Wednesday, November 23, 2011

~ Entah ~


Aku tidak suka penulisan aku sejak aku berada di pulau ini. Jelek. Kurang enak. Malah kadang-kadang terlalu bahasa buku. Aku lebih suka dengan penceritaan aku sewaktu aku kemalangan jiwa dulu. Aku juga tidak mengerti. Apa mungkin aku paling gagal bila bercerita tentang perasaan gembira. Kembali kepada tajuk...ermmm...

Tuesday, November 15, 2011

~ Cinta Dalam Hati ~



Hug..hug...hug...



Dan aku terus terbuai-buai dengan lagu ini. Menyanyi sambil menggunakan bahasa isyarat. Dulu time belajar, lagu ini kami terjemahkan dalam bahasa istimewa itu. 


Monday, November 14, 2011

~ Orang Femes ~

Minggu ni cuaca kat pulau susah nak jangka. Sehari dua hujan, lepas tuh 3 hari panas terik. Kalau sekali hujan datang, ribut taufan siap. Sampai takut tgk ombak kat tengah laut tuh. Sekarang ni cuaca tengah cantik. Matahari bukan main megah terpacak atas kepala. Dengan berangin sepoi-sepoinya. Ni kalau lepak kat jeti ni kompem tambah hitam. Aku skang ni pun dah tak kenal diri sendiri bile tengok muke dalam cermin. Badan dah makin naik, kulit dah makin hitam. Burok abes la aku sekarang ni.



Aku dah segan nak taruk muke sendiri kat sini. Yang penting mamat kat sebelah ni. Ini orang bukan main femes lagi kat Jepun. Photographer tersohor dan diver terhandal dari negara matahari. Ryo Minemizu, dah dive 19,000 kali. Adalah sangat gile baban. Dive master aku kat sini pun tak penah dive sampai segitu kali banyak. Gear untuk camera underwater dia, punya la berat. Bila Ryo turun dive mesti dia gendong 2 bijik camera sekali ngan lighting kiri kanan. Gile gigih. Yang best sekali Ryo pandai cakap melayu. Lawak bile kami borak dengan dia.  

Awalnya tak tau pun Ryo ni femes. Tapi semua guest Jepun yang kebetulan ade kat pulau ni sume kenal dia. Aku jadi sungguh la heran. Mengapakah semua org Jepun kenal Ryo. Sekali aku gugel name dia. Dan aku jumpa website dia Ryo Minemizu. Setiap malam kami yang kagum-kagum ni, mesti kerumun kat laptop apple dia. Mau tengok hasil kerja dia. Sepanjang dia kat sini, 7dive sehari dia buat. Mau tak banyak gambo dia amek. Mandarin Fish antara ikan yang banyak kat area pulau ni. Cantek-cantek gambar yang Ryo amek. 

Best jugak bile dapat kenal dengan orang yang femes dari negara asing ni. Bangga kejap. Tadi pagi Ryo dah check-out dari pulau ni. Ramai-ramai kami hantar dia kat jeti. Sedih plak bile dia dah nak balik. Dah 4 malam kami melepak reramai tengok gamba dia lepas dinner. Malam ni dah tak dek free show lagi. Tadi kat jeti Ryo cakap 'Semoga jumpa lagi', Alahai comel betul kalau Jepun cakap melayu ni. 

Makin menarik life aku kat pulau ni. Macam mane nak decide balik darat for good ni. Terpaksa la mak aku bersabar barang beberape bulan lagi ye mak. 


Saturday, November 12, 2011

~ Semalam 11.11.11 ~

Semalam ramai la yang berebut nak pilih tarikh ni untuk celebrate memacam mende. Aku kat pulau ni, tak pulak terasa nak wat ape-ape yang penting pada tarikh ni. Sampai aku rasa hampir tak dek ape yang berlaku kat aku semalam. Biase aje. Semua sama macam hari-hari yang lain. 

Nak jadi cerita tadi aku bukak la website bite Harian. Maklumlah aku kat pulau ni terputus hubungan dengan dunia luar. Bace punye bace ade kisah tragik pasal 11.11.11. Kebanyakan orang nak ingat tarikh ni dengan perkara-perkara yang manis dalam hidup diorg. Lain plak cite pasal budak sekolah ngan cikgu-cikgu sekolah ni. Kemalangan pulak pada tarikh keramat 11.11.11 ni. Tak pe la doa aku kirimkan buat semua yang terlibat.

