Sunday, August 28, 2011

~ I can die when I'm done ~




I remember when, I remember, I remember when I lost my mind
There was something so pleasant about that place.
Even your emotions had an echo
In so much space

And when you're out there
Without care,
Yeah, I was out of touch
But it wasn't because I didn't know enough
I just knew too much

Does that make me crazy?
Does that make me crazy?
Does that make me crazy?
probably

And I hope that you are having the time of your life
But think twice, that's my only advice

Come on now, who do you, who do you, who do you, who do you think you are,
Ha ha ha bless your soul
You really think you're in control

Well, I think you're crazy
I think you're crazy
I think you're crazy
Just like me

My heroes had the heart to lose their lives out on a limb
And all I remember is thinking, I want to be like them
Ever since I was little, ever since I was little it looked like fun
And it's no coincidence I've come
And I can die when I'm done

Maybe I'm crazy
Maybe you're crazy
Maybe we're crazy
Probably

Uh, uh 

Sunday, August 21, 2011

~ Itinerary ~


Malas nak pikir pasal raya. Tapi keje sebagai Sales Support kat sarikat retailing ni, mane bleh tak pikir pasal raya. Dari awal lagi aku kene pikir pasal decoration dan CD lagu raya. Sebek la stock kuih raya bukan aku kene  pikir. Aku last day kat sarikat ni 25 Aug ni. Bukan main awal. Macam org nak sambut raya bebeno. Tapi si Maksan suruh aku extend lagi sampai mlm raya. Boleh aje sebenarnye, aku bukan buat ape pun. Tengok la dulu nanti. 

So aku nak mood Europe. Ngeh!!!!Ini yang bakal aku buat sepanjang aku  kat sana nanti. AMEK GAMBO saja.

Day 1London to Amsterdam – teruskan perjalanan ke Dover. Dari Dover naik ferry across to France.  Pastu bila sampai Belgium, bleh la beli cekelat. Tapi duit adalah sgt terhad. Mungkin tak beli kot. Tumpang lalu aje la kat Belgium tuh. Perjalanan akan diteruskan ke Holland pastu kite akan berkhemah dekat Amsterdam.

Day 2Amsterdam to Volendam – Amek gambo, makan, try baju traditional Dutch, amek gambo lagi. Seharian lepak2 kat Bandar Amsterdam. Boleh naik bot ke, shopping munge tulip ke. Tapi sape suruh datang time musim luruh. So, harap maklum tulip mungkin tak dek waktu itew. Ape lagi bleh buat? RijksMuseum? Heee…muzium…ermmm…

Day 3Amsterdam to Frankfurt – Heading to south east across to Germany, then sampai la Frankfurt. Blom pasti ape nak wat kat sini. Yang pasti amek gambo.

Day 4Frankfurt to Fussen – Mau carik istana kat sini. Neuchwansteis castle name dia. Fairy tale abeh la lokasi dia. Dikelilingi tasik dan gunung ganang. Tu je?? Amek gambo la.

Day 5Fussen to Austria – Jenjalan kat Innsbruck City. Melawat tempat2 menarik kat sini. Dan amek gambo.

Day 6Austria to Venice – Jelajah Venice, amek gambo,  femes landmarks St. Marks Square and Cathedral, amek gambo, Doges Palace and Bridges of Sighs, amek gambo , Bell Tower, market kat Rialto Bridge. Naik Gondola. Amek gambo.

Day 7Venice to Florence – Dari Venice menuju ke city of Florence menikmati permandangan dr bukit Piazza Michaelangelo. Pastu tenyok-tenyok Duomo, Uffizzi GGallery, Ponte Vechio dan jugek hasil karya seni Michael Angelo. Sebabkan kekangan wang bleh tenyok-tenyok aje ok. Amek gambo je free.

Day 8Florence to Rome – Nak masuk Colosseum. Seharian kat Rome amek gambo city of renaissance ni.
 
Day 9Rome to Pisa – Pegi pegang-pegang Menara Pisa. Nak rase same tak ngan menara condong kat Teluk Intan. Amek gambo nak kasi bukti kat orang kampong.

