Saturday, July 30, 2011

~ Berhenti Berharap ~


Dua bulan hampir genap. Cuma esok lusa saja lagi. Waktu ini buat aku tersedar tentang satu perkara. Iaitu berhenti untuk berharap dengan makhluk Allah. Kita cuma pantas untuk berharap kepada Allah sahaja. Kerana makhluk itu selalunya membuat kerosakkan. Biarlah dalam apa jua bentuk kerosakan pun.

Dulunya aku berharap kepada makhluk. Makhluklah yang akan membahagiakan aku. Makhluk yang akan dapat mengubah rencana hidup aku dari suram dan sedih kepada kegembiraan semahu aku. Ternyata waktu ini aku sedar bahawa aku salah.

Biarpun dulu aku berusaha untuk mendapatkan sekumpulan teman-teman. Biarpun dulu aku menggila dikampung org asli. Mengajak beberapa teman berbaju ‘S’. Menyertai kelas bahasa isyarat untuk lebih dekat dengan beberapa yang lain. Berusaha semahunya untuk party BBQ. Aku nekad semua itu untuk mengharapkan makhluk Allah dapat membahagiakan aku. Aku merencana semua itu atas izin Allah.

Apa hasilnya??

Ini hasilnya…








Friday, July 22, 2011

~ Rindu Eropah Tawan Sabah ~



Lepas aku terus terang kat bebudak sarikat telekomunikasi, Dayah samakan aku dengan satu novel Travelog ni. Tajuk dia 'Rindu Eropah Tawan Damascus'. Nanti aku balik KL aku nak carik buku ni. Kat sini kompem tak dek. Kalau Harry Potter pun amek mase 2-3 minggu baru sampai kat pawagam sini, apetah lagi novel2 tempatan. 




Thursday, July 21, 2011

~ Rindu 1/2 Mati ~



Gilanya perasaan ini. Memang terpaling gila. Boleh-bolehnya aku terkenang peristiwa dulu. Antara Aku, Kamu dan Dia. Malam yang gila tapi terpaling indah dan bermakna terus untuk aku selamanya. Bluwekkk...

Apa kau ingat waktu kita masak meggi 10 ramuan? hahahaha...tak bleh blah. Mujur sedap. Katanya dia, masakan yang dimasak dengan penuh kasih sayang, yang jelek boleh jadi enak. Dirumah itu, ya dirumah diatas itu. Sampai Erma marah lagi pasal tilamnya.

Suasana malam dan Kamu lakukan sesuatu yang amat aku rindu ½ mati sampai saat ini.

mati la bah ni...


Tuesday, July 19, 2011

M.U.A.K


Lu nak pakai celcom ke, lu nak pakai maxis ke, lu punye pasal. Lu nak shoping kat jusco ke, tesco ke, giant ke, lu punya pasal. Pasal lu ade pengalaman buruk ngan tempat wa keje, itu lu punya pasal. Jgn nak burukkan wall wa dengan lu punya luahan perasaan. Gua tak terlibat. Amaran keras!!!

Bestnye dpt post mcm ni kat FB..mesti org bace pastu komen ntah ape2. Sebek ade blog. Blog tak dek org bace n tak dek org komen! Aku nak delete aje komen org bodoh mcm tuh. 

Nanti-nanti la. Internet disini mahal.



Friday, July 15, 2011

~ Slam ~



Tertutup pintu hati, 
Minda tak berfungsi diketika itu
Tak tahu menilai 

Mana yang tulin mana yang palsu
Diakhir-akhir ini 

Ketika aku dalam kesepian
Terasa kejahilan itu 

Bagiku satu kerugian
Andainya disitu ada ruang
Bolehkah kiranya kumenumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diri ini yang dulu melukakan
Berilah aku kesempatan
Kubuktikan erti keikhlasan




Saturday, July 9, 2011

~ Episod Belum Tamat ~


Aku mengira hari. Setiap hari kiraan aku selalu tidak tepat. Belum tahu aku apa tarikh sesuai untuk diputuskan. Dalam hati tak sabar-sabar menunggu waktunya. Ini adalah bulan penentu aku. Tapi tarikhnya belum aku pilih. Celaru dalam benak ini. Hari yang aku lalui semakin terdesak. Saban hari aku seperti tak boleh menggantung emosi tertekan ini. Mau gila aku akhirnya nanti.

Apa saja lagilah untuk aku KAU kirimkan ini. Kiriman yang aku sudah tidak bisa hadapi. Tidak bolehkah KAU hentikan sebentar dengan kirimanMU. Aku ini sudah tidak tertanggung lagi. Apa lagi jalan yang aku ada, apa lagi jalan yang KAU ingin bantu aku untuk selesaikan semua ini? Akal aku tidak tercapai sudah. Cukupla wahai Maha Penyayang. Aku menyerah seluruhnya padaMU…

2006 – Tragedi kemalangan jiwa bermula.
2008 – Kemalangan jiwa the series.
2011 – Kemalangan jiwa terpaling parah.

Longgarnya iman aku. Jauhnya darjat aku. Dan ‘kamu’ aku jadikan alasan untuk semua ini. Aku mohon keampunan, tetapi esok aku akan berdosa lagi…



Wednesday, July 6, 2011

~ Dosa Menipu ~

Bila soal makan, aku bukan jagoan. Makan aku bukan sebarang. Makan aku memilih. Beberapa teman di sini mengajak aku makan malam. Makan makanan yang terpaling enak disini. Aku?..Berbelah bagi untuk pergi atau tidak. Tapi mengenangkan mereka ini lucu-lucu aku terpanggil untuk pergi. Lagipun tak rugi apa2. Makan ditanggung si Mansur Saleng. Lelaki paling hot dibahagian Compleks. Bluweekkk...


Bukan disini yang kami makan. Aku cuma lucu ngan nama kedai dia. Tak boleh blah name air dia... 


Kami disini makan nasi Lalap. Kononnya yang terpaling enak seantero benua Sabah. Sempat jugak diorg tanyakan pasal makanan terhebat dinegeri aku. Aku cakap tempoyak. Nah!!! sebakul kene kutuk tempoyak tu. Diorg cakap tuh makanan jelek. Hahahaha...aku sendiri pun tak makan durian. Demi maruah negeri, aku berlagak kate tu makanan terpaling enak. Buat masak ngan ikan patin, jadi gulai tempoyak. Tempoyak makan mentah tanpa masak pun sedap. Nah!!! Mansur paling kuat menggeleng. Dia kata tidak