Wednesday, March 9, 2011

~Setimpal~

Dunia kerja kecoh sekejap. Masing-masing keluar dr bilik pengurus dengan sampul surat yang besar. Siang tadi ada mesyuarat bersama HR. Pengurus diutuskan untuk kirimkan berita gembira buat semua kakitangan bawahan. Sorang2 nama pekerja dipanggil. Tapi semuanya keluar dr bilik pengurus hanya berwajah biasa. Tak tersenyum lebar seperti yang aku bayangkan. Mungkin hasil semuanya hanya biasa-biasa.

Semua harapkan sesuatu balasan dr setiap yg dikerjakan. Kerja mesti ada gaji. Kerja lebih masa mesti dibayar upah lebih masa bekerja. Setia pada syarikat tentu ada bonusnya. Solat lima waktu mesti ada pahala. Taat pada Allah tentu ganjarannya syurga. 

Aku terima apa jua ketentuan dari-Nya. Semuanya sudah ditetapkan. Aku tak layak langsung nak merungut. Sebab aku faham benar maksud setimpal. 





No comments:

Post a Comment