Sunday, November 21, 2010

~Rekod aku ada~


Balik Ipoh kali ni sebab urusan keluarga. Dah dua tahun besday sendiri mesti kene balik Ipoh. Ade aje tanggungjawab keluarga yg kene aku selesaikan. Tapi ok juge, cz kali ni aku balik ada terima surat dr Urusan Sri Paduka Baginda. Maklum la sesejak ni asek dpt surat utusan raja sehari aje. Tak sangka balik Ipoh time besday kali ni ade surat dr Pusat Sumber Transplan Nasional.

Bile bukak surat ni, bace first paragraph terus rase tersentak dan meremang bulu roma. "Kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana anda telah berdaftar sebagai penderma organ dan tisu selepas meninggal dunia" . 

Alhamdulillah rekod aku ada disana. Untuk ulang tahun aku kali ni tiada lebih yang aku mau. Cukuplah kalian mengetahui aku adalah penderma organ. 


Selamat Hari Lahir untuk aku dari aku.


No comments:

Post a Comment