Saturday, February 26, 2011

~ Fix You ~


Dugaan yang dulu adalah dugaan langit ketujuh beratnya. Dugaan Maha Karya terhebat yang pernah belaku untuk kamu mungkin. Dan mampu pula kamu mengharungi dugaan itu. Bila mana ujian-ujian kecil menimpa diri kamu kini, ia bagai tiada apa apa lagi. Kamu mampu tenang. Kamu lahirkan air muka suci itu. Masih senyum untuk hari esoknya. Mampu meneruskan laluan hidup yang masih panjang. Kamu pulang dengan harapan akan tercipta keajaiban untuk kamu dan dia. 

Aku doakan begitu untuk kamu juga. Agar gadis idaman hati kamu boleh sembuh seperti mana cantiknya dia dulu. Aku bukan siapa siapa. Kamu tidak mengenali aku. Aku juga mengenali kamu melalui saluran TV. Tapi aku adalah manusia biasa yang punya perasaan kasih yang melimpah. Aku kirimkan kasih sedikit buat kamu. 

Seperti mana Jlo remuk hatinya, begitu juga aku. Berita kamu tidak terpilih sudah aku ketahui sebelum aku menontonnya. Tapi bila aku saksikan sendiri apa yang berlaku, aku jujur katakan kamu adalah lelaki yang baik. Percayalah ada hikmah untuk kamu tidak berjaya kali ini. 

Buat kamu Chris Medina moga baik baik saja untuk kamu dan keluarga. 

*first audition*

*Ok seyes ade sedikit kepoyoan disini. Ye memang pun. Aku mengaku. Tapi aku tak mahu lupa kisah ni. Sedih gilak ok. Anyway mmg fair pun dia tak dpt top 24. Dia tak konsisten every time dia perform. Ape ape pun bak kate abg Ryan Seacrest  "you are a good man". 

*last song performance*


No comments:

Post a Comment