Friday, August 19, 2011

~ Dilema Raya ~


Dah bertahun aku tak beli baju raya. Asek pinjam aje kat kak Dayang or Mastura. Tahun-tahun lalu tak pe la, aku raya balik kampung. Bleh pinjam baju-baju diorang. Tahun ni lain sikit. Aku tak balik raya. Actually aku tak budget pun yang aku tak balik raya tahun ni. Time datang Borneo aku beli tiket datang je. Tiket balik tak beli pun. Sekali bile nak beli mahal nak mampus. Terpakse la aku beli tiket lepas raya. Dapat la murah sikit. Terlanjurla aku beraya kat sini. Amek ko....

Bila raya puasa tak balik rase macam seram nak menghadapi hari raya pertama tu nanti. Apela perasaan aku time tuh ek. Ntah ke hiba ke, pilu ke, sebak ke, cool ke. Auwww...ngeri. 

Aku ade la beberapa kawan rapat disini. Yang bersedia aje nak ajak aku beraya sekali. Aku senang dengar perlawaan diorg tuh. Tapi aku ade masalah lagi. Iaitu BAJU RAYA. Nak beli tak dek budget. Mahal gila pulak tuh baju ready made kat sini. Tak macam Masjid India, ade yg harge RM39.90 aje. Tak kan la aku pi beraya umah orang aku slumber je pakai seluar Padini, T-shirt Paris yang kaler merah ni. Gile tak cool.

Nak beli ke tak baju raya... Kalu tak, aku tak leh la nyanyi lagu ni.


Marilah adikku marilah bersamaku
Kutukarkan bajumu yang baru
Ramailah kawanmu yang telah menunggu
Cepatlah siap adikku

ADIK TAK DAK BAJU BARGHUUUUUU......





No comments:

Post a Comment