Saturday, November 12, 2011

~ Semalam 11.11.11 ~

Semalam ramai la yang berebut nak pilih tarikh ni untuk celebrate memacam mende. Aku kat pulau ni, tak pulak terasa nak wat ape-ape yang penting pada tarikh ni. Sampai aku rasa hampir tak dek ape yang berlaku kat aku semalam. Biase aje. Semua sama macam hari-hari yang lain. 

Nak jadi cerita tadi aku bukak la website bite Harian. Maklumlah aku kat pulau ni terputus hubungan dengan dunia luar. Bace punye bace ade kisah tragik pasal 11.11.11. Kebanyakan orang nak ingat tarikh ni dengan perkara-perkara yang manis dalam hidup diorg. Lain plak cite pasal budak sekolah ngan cikgu-cikgu sekolah ni. Kemalangan pulak pada tarikh keramat 11.11.11 ni. Tak pe la doa aku kirimkan buat semua yang terlibat.

Kembali kepada diri aku selepas bace artikel tadi. Baru aku perasan yang aku juga mengalami kisah kurang enak semalam. Lepas bercerita dengan seorang kenalan dari utara semenanjung tengah hari tadi, rupa-rupanya aku teraniaya pada tarikh 11.11.11. Syukur, kerana akhirnya nanti cuma yang tinggal hanya aku dan Allah sahaja, itu pesan kenalan tadi. 

Aku mengambil kesimpulan 11.11.11 ada juga terpalit kisah kurang enak yang perlu aku ingat sampai bila-bila. Buat kamu, aku ucapkan terima kasih kerana mencatat kisah ini untuk aku pada tarikh yang indah semalam.  

No comments:

Post a Comment