Day 10Pisa to Swiss Alps – Perjalanan yang akan menjanjikan keindahan ciptaan Tuhan di Lake Como ngan Lake Lugano. Gunung ganang yang ade topping salji dan dicelah-celahnya ade plak air terjun yang kompem tak leh mintak berenti nak mandi plak kat situ. Bleh amek gambo aje.

Day 11Swiss Alps – Naik cog railway sampai ke puncak the Jungfrau Mountain [3454m] bersamaan £77 hokey tambang dia. Yang ni aku bayo. Beserta amek gambo.

Day 12 – Day 15 - Switzerland to Paris – Kat Paris tak reti2 lagi? Eiffel Tower wajib. Baling duit buat hajat…option. Carik pizza halal wajib. River cruise wajib. Bestnye kalu datang ngan BF. Bleh layan jiwang. Leonardo Da Vinci yang lukis Monalisa wajib gak kot. Tapi kene masuk muzium dia la. Berdosa kalu tak amek gambo. Disneyland nak pegi ke tak? Dah pegi dah Disney kat Hong Kong dulu. Ok kot kalu tak pi kat Paris punye…kan..kan..kan…

Day 16Paris to London -  Sampai London kat Victoria St. Carik hostel kat Daventry Street dulu, mandi, makan, carik info pasal Roman ngan Stonehenge.

Day 17London – Makan breakfast kat Hyde Park. Pastu jalan pi Madame Tussaud’s, amek gambo ngan Prince William. Pastu pi Sherlock Holmes Museum. Pastu singgah masjid London kat ujung sane. Lepas solat, malamnye perjalanan ke Bath.

Day 18Bath – Visit Roman Bath ngan Stonehenge. Kalau bleh dapat time sunset kat Stonehenge cantek la amek gambo.

Day 19Bath to Oxford – Dulu mase remaja tak blajo bebetol. Skang ni tak dpt masuk University of Oxford, dapat melawat university tertua ni pun jadi la…

Day 20Oxford to Manchester – Nak pi Old Trafford Stadium. Tour museum bola kat Manchester. Amek gambo depan stadium ngan poster2 player. Mustahil la kan ade player Manchester tgh cabut rumput padang bola time tuh kan.  

Day 21 - Manchester to Liverpool – Kite mesti adil. Takkan tak melawat jiran merangkap musuh tradisikan. Mesti tour Anfield Stadium pulak. Liverpool ni kawasan perlabuhan. So amek peluang sekali la melawat perlabuhan diorg. Kalu duit mengizinkan aku naik la river taxi diorg.

Day 22 - 25Liverpool to London Central – Gi Harrods, London Bridge, Buckingham Palace, Westminster Abbey, Eye of London, Royal Albert Hall, Kensington Palace, Princess Diana Playground, Big Ben, Oxford Street, Tower of London dan segalanya la. Ade 3 hari kat central London. Makanya ikut kaki berjalan dan juga baki duit yang tinggal time tuh.


Kak Dayang kate biar ade niat bile nak wat sesuatu or gi tempat orang. Tak kan la nak amek gambo sesaje je. NIAT...ape niat aku sebenarnya?

Friday, August 19, 2011

~ Dilema Raya ~


Dah bertahun aku tak beli baju raya. Asek pinjam aje kat kak Dayang or Mastura. Tahun-tahun lalu tak pe la, aku raya balik kampung. Bleh pinjam baju-baju diorang. Tahun ni lain sikit. Aku tak balik raya. Actually aku tak budget pun yang aku tak balik raya tahun ni. Time datang Borneo aku beli tiket datang je. Tiket balik tak beli pun. Sekali bile nak beli mahal nak mampus. Terpakse la aku beli tiket lepas raya. Dapat la murah sikit. Terlanjurla aku beraya kat sini. Amek ko....

Bila raya puasa tak balik rase macam seram nak menghadapi hari raya pertama tu nanti. Apela perasaan aku time tuh ek. Ntah ke hiba ke, pilu ke, sebak ke, cool ke. Auwww...ngeri. 

Aku ade la beberapa kawan rapat disini. Yang bersedia aje nak ajak aku beraya sekali. Aku senang dengar perlawaan diorg tuh. Tapi aku ade masalah lagi. Iaitu BAJU RAYA. Nak beli tak dek budget. Mahal gila pulak tuh baju ready made kat sini. Tak macam Masjid India, ade yg harge RM39.90 aje. Tak kan la aku pi beraya umah orang aku slumber je pakai seluar Padini, T-shirt Paris yang kaler merah ni. Gile tak cool.

Nak beli ke tak baju raya... Kalu tak, aku tak leh la nyanyi lagu ni.


Marilah adikku marilah bersamaku
Kutukarkan bajumu yang baru
Ramailah kawanmu yang telah menunggu
Cepatlah siap adikku

ADIK TAK DAK BAJU BARGHUUUUUU......





Thursday, August 18, 2011

~ Dah Nak Dekat ~



Hampir dua tahun aku menanti detik ini. Dan sekarang cuma tinggal dua minggu saja lagi. Biarpun segala yang aku rancang tidak berjalan dengan lancar. Habis ikhtiar aku dibuatnya untuk meneruskan niat ini. Hadiah kengkononnya untuk tahun ini. Tak percaya aku seperit ini untuk menghadiahkan sesuatu yang besar untuk diri sendiri. Ya tahun ini aku berinjak nombor usia aku. Dari dua ke tiga. Tapi apa ada dengan nombor?

Gara-gara rencana inilah aku terpaksa mengharungi kepayahan hingga keakhirnya. Aku percaya pada hikmahnya. Tapi aku bukanlah seorang yang tenang dalam mengharungi ujian-ujian kepayahan ini. Alasan klise aku manusia biasa. Entah aku tergolong dalam yang lulus ujian atau aku mengambil ‘detour’ dalam ujian ini. Kerana jauh benar jalan yang aku pilih untuk menghadapi ujian kali ni.

Perjalanan hidup di Kuala Lumpur yang tidak berapa baik, buatkan aku ambil keputusan yang tidak berapa bodoh dan tak berapa bijak untuk datang bertenang sebentar di Sabah 31st  May yang lalu. Tiga bulan ini  menginaplah aku di daerah Borneo ini. Semuanya tidak berada di track yang sepatutnya. Lari langsung dari apa yang sepatutnya berlaku. Riaknya aku untuk menggunakan perkataan SEPATUTNYA. Mengapa aku mendahului takdir?

Dan rancangannya adalah begini; I’m leaving on the jet plane again…soon. Kali ini destinasinya EUROPE. Itulah hadiah yang aku berusaha untuk menikmati. Dua minggu waktu yang masih panjang untuk aku terlalu yakin yang aku tetap akan pergi ke sana. Sedangkan baru-baru ini ada rusuhan terburuk dikota London. Awatla sampai jadi lagu tu?? Seminggu akan datang, esok, lusa entah apa la pula yang akan berlaku. Kalau tak, tidak la terciptanya ayat keramat ‘Kita hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan’.

Jauh dilubuk hati aku yang dalam, aku mmg berharap aku akan selamat untuk kesana. Juga selamat untuk kembali lagi. Tapi kalau terkandas kat sane… that will be great. Heh…



Monday, August 15, 2011

~ Jenjiran ~


Dalam Islam kita sgt menitik berat tentang jiran. Hormati jiran, tolong jiran, dan bertolak ansur dengan jiran. Rumah sewa aku yang baru ini, aku berjiran dengan keluarga cina. Kalau dulu di Wangsa Maju aku berjiran dengan cina tapi anak2 bujang. 

Keluarga cina ni punye la suka karoke. Pepagi lagi dah melalak. Nyanyi lagu melayu pulak tuh. Memula dia punya bapak nyanyi, pastu mamaknya, pastu anak lelakinya. Aduh bah...Yang nyampahnya, diorg ni nyanyi lagu yang sama. Bayangkan kami serumah kene dengar lagu yang sama sebanyak 3kali dalam sehari. Macam mane aku tak hafal lagu ni?

Seyes aku nyampah lagu ni....hahahaha...


Ini la lagu yang aku maksudkan...actually lagu ni ade dua versi...sebek la diorg tak ulang dua2 versi...kalu tak mau dlm versi bahasa tuh jugak aku turut mengafal...TIDAKKKKKKKKKKKKK.....


