Tetikus ditekan untuk memanggil giliran seterusnya. Nombor dialun oleh suara gadis yang lemah lembut. Di hadapan aku kini ade seorg pemuda berusia pertengahan 30-an. Pemuda itu menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Dalam hati aku. 'Ermm...tak kacak lagi'. Tanpa kata2 aluan dari aku, pemuda itu sudah mengajukan bebarapa soalan sambil menghulurkan henponnya. Aku hanya mendengar dan cuba untuk faham seterusnya membantu. Itu dah memang tugasan aku sehari-harian.
Sekarang henpon dah bertukar tangan. Waktu ditangan aku yg terkena iron pagi tadi, screen henpon sudah sampai ke bahagian inbox SMS. Aku terus meneliti setiap SMS yg menjadi igauan ngeri pemuda tadi. SMS tidak bernombor itu membuatkan aku terpaksa menyoal nombor henpon pemuda itu. Bukan aku nak mengorat dia, bukan best pun mengorat fesyen lame mcm tuh. Aku zaman tekno ok. Sesudah nombor henponnya disebut dari mulut pemuda itu, aku mengetuk abjad dikeyboard. Butang ENTER ditekan. 'DATA NOT FOUND'. Aku bertanya..'brader pakai prepaid ke bill'? Pemuda yang berwajah kusam itu menjawab 'topup'. Aku membuat cubaan kali kedua. Abjad ditekan butang ENTER diketuk keras. Masih lagi 'DATA NOT FOUND'.
Ape sudah down ke system harini, dalam hati aku terdetik. Setahu aku system arini memberi kerjasama yang baik. Tak ade masalah baby are you down down down pun. Aku berhenti bersangka buruk dengan system syarikat aku yang semakin terkemuka ni.
Aku mendapat ilham dr Ilahi. Aku ambil semula henpon pemuda itu dengan tangan yang kene iron pagi tadi. Aku tekan butang 'BACK'. Main screen terpapar sekarang. Dan aku dapati asap hijau dalam diri aku dah sampai ke tekak. Sikit lagi nak terkeluar kat idung.
Aku menyinga.. 'Encik ni pakai line *(&;^ ke pakai line &^&% '?? Aku buntang kan mata. Memberi pandangan makrifat kepada pemuda yang sekarang ini dalam sedikit ketakutan. Mata aku terus memanah kearah wajah kusam pemuda itu. Dalam hati aku harap pemuda itu akan terbakar didepan mata aku. Mencair tubuhnya dek kerana renungan aku yg menggelegak panas. Pemuda itu menelan kelat air liurnya. Serba tak kena pemuda itu. Mungkin sedang memaki hamun diri sendiri tentang perkara terbodoh yang pernah dia lakukan sepanjang hidupnya.
Aku maafkan pemuda itu. Dengan harapan ade la penhijrahan dalam diri dia untuk tak silap masuk lagi. Aku cuba bayangkan orang yg beli tiket AirAsia tapi pegi KLIA carik flight kat sane. Haishh...sampai esok tak jumpe.
Salam Maal Hijrah
No comments:
Post a Comment