Monday, October 31, 2011

~ Ocean Life ~

Belum sebulan. Tapi dah rapat. Terpaksa rapat. Kalau tidak dengan siapa lagi untuk aku menjebakkan diri. Ikan di laut? Penyu bawah jeti? Pokok pandan hutan tepi pantai? Mesti la tak. Untung semua di pulau ni menerima orang baru dengan hati terbuka. 

Mula la episod suai kenal. Banyaklah soalan yang aku kene jawab. Dan yang pastinya aku selalu gubah jawapan aku indah-indah dengan menipu sikit-sikit.Heh! Soalan wajib mesti la kenapa aku pilih untuk kerja disini berbanding Kuala Lumpur. Jawapan, selalunya menipu abes. Nasebla...bukan penting pun jawapan aku untuk diorg.

Beberape hari lepas aku borak dengan Esa, Supervisor Restaurant. Cerita punya cerita, diorg kat sini bet rupanya kat semua new comer, bape lame aku bleh stay sini. Diorg bet aku stay sini 2 bulan. Wah!!! Sungguhla aku tak sangka.Ces sungguh!!Tak kan la seminimum tu aku nak stay kat sini. But who know's.Kahkahkahkah...

Actually aku suka jugak tinggal kat sini. Biarpun hidup aku tanpa MOHD TV. Aku suka pasal life kat sini simple abes. Petang-petang pi jogging or lepak-lepak kat jeti or lepak dalam bilik or pi snorkeling. Sampai rase nak beli mask snorkeling sendiri. Memang patut pun aku ada menda tu. Diving plak kat Black Reef depan ni, tapi kene tunggu time aku off day. Tapi tak semua off day aku bleh pi dive. Kalu aku off day, geng yang nak pi diving tuh sume terror2 aku segan la nak join. Yang penting free.Heh!!

Tapi kalu time air tengah mati jatuh skala 01, maknanye cuaca time tuh panas yang amat. Sampaikan nak bukak mata pun tak boleh. Gi memane pakai sepek mata, payung segalak. Mulalah aku lepak dalam office aje. Tak pun lepak kat restaurant, sebab connection internet laju sikit berbanding dalam office.  

Bulan lepas aku di Italy, aku terlepas untuk tengok sunset tercantik di Pincio Garden. Itu kate Mamat Bintang Tiga dalam trip kami. Kami terlepas gara-gara nak jimat 1euro. Tapi aku tak menyesal. Sebab aku rasa sunset kat sini lagi best. Awesome abes!! Dan yang paling best aku boleh enjoy sunset cantik setiap hari. Kau ade??huhu... 

So, aku kene pastikan aku menang dalam betting kali ni.Yeah!!


No comments:

Post a Comment