Monday, January 10, 2011

~Lari Demi 'G'~

Aku bergegas keluar. Meluru ke kereta, tanpa tunggu signal enjin sejuk bertukar warna, aku dah tolak gear. Target mlm ni mesti sampai umah sebelum 8.30. Walaupun aku tahu itu adalah mustahil. Gile 33KM jaraknya nak sampai dalam mase 30minit. Tapi ajaibnye sepanjang perjalanan tadi traffic light bagi kerjasame yg baik. Asal aku sampai aje... terus hijau. Neh sudah bagus. Tak payah pinjam siren ambulan. 

Dalam kelajuan yg maximum aku boleh bawak kat MRR2, aku melepasi Mekdi. Arghhh...tadi dah janji ngan diri sendiri nak makan Mekdi malam ni. Ciss...tak pe coklat byk lagi kat umah, mlm ni makan coklat aja. Misi mesti sampai umah jam 8.30 kene diteruskan. 

Tepat 8.27 aku dah sampai kat traffic light terakhir untuk masuk ke rumah aku. Perut berbunyi plak minta diisi. Ces perut ni tak tahu diuntung. Penuh lemak aku mewahkan dia selama ini. Aku buat tak tahu pada perut. Ada 3 minit lagi. Owh misi hampir gagal. 

Aku teruskan menekan minyak, sampaikan tidak membenarkan ape pun kenderaan menghalang aku. Dalam kereta aku bising sendiri.

Tepi tepi...aku nak lalu ni...hishh pakcik ni tak pakai topi keledar plak...heii..makcik ni tak bukak kedai lagi ke...tak yah meniage la makcik ooiii...tutup aje kedai terus...(ye aku gile bile stress)

Parking kereta jam dah 8.31. Ces aku lambat dah ni. Lari jalan paling tepat. Tapi aku dah lame tak lari. Mesti semput nanti. Umah dah la tingkat 5. Aku cume menjadi atlet lumba jalan kaki saja tadi. Mengah-mengah masuk umah. Terus menggagau carik remote TV. Tekan ntv7.


*
*
*
*
*
*
*
*
*


MANA GLEE...jerit aku kuat.


Rebah atas katil lepaskan lelah. Terus mata menuju pada kalender kuda. Lahh..baru hari Isnin ke. Esok barula Selasa oiiii. Patut la makcik tak bukak ari ni. Arini Isnin ade pasar malam. Memang Isnin day off makcik tuh. Tak pepasai berdose kat makcik...

Maknanye esok pun aku akan mcm hari ni. Jauhnye 33KM...sobsobbsobbb...


2 comments:

  1. oh sungguh kesian. kat ntv7 glee season bape? kat astro nak kuar season 2 dah..

    ReplyDelete
  2. hahaha...shadap ko...aku ahli anti astro.tak tau la season bape.tapi baru la..

    ReplyDelete