Thursday, September 29, 2011

~ Best Friend Forever ~



Ini gambar yg aku amek time aku di Victoria Coach Station. Waktu aku jumpe quote ni, aku dok tgh usha2 makanan halal. Entah kenape quote ni mencuri perhatian aku. 

Actually, time ni aku on the way nak gi Bristol dan tukar lagi bus untuk ke Salisbury. Kat sane kami nak melawat Roman Bath dan Stonehenge. Sampai Bath awal pagi tu, cuaca sgt dingin. Bandar yang sederhana. Ada sungai dan jambatan yang cantik. Seberang sini penuh dengan bangunan yang masih mengekalkan nilai seni sejarahnya. Seberang sane pula terbentang padang hijau yang sgt luas dan menyamankan. Penduduknye tidak ramai. Walaupun tidak ramai, dibandar tu ada stadium yg sederhana besar. Ade dua buah Uni juga. Apa yang aku nampak bandar ni mempunyai ketamadunan yang tinggi. 








Antara lain yang aku suka dengan bandar ni ialah, bebudak art dari University. Diorang akan duduk tepi jalan dan lukis bentuk2 bangunan yang mempunyai ukiran dan detail dari zaman Roman dulu. Dalam bandar ni juga ada sebuah muzium fesyen. Kumpulan baju2, couture dari designer terkenal, wedding dress dari zaman berzaman. Dari pemerhatian aku, patutla semua penduduk disini bergaya dan stylo2. Aku je yg dress up off time tuh.

wedding dress tahun aku lahir...heh
Roman Bath pula sgt amazing. Air kehijauan yang selalu panas. Memberi keselesaan kepada kami yang berkunjung dalam cuaca dingin ni. 


Lain pula cerita dengan Stonehenge. Perjalanan ke Stonehenge jauh sgt. Dan permandangan penuh dengan ladang2 jagung yang dah pun diorg kutip hasilnya. Landang menjadi tanah lapang yang sgt luas. Ladang2 mcm ni la yang kononnye ade UFO mendarat dan terbentuk gambar aneh. Tapi time aku pegi tuh tak dek la UFO. Yang ade cume mesin rumput yang tengah potong rumput dan membentuk garisan lurus-lurus.





Jauh mane pun aku berjalan aku tetap igt akan kawan-kawan aku. Mereka adalah saudara aku yang lebih banyak aku menghabiskan masa bersama berbanding dengan keluarga sendiri. Takkan aku biarkan mane-mane kawan tersadai dibahu jalan mane pun. Kerana kata sebuah hadith ni,

'Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya dia tidak menyayangi saudara-saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri...' wallahualam.



Wednesday, September 28, 2011

~ Rezeki Kembali ~


Aku baru sampai dari bumi permaisuri, lepas hampir sebulan aku menawan beberapa negara Eropah. Ini kesan jet lag mungkin. Aku sempat tidur sekejap, dan waktu ini aku terjaga hingga buntang mata enggan untuk lelap lagi. Aku tak berniat untuk bercerita tentang pengalaman sepanjang perjalanan aku diruang ini. Cukuplah aku berkongsi gambar mengikut turutan negara yang aku singgah dilaman sisoal yang lain. Agak bosan untuk dibace apetah lagi untuk aku mengarang setiap perjalanan aku di entry ini atau entry2 yang mendatang. 

Biarpun aku kesana untuk sighseeing, aku kira setiap apa yang aku lihat dan nikmati adalah rezeki untuk aku mengagumi, memuji dan mensyukuri keindahan Sang Pencipta. Kembali kepada niat aku untuk kesana awal dulu. Niat untuk melihat tempat orang. Dan aku kira niat aku sangat tercapai, apa yang aku hajatkan termakbul sepanjang perjalanan aku. Inna a'mallubiniat...

Perasaan aku beronok-ronok dan membeli belah sesikit adalah bonus untuk aku. Itu adalah rezeki yang lainnya. Bercakap-cakap tentang rezeki, aku masih berpintal otak untuk memikirkan destinasi tempat kerja aku nanti. Ini juga rezeki. kalau diikutkan jiwa ni, aku mau kembali ke Borneo. Berkelana lagi didaerah itu. Cuba kerjaya baru, dan kali ini memang benar untuk aku memulakan dunia baru. Malangnya, masih belum muktamad.

Biarlah aku bertenang dulu...