sekarang kamu dengan perasaan kononnya kesal mahu kembali lagi. Matikan saja niat kamu. Kerana aku tidak akan pernah untuk sudi. Kamu fikir siapa kamu itu?

Untuk sekian kali pergi la kamu jauh dari sini.