Wednesday, June 8, 2011

~ Kapan ~


Mati akal aku dibuatnya. Semuanya tak ada Internet access. Jenuh aku berjalan untuk dptkan Wi-Fi. Disini Wi-Fi bukan percuma. Semuanya dicaj. Paling kurang RM2. Pernah sekali aku makan nasi paprik [RM5.50] + air laici [RM2.5] + Wi-Fi [rm2] = RM10. Lepas tuh aku insaf dah nak order air buah. Aku order sirap aje, jimat RM0.50, sirap dia RM2 daa. Gila mahal dunia.

Kat sini pun tak dek mamak. Ntah aku belum jumpa aku tak tau la. Tapi area aku tinggal ni mmg tak da mamak. Pernah gak sekali, lebih tepatnye baru petang tadi, aku pesan mee goreng. Orang kedai tuh tanye ‘mee goreng apa’? Aku pi cakap mee goreng mamak. Kat sini mamak tuh emak. Berzikir 3 kali org kedai tuh ‘mee goreng mamak’[repeat 3x].  Dia ingat aku order mee goreng resepi mak aku gamaknya. Gila kecoh dunia.

Antara isu terpencil aku disini. Aku layankan saja. Itula kata orang bila lari ke hutan cara hutan la hidupnya, bila lari ke pulau cara pulau la hidupnya. Mana boleh mau sama. Pasti lain. Entah sampai bila aku akan begini pun aku tak pasti. Bermuram durja, memujuk layu, sepi menyendiri. Mahu memekik minta tolong pun tak boleh. Nanti bila ditanya mau tolong yang mana, aku juga tak ada jawabnya.

Clinical Depression katogerinya aku. Aku cuba dapatkan informasi tentang hal ini. Baca barang 2-3kali. Jawab test yang disediakan. Aku mengumpul 8 ‘YES’ dari 10 soalan yang diberi. Tapi soalannya basic aja. Bukan serius. Dan aku juga bukan serius.

Lebih 10kali aku mengulang entry 6 mentera. Percuma! Kata orang seberang.


1 comment: