Friday, June 3, 2011

~ 6 Terang ~


Macam nama kelas kat sekolah rendah aje. Bila aku putuskan untuk ke sini, perbezaan waktu adalah salah satu dari sebabnya. Aku perlukan ruang yang malamnya lekas datang. Aku sukakan malam. Malam disini selalu sunyi. Sunyi itu yang aku mahu. Kerna aku juga begitu. Disini 6pgnya sudah terang benderang, dan 6petangnya sudah gelap gulita. 

Tak banyak yang aku lakukan beberapa hari ini, menikmati perlabuhan disini. Melemparkan pandangan sejauh mungkin. Fikiran masih dekat2 sini saja. Kusut belum hilang. Hasil bacaaan aku beberapa hari disini aku terjumpa nasihat Imam Syafi'i  `Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti kerabat dan kawan'. 







1 comment: