Monday, May 30, 2011

~ Malam Terakhir ~


Seharian aku benamkan diri dalam ruang yang aku pernah tinggal hampir 10 tahun ni. Banyak yang perlu aku buang isi kandungannya untuk penghuni seterusnya. Walaupun aku sgt berharap tiada penghuni yang akan menggantikan tempat aku. Malam ini adalah malam terakhir untuk aku. Perasaan bercampur baur. Entah apa yang akan terjadi dihari mendatang...


Mengemas dengan perasaan yang belum pasti. Semuanya masih berterabur. Nak mulakan dari mana aku dok terkial-kial lagi. Entah mana aku nak bawa buku2 ini. Sambil mengemas sambil mengimbas setiap memori aku dalam ruang ini. Aku mengelamun jauh...


Untuk mengelak perasaan aku terus berkecamuk, aku mainkan lagu Judas Priest, Breaking The Law. Aku suke dengan lirik lagu ini. Sepertinya aku sekarang. 

There I was completely wasting, out of work and down
All inside it's so frustrating as I drift from town to town
Feel as though nobody cares if I live or die
So I might as well begin to put some action in my life
So much for the golden future, I can't even start
I've had every promise broken, there's anger in my heart
You don't know what it's like, you don't have a clue
If you did you'd find yourselves doing the same thing too
Tapi aku bukan drift. Aku Leaving On The Jet Plane. Tak sangka aku akan 
putuskan begini. Perasaan 
masih belum stabil rupanye...

Sampaikan aku terlepas Monyet Gumuk ni dari tangan aku. Remuk hati aku bila dia jatuh dan pecah. Perasaan aku bertambah serabut. Aku sayang pada Monyet Gumuk ni. Aku suka fungsi dia dalan ruang ini. Kalau angin menyapa tali yang mengikat seramik itu, ia akan berlaga dikeliling perut Monyet Gumuk. Seperti ada yang masuki dalam ruang aku ni. Feeling macam cerita Windstruck je. 

Tapi Monyet Gumuk dah pecah dan aku pun akan pergi. Sudahnya aku terpaksa melepaskan Monyet Gumuk pergi jugak. Barulah perasaan aku jadi tekad. Tetap dengan niat yang sama. Iaitu PERGI... 







Yang pastinya aku akan merindui kota ni. Permandangan sang matahari terbenam cam gini, time jalan jam kat MRR2 tak mungkin aku lupakan.  

No comments:

Post a Comment