Monday, October 31, 2011

~ Ocean Life ~

Belum sebulan. Tapi dah rapat. Terpaksa rapat. Kalau tidak dengan siapa lagi untuk aku menjebakkan diri. Ikan di laut? Penyu bawah jeti? Pokok pandan hutan tepi pantai? Mesti la tak. Untung semua di pulau ni menerima orang baru dengan hati terbuka. 

Mula la episod suai kenal. Banyaklah soalan yang aku kene jawab. Dan yang pastinya aku selalu gubah jawapan aku indah-indah dengan menipu sikit-sikit.Heh! Soalan wajib mesti la kenapa aku pilih untuk kerja disini berbanding Kuala Lumpur. Jawapan, selalunya menipu abes. Nasebla...bukan penting pun jawapan aku untuk diorg.

Beberape hari lepas aku borak dengan Esa, Supervisor Restaurant. Cerita punya cerita, diorg kat sini bet rupanya kat semua new comer, bape lame aku bleh stay sini. Diorg bet aku stay sini 2 bulan. Wah!!! Sungguhla aku tak sangka.Ces sungguh!!Tak kan la seminimum tu aku nak stay kat sini. But who know's.Kahkahkahkah...

Actually aku suka jugak tinggal kat sini. Biarpun hidup aku tanpa MOHD TV. Aku suka pasal life kat sini simple abes. Petang-petang pi jogging or lepak-lepak kat jeti or lepak dalam bilik or pi snorkeling. Sampai rase nak beli mask snorkeling sendiri. Memang patut pun aku ada menda tu. Diving plak kat Black Reef depan ni, tapi kene tunggu time aku off day. Tapi tak semua off day aku bleh pi dive. Kalu aku off day, geng yang nak pi diving tuh sume terror2 aku segan la nak join. Yang penting free.Heh!!

Tapi kalu time air tengah mati jatuh skala 01, maknanye cuaca time tuh panas yang amat. Sampaikan nak bukak mata pun tak boleh. Gi memane pakai sepek mata, payung segalak. Mulalah aku lepak dalam office aje. Tak pun lepak kat restaurant, sebab connection internet laju sikit berbanding dalam office.  

Bulan lepas aku di Italy, aku terlepas untuk tengok sunset tercantik di Pincio Garden. Itu kate Mamat Bintang Tiga dalam trip kami. Kami terlepas gara-gara nak jimat 1euro. Tapi aku tak menyesal. Sebab aku rasa sunset kat sini lagi best. Awesome abes!! Dan yang paling best aku boleh enjoy sunset cantik setiap hari. Kau ade??huhu... 

So, aku kene pastikan aku menang dalam betting kali ni.Yeah!!


Wednesday, October 26, 2011

~ Jangan Mengeluh Untuk Aku ~

Matang. Matang 3 minggu. Keadaan? Masih dalam proses menerima. Menerima kehidupan orang pulau. Disini lebih terdedah kepada matahari. Kulit pun dah makin ranum. Hirup udara dari angin laut masin. Pasir halus yang selesa dipijak. Aku sudah makin biasa tidak berkasut dari berkasut kat pulau ni. Ikan-ikan kecil yang selalu mengiringi aku sepanjang berjalan ke jeti. Penyu Hijau yang setiap petang bermain bawah jeti. Bot laju yang kehulu-hilir. Berulang dari Semporna, atau dari pulau-pulau yang lain disini. 

Dihujung jeti setiap senja Mother akan mengajar Yoga. Aku cuma pernah ikut 3 kali saja dari mula aku sampai. Pertama kali aku ikut Yoga dalam siri hidup aku. Senang aku dengan senaman Yoga, biarpun aku belum boleh melentur tubuh aku dengan sempurna. Pelan-pelan bilang Mother yang tidak fasih berbahasa Melayu. Asal Mother dr Philippine. Mother ialah tukang urut di Spa pulau ini. 

Aku lebih suka snokeling dihujung jeti bila habis waktu kerja. Paling-paling aku apungkan diri sambil melihat langit yang semakin gelap. Tapi bulan ini bulan menerima banyak hujan. Jadi bila petangnya hujan aku cuma habiskan masa dalam bilik. Aku masih sedih dengan kehidupan aku tanpa television. Susahnya aku mahu mengubat kesedihan didera tidak bertelevision ni. Sakit sampai ke ulu hati. Dive pun tak boleh terubat. Aku baru pernah ikut dive 2 kali dengan Fefe yang sengal.

Mujur masih ada acara lain yang boleh buat aku lupa. Iaitu MAKAN. Aturan makan aku mewah. Mula dengan sarapan, lunch,dinner and tea break. Pilihan makanan sama taraf dengan hotel. Sarapan, Egg station memang wajib. Dessert mcm2 jenis puding and kek. Pastry mcm cheese stick, sosej bun, coconut bun segala jenis bun ada. Buah tempatan setiap kali waktu makan ada. Tembikai, betik, dragon fruit, tembikai susu, pisang, itu je setiap hari.Nasi goreng tak pun mee goreng tak pun mehoon goreng sebagai main course. Belum masuk lunch yang hari-hari hidang udang dengan macam-macam jenis masakan. Sotong, ikan, dan kalau ayam tak payah nak dicerita. Cuma kambing aje sekali seminggu untuk BBQ setiap hari Ahad time dinner.

