Friday, February 11, 2011

~Ayah~


Teringat pada Ayah. 

Teringin nak berbicara panjang dengan Ayah waktu sekarang ini. 

Bukan untuk tanyakan khabar. 

Tapi mahu berbicara hal lain. Namun apa hal nya? 

Aku belum punya hal untuk ditanya, dikongsi, diberitahu. BELUM. 

Aku belum pernah begitu bersama Ayah. Janggal sekali.

Selain tanyakan kesihatan dia, makan minum dia, ubatan dia, belum pernah hal lain kami berkongsi. 

Tapi malam ini aku teringin benar untuk punya satu cerita untuk beritahu Ayah. Cuma ceritanya belum ada. 

Aku hanya teringin. Bukan apa-apa.



No comments:

Post a Comment