Thursday, August 18, 2011

~ Dah Nak Dekat ~



Hampir dua tahun aku menanti detik ini. Dan sekarang cuma tinggal dua minggu saja lagi. Biarpun segala yang aku rancang tidak berjalan dengan lancar. Habis ikhtiar aku dibuatnya untuk meneruskan niat ini. Hadiah kengkononnya untuk tahun ini. Tak percaya aku seperit ini untuk menghadiahkan sesuatu yang besar untuk diri sendiri. Ya tahun ini aku berinjak nombor usia aku. Dari dua ke tiga. Tapi apa ada dengan nombor?

Gara-gara rencana inilah aku terpaksa mengharungi kepayahan hingga keakhirnya. Aku percaya pada hikmahnya. Tapi aku bukanlah seorang yang tenang dalam mengharungi ujian-ujian kepayahan ini. Alasan klise aku manusia biasa. Entah aku tergolong dalam yang lulus ujian atau aku mengambil ‘detour’ dalam ujian ini. Kerana jauh benar jalan yang aku pilih untuk menghadapi ujian kali ni.

Perjalanan hidup di Kuala Lumpur yang tidak berapa baik, buatkan aku ambil keputusan yang tidak berapa bodoh dan tak berapa bijak untuk datang bertenang sebentar di Sabah 31st  May yang lalu. Tiga bulan ini  menginaplah aku di daerah Borneo ini. Semuanya tidak berada di track yang sepatutnya. Lari langsung dari apa yang sepatutnya berlaku. Riaknya aku untuk menggunakan perkataan SEPATUTNYA. Mengapa aku mendahului takdir?

Dan rancangannya adalah begini; I’m leaving on the jet plane again…soon. Kali ini destinasinya EUROPE. Itulah hadiah yang aku berusaha untuk menikmati. Dua minggu waktu yang masih panjang untuk aku terlalu yakin yang aku tetap akan pergi ke sana. Sedangkan baru-baru ini ada rusuhan terburuk dikota London. Awatla sampai jadi lagu tu?? Seminggu akan datang, esok, lusa entah apa la pula yang akan berlaku. Kalau tak, tidak la terciptanya ayat keramat ‘Kita hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan’.

Jauh dilubuk hati aku yang dalam, aku mmg berharap aku akan selamat untuk kesana. Juga selamat untuk kembali lagi. Tapi kalau terkandas kat sane… that will be great. Heh…



No comments:

Post a Comment