Kami yang kerja as Management Team, selalu kutuk sesame sendiri pasal pinggan sape yang paling banyak. Kami ada 9 orang yang layak untuk makan di restaurant sekali ngan guest. Pekerja lain ada kantin sendiri dibahagian belakang. Yang pastinya menu dikantin pekerja sangat sederhana. Memang double standard sikit kat pulau ni. Ish...tak baik betol. Yang 9 orang ni pula, selalunya makan dengan rase tak bersalah di restaurant tuh termasuklah aku. 

1 - Mr. Paolo [Italian] - Resort Manager
2 - Cheami San [Japanese] - Assistant Manager
3 - Zamliza [Perakian] - Resort Executive
4 - Mellisa [Sabahan] - Marine Biologist
5 - Ferdinando @ Fefe [Italian] - Dive Instructor
6 - Eleonora @ Ele [Italian] - Dive Instrustor
7 - Rayner [Sabahan] - Dive Master
8 - Ron [Sabahan] - Dive Master
9 - Mother Agnes [Philippine] - Tukang Urut

Meja kami khas, setting lengkap ngan gelas,sudu,garfu,pisau segala. Manja abes. Aku kadang2 rase bersalah ngan pekerja restaurant. Sebek lepas makan kami kene angkat pinggan kami sendiri. Kalau tak memang aku menyampahlah dengan diri aku.heh…

Ele & Fefe is couple. Fefe tuh lawak and jenis kelam kabut. Fefe suke wat gaya2 pondan kat Rayner. Ron penah kerja ngan SWVR. Siap sebilik dengan Bobby dulu katenya. Punyalah excited aku berborak ngan Ron pasal SWVR. Mr. Paolo Cool orangnya. Pengalaman dive hebat gile. Dia suke borak pasal travel dengan aku. Hari tuh aku pakai baju Paris yang Nik kasi, boleh dia suruh aku bangun dia nak bace semua mimik muka kat depan t-shirt tu. Malu aku.

Boleh dikatakan 9orang ni la keluarga aku kat sini. Dan aku masih dalam proses membiasakan diri. Masih awal. Jadi jangan mengeluh untuk aku. My life is just fine.

Wednesday, October 19, 2011

~ Aku dan Raihan ~

Sebetulnya aku menerima ketenangan ini sebagai hadiah terbesar dalam hidup aku. Kehidupan yang sederhana tapi mewah dari sudut yang lainnya. Apa lagi yang aku perlu minta selain dari ini. 


Ini perasaan setelah aku menyedari rahmat-Nya. Bila aku sedar yang aku tidak perlu banyak mempersoalkan tentang aturan hidup ini. Selayaknya wajib aku bersyukur bila masih menikmatinya lagi hingga hari ini.







Saturday, October 15, 2011

~ Aku Mau Tabib ~


Hari sudah berbalas minggu disini. Hari pertama masih tercari-cari perasaan yang hilang entah tertanam di mana. Hari kedua aku berteriakkan mau pulang. Runtun jiwa bila berhubung dengan saudara sedarah sedaging di Tambun. Makin parah bila kakak yang aku harapkan di Tawau buat permohonan untuk pertukaran suka sama suka ke Semanjung. Kalau-kalau terlulus permohonannya, hujung tahun ini paling lewat kembalilah beliau. Hari ketiga cuba mencari alasan untuk pulang. Permit kerja aku tidak ada, jadi aku mesti pulang bila genap 90 hari di Borneo. Meraung raung aku di tengah pulau ini. Macam Skylar Grey…



Itu perasaan awal pagi hari ketiga...

Wednesday, October 12, 2011

~ Jangan Kau Fahami ~



Gembira itu ujian
Sedih itu juga ujian
Kaya itu dugaan
Miskin itu juga dugaan


Dulu suka bersesak-sesak
Sekarang mencari-cari damai
Dulu tidak betah disana
Sekarang terindu-rindu pula yang disana


Kerana terkadang itu harus di simpan dalam-dalam
Kalau terungkap takut rosak isi manisan


-aku-

Sunday, October 9, 2011

~9.10.11~




Kali ni lain. Kali ni berat sikit hati. Rasa garu-garu sejak beberapa hari sebelum hari ni. Tak macam dulu. Dulu, kemalangan jiwa. Kali ni, situ aje yang dpt offer. Kalu nak tunggu offer lain, ntah bile2. Hutang Caldina kene bayar jugak. Last2 wat degil le jugek. 

Terpaksa la aku balik...erks bkn balik...Terpaksa la aku pergi...ermm tak sedap pergi. Yang pertama dulu ye aku pergi. Terpaksala aku datang balik. Mungkin 'datang balik' lebih tepat. Datang semula ke daerah yang malamnya lekas datang. Daerah yang banyak suku kaum. Dan yang paling memilukan hati aku, daerahnya yang tiada Mekdi. 

Bila teringat daerah tuh tak dek Mekdi, aku qada' menu Mekdi puas-puas. Sekali aku order, macam nak makan 3 orang. 



Hari ni tarikh cantik. Jadi aku pilih untuk berangkat. Esok pun tarikh cantik, dan aku pilih untuk mula kerja. Aku mmg suke main nombor cantik2. Senang nak ingat sejarah hidup. Harap aku kat sane biarla baek baek aja. 

Tinggal la semua yang di Tambun. Anak sedara baru pun blom sempat tgk lagi. Nanti jumpe Fahrin tau-tau dah besa. Harap-harap aku baek baek aja la kat sana. 



Huk..huk...dah kene masuk dah...tak boleh patah balik. Selawat je la banyak-banyak. Assola tu wassalam...assola tu wassalam...