Saturday, August 13, 2011

~ Fitrah ~


Bersendirian...menerima hukuman meninggalkan kau dahulu...bluuwekkk...


First time bayar fitrah sendiri. Angkat tangan doa sesame ngan Pak Amil...


Sebagai seorang penyedih, berjujuran ayor mate mase doa dibacekan...


Pak Amil bilang ini kali pertama orang bayar fitrah menangis bah...


Sebarang shak Pak Amil ni...aku tuh bkn menangis bah...cuma ayer lebih dalam badan kali...






Thursday, August 11, 2011

~ Ketika Cinta Bertasbih ~


Waktu aku dia SMA aku adalah anak paling brengset kali. Sampai-sampai aku mengikuti dua SMA disepanjang pengajian aku dulu. Nyesal juga bila aku tidak berhasil menjadi anak solehah seperti mana anak2 pesantren yang lain.

Waktu aku kemalangan jiwa episode yang entah keberapa, aku ada menyatakan hasrat untuk masuk semula ke pesantren ditanah seberang. Saat aku berkesempatan ke tanah seberang sebanyak 3kali, ringan saja mulut ini bertanyakan tentang pesantren disetiap daerah seperti Solo,Yogjakarta,Surabaya kat Bali pun..[erm…ade ke aku tanye time kat Bali??..erks]

Waktu [lagi] sekarang Mohd Astro ada siarkan chanel baru iaitu Indo Pek. Satu rumah ini demam dengan sinetron Ketika Cinta Bertasbih. Kisah yang berkisarkan tentang kehidupan dipesantren. Dari pengurusan pesantren sehinggalah anak-anak santri. Wajah tamu-tamu Jannah Pak Kiyai Ustaz dan Ustazah yang berbicara dengan penuh hikmah. Tutur kata dari ayat-ayat syurga,  buatkan aku terkagum dengan setiap watak yang direka ini. Semuanya luar biasa indah.

Malam lalu Arung call dari daerah lain di Yogjakarta. Bual tentang keadaan aku dan ramadhan aku diBorneo. Solat tarawikh serta selawat selepas solat tersebut. Aku suarakan terlebih dahulu selawatnya ‘Al-khalifatul awal amirul mukminin saidina abu bakar as-siddiq’. Spontan dia menyahut ‘Rodhia Allahu anh’.  Tanpa henti Arung terus membaca Al-fatihah dan aku mengaminkan setelah ayat terakhir dibaca. Arung menyambung dengan bacaan ayat suci yang aku tidak biasa menghafal. [Macamlah aku hafal banyak surahkan…hampeh].Ditengah bacaannya aku menyampuk ‘surah apa tu Arung?’. Arung dengan loghat Riaunya ‘Ala..korang ni suratul-wakeah la’.Gulpp!! aku di depan pintu rumah sejak dr awal panggilan gara-gara mencari ‘line clear’ terus terduduk terkesima.

APA??ARUNG HAFAL SURAH AL-WAKEAH??




Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta


Thursday, August 4, 2011

~ Hargai ~


Aku sendiri disini. Datang dari jauh untuk bersendirian. Bukan untuk mulakan hidup baru. Aku cuma mau sendirian. Berhempas pulas sendiri. Susah senang biar sendiri yang menanggung. Seksanya terasa. Aku terlalu berkasar dengan diri sendiri.  Aku melihat diri aku dalam-dalam dihadapan cermin. Aku
merenung  sepasang mata. Dari dalam mata itu aku cuba untuk mencari jiwa milik aku. Mampukah aku menyayangi jiwa itu sepenuhnya…

Siapalah aku dimata beliau. Dalam ramai-ramai kenalan disemanjung aku paling tak menyangka beliau. Jurang kami jauh, tapi kami dekat. Dia CEO aku cuma ahli biasa yang tidak aktif lagi. Aku mau abadikan detik ini untuk selamanya. Entah kenapa beliau buat aku terlalu sebak. Entah kenapa beliau perlu meminta maaf?  

Jujurnya aku amat senang bila ada yang bertanya keadaan aku. Sebab aku bukan senang disini…