Wednesday, October 26, 2011

~ Jangan Mengeluh Untuk Aku ~

Matang. Matang 3 minggu. Keadaan? Masih dalam proses menerima. Menerima kehidupan orang pulau. Disini lebih terdedah kepada matahari. Kulit pun dah makin ranum. Hirup udara dari angin laut masin. Pasir halus yang selesa dipijak. Aku sudah makin biasa tidak berkasut dari berkasut kat pulau ni. Ikan-ikan kecil yang selalu mengiringi aku sepanjang berjalan ke jeti. Penyu Hijau yang setiap petang bermain bawah jeti. Bot laju yang kehulu-hilir. Berulang dari Semporna, atau dari pulau-pulau yang lain disini. 

Dihujung jeti setiap senja Mother akan mengajar Yoga. Aku cuma pernah ikut 3 kali saja dari mula aku sampai. Pertama kali aku ikut Yoga dalam siri hidup aku. Senang aku dengan senaman Yoga, biarpun aku belum boleh melentur tubuh aku dengan sempurna. Pelan-pelan bilang Mother yang tidak fasih berbahasa Melayu. Asal Mother dr Philippine. Mother ialah tukang urut di Spa pulau ini. 

Aku lebih suka snokeling dihujung jeti bila habis waktu kerja. Paling-paling aku apungkan diri sambil melihat langit yang semakin gelap. Tapi bulan ini bulan menerima banyak hujan. Jadi bila petangnya hujan aku cuma habiskan masa dalam bilik. Aku masih sedih dengan kehidupan aku tanpa television. Susahnya aku mahu mengubat kesedihan didera tidak bertelevision ni. Sakit sampai ke ulu hati. Dive pun tak boleh terubat. Aku baru pernah ikut dive 2 kali dengan Fefe yang sengal.

Mujur masih ada acara lain yang boleh buat aku lupa. Iaitu MAKAN. Aturan makan aku mewah. Mula dengan sarapan, lunch,dinner and tea break. Pilihan makanan sama taraf dengan hotel. Sarapan, Egg station memang wajib. Dessert mcm2 jenis puding and kek. Pastry mcm cheese stick, sosej bun, coconut bun segala jenis bun ada. Buah tempatan setiap kali waktu makan ada. Tembikai, betik, dragon fruit, tembikai susu, pisang, itu je setiap hari.Nasi goreng tak pun mee goreng tak pun mehoon goreng sebagai main course. Belum masuk lunch yang hari-hari hidang udang dengan macam-macam jenis masakan. Sotong, ikan, dan kalau ayam tak payah nak dicerita. Cuma kambing aje sekali seminggu untuk BBQ setiap hari Ahad time dinner.

Kami yang kerja as Management Team, selalu kutuk sesame sendiri pasal pinggan sape yang paling banyak. Kami ada 9 orang yang layak untuk makan di restaurant sekali ngan guest. Pekerja lain ada kantin sendiri dibahagian belakang. Yang pastinya menu dikantin pekerja sangat sederhana. Memang double standard sikit kat pulau ni. Ish...tak baik betol. Yang 9 orang ni pula, selalunya makan dengan rase tak bersalah di restaurant tuh termasuklah aku. 

1 - Mr. Paolo [Italian] - Resort Manager
2 - Cheami San [Japanese] - Assistant Manager
3 - Zamliza [Perakian] - Resort Executive
4 - Mellisa [Sabahan] - Marine Biologist
5 - Ferdinando @ Fefe [Italian] - Dive Instructor
6 - Eleonora @ Ele [Italian] - Dive Instrustor
7 - Rayner [Sabahan] - Dive Master
8 - Ron [Sabahan] - Dive Master
9 - Mother Agnes [Philippine] - Tukang Urut

Meja kami khas, setting lengkap ngan gelas,sudu,garfu,pisau segala. Manja abes. Aku kadang2 rase bersalah ngan pekerja restaurant. Sebek lepas makan kami kene angkat pinggan kami sendiri. Kalau tak memang aku menyampahlah dengan diri aku.heh…

Ele & Fefe is couple. Fefe tuh lawak and jenis kelam kabut. Fefe suke wat gaya2 pondan kat Rayner. Ron penah kerja ngan SWVR. Siap sebilik dengan Bobby dulu katenya. Punyalah excited aku berborak ngan Ron pasal SWVR. Mr. Paolo Cool orangnya. Pengalaman dive hebat gile. Dia suke borak pasal travel dengan aku. Hari tuh aku pakai baju Paris yang Nik kasi, boleh dia suruh aku bangun dia nak bace semua mimik muka kat depan t-shirt tu. Malu aku.

Boleh dikatakan 9orang ni la keluarga aku kat sini. Dan aku masih dalam proses membiasakan diri. Masih awal. Jadi jangan mengeluh untuk aku. My life is just fine.

No comments:

Post a Comment