Sunday, February 20, 2011

~ Brother From Another Mother ~

Sejak kebelakangan ini aku byk berkongsi perasaan bersama org yg agak jauh. Orang yg mmg tak pernah terlintas difikiran aku untuk aku ceritakan perasaan aku waktu itu. Kalian yg sudah lame aku tak bersemuka. Kadang2 aku hanya berkongsi rasa spontan. Rasa bersalah, rasa lawak yg melanda diri, rasa ingin mengutuk rakan taulan dr kumpulan yang lain. Hahaha..Ok tak baik rasa yg terakhir itu. 

Aku makin kurang berhubung dengan org2 yg dulu. Kami tidak lagi kerap bersama. Kami lebih byk menghabiskan masa dengan urusan masing-masing. Punya aku saja yg tidak berkaitan dengan urusan-urusan. Aku lebih banyak masa percuma berbanding yang lain. Mereka makin terhimpit masanya. Atas dasar ini aku jarang bersuara. Aku jarang ketawa. Aku jarang nyanyi berlagu. Aku jarang bermimik muka. Aku tidak lagi punya buah akal untuk mulakan bicara. 

Terlalu byk yg berlaku sejak akhir2 ini dalam ruang hidup aku. Jika dulu hampir semua mereka tahu. Hampir seluruh dikongsi sama. Hampir saban malam bertemu mata. Owh sayang...itu dulu. Kala kami masih segar mewangi, Kala kami belum tahu letih itu layu. Kala kami setia dengan suara ketawa adalah ubat terbaik untuk hapuskan rasa neraka dunia.

Waktu kian berganjak. Perubahan makin ketara. Daun yg tumbuh hijau juga berubah skala warnanya. Mereka, aku juga sama. Tapi aku tidak. Cuma mereka. Mereka hidup rukun berkeluarga. Abe Watanabe, punya 2 anak dara. Rizz, aku tahu kamu makin bahagia. Ell, paling ketara punya 3 hero. Dan kamu 'my part time lover' bahagia bersama anak2 anugerah Dia. 

Dan aku bahagia lihat mereka bahagia.

[Iye la tuh]

No comments:

Post a Comment