Kembali kepada diri aku selepas bace artikel tadi. Baru aku perasan yang aku juga mengalami kisah kurang enak semalam. Lepas bercerita dengan seorang kenalan dari utara semenanjung tengah hari tadi, rupa-rupanya aku teraniaya pada tarikh 11.11.11. Syukur, kerana akhirnya nanti cuma yang tinggal hanya aku dan Allah sahaja, itu pesan kenalan tadi. 

Aku mengambil kesimpulan 11.11.11 ada juga terpalit kisah kurang enak yang perlu aku ingat sampai bila-bila. Buat kamu, aku ucapkan terima kasih kerana mencatat kisah ini untuk aku pada tarikh yang indah semalam.  

Sunday, November 6, 2011

~ The Doc's ~


My favorite guest. Thank you to - ?? Tak kisah la..janji dia nak datang lagi...ekeke...




Friday, November 4, 2011

~ Harus Aku Bagaimana ~

Mau aku benamkan rasa ini dalam-dalam. Enggan untuk memikir hal ini buat masa terdekat. Makin dalam aku tanam makin bersinar rasa ini dalam gelita. Macam glow in the dark. Bukan keras dengan pendirian diri, tapi aku tak punya banyak pilihan. Saat ini aku boleh membayangkan posisi Emak yang sedang duduk dikerusi meja makan dapur. Dan sebelah tangannya di atas meja, dibengkokkan untuk menongkat kepalanya. Ibu jari dan jari telunjuk berkedudukan didahi. Selebih jarinya digenggam longgar. Sebelah tangan lagi biasanya berkedudukan atas pehanya. Selalunya Emak akan pegang kitchen towel dengan tangan yg itu. Dahinya berkerut dan merenung jauh. Kami adik beradik arif benar dengan posisi mak yang begitu. Mesti tengah fikir dan risau hal anak-anak. 

Kelmarin kebetulan cuaca pulau cantik, tak panas terik macam selalu. Aku berjalan ke jeti untuk buat panggilan. Norny masih dalam berpantang menyahut deringan telefon. Panjang lebar kami berbual. 

Bilangnya Emak sejak kebelakangan ini selalu duduk dapur kerut kening. Aku menyoal, tentang siapa pula kali ini! Sebab aku sudah tahu sangat dengan ayat 'duduk dapur kerut kening'. Balas Norny 'pasal kamu la'. Aku dihujung telefon termangu. 

Kenapa pula dengan aku. Aku kan baik-baik saja dipulau ini. Cuma aku mengeluh tak berTV. 

Hal kamu yang berada jauh ditengah Lautan Sulawesi. Susah untuk dihubungi. Amir cuba hubungi kamu berkali-kali tak dapat. Emak cakap, kalau jadi apa-apa kat Tambun, nak kasi tau kamu, tak ke jenuh? Berkerut dahi orang tua tu mengenangkan kamu. Jangan fikirkan keseronokan kamu saja, kesiankan la kat Emak dan Ayah tu. Mereka kan sudah tua. Nanti kalau terjadi apa-apa jangan kau menyesal pula. 

Tergumam aku semalam. Hilang perasaan gembira diving waktu awal paginya.

Jeti penyambung silaturahim. Kalau aku berada dihujung jeti tu baru line telefon akan clear. Jauhkan!!

Thursday, November 3, 2011

~ Boat ~


Boat kat sini agak moden. Boat enjin 100, kami guna untuk bawak guest gi diving or snorkeling. Boat ni saiz kecil. Biarpun kecil kami tetap sediakan tangga. Aku tahu kepayahan bila boat tidak bertangga ni. Jerihnya kena memanjat tebing boat tuh lepas selesai diving. Senak perut.

Boatman disini pula kebanyakannye warganegara Philippine. Name masing-masing semua ala-ala orang putih. Roberto la, Emanuel la, tapi ade sorang boatman ni name dia memang la unik nak mampus. Name beliau ialah Mr. KATIL. Ekekeke…Memule aku dengar name dia, mengekek-ngekek aku gelak. Bukan sebab name dia aje, tapi aku teringat kisah combo yang menarik.

2009 aku pernah join program amal disalah sebuah kampong orang asli dalam daerah Selangor. Program yang melibatkan kanak-kanak. Dalam ramai kanak-kanak ni ada seorang, yang ibunya memberi nama timbangan TILAM padanya.

Aku jumpa KATIL dipulau, TILAM dikampung orang asli. Combo yang menarik. Bila nak jumpe yang bernama BANTAL dan TOTO pula lepas ni. Rasa macam pernah ade name TOTO dulu. Heh…