Tuesday, March 8, 2011

~ Isnin ~

Sepanjang life aku bekerja ni, hari Isnin adalah hari yg paling menyampah. Kalau aku keje kat Jusco dulu, ari Isnin setiap awal bulan ade Assembly. Kene buat senaman ringan, nyanyi lagu Jusco, ade ucapan dr GM dan yg paling menyampah Training Dept yg akan buat sume arrangement. termasuklah jadi EMCEE. Bile aku keje kat tempat lain Isnin adalah blues day. Kesian hari Isnin. Masa aku keje kt IJM, setiap Isnin aku kene buat report sale. Owhhhh... ni lagi menyampah. Kene kire semua payment, hutang purchaser, kene kira unit mane lagi tak terjual. Kalau aku byk duit aku beli sume unit yg tinggal tuh. Keadaan bertambah sukar bile aku bekerja di Selekom. Isnin adalah hari hilang sim card sedunia. Hari Ahad pulak adalah hari orang hilangkan HP memasing. Berat betul hari Isnin ni. 

Bila aku dah pandai travel sane sini, aku dapat merasai Isnin yang terbest sekali. So far Isnin yang paling best aku is time kat Sipadan. Hari Isnin aku pi snorkel kat Pulau Sipadan. Pulau yang tercantik didunia. Walaupun aku just snorkel je kat Pulau Sipadan, dah bikin aku puas untuk menikmati hari Isnin yang terbaik. 


Selain dr Isnin di Sipadan, Isnin 07032011 bebaru ni pun adalah best. Memandangkan Mak ckp aku dah lame tak balik, aku telah mendapat satu akal. Bermula pg Isnin smlm, aku bangun untuk mandi gi office. Lepas mandi aku iron baju kerja. Tgh iron baju, ntah mane punye idea jahat muncul.

"Arghh...malam ni meeting"
"Isnin pulak tuh, kompem ramai cust"
"Meeting mlm ni mesti kene bebel"
"Tertekannye....."

Konon la kan tertekannye. Masalah punca sebenar is MALAS aje. Maka dengan keMALASan yang berbaki ni, aku memutuskan untuk MC aje hari Isnin kelmarin. Call opis bgtau MC, then mintak time off untuk hari Selasa 4 hours. Alasan yang aku jualkan kat mereka, aku perlu buat rawatan susulan. HEH. Kaki penipu! 

Sebenarnye aku nak balik Ipoh. Jumpe Mak. Mak ckp aku dah lame tak balik. So dgn slumbernye lepas aku amek MC, aku trus drive balik Ipoh. Sampai Ipoh, aku lupe yang aku tgh menjalani hari Isnin. Satu lagi moment hari Isnin yang terbaik. Jumpa MakAyah. 

Bila Mak ckp aku dah lama tak balik, mesti la aku akan segera balik. I would never leave when she needs me most. Berkata Chris Medina seperti lagu single terbaru dia. 




*Im guilty just because I love my MAK*




No comments:

Post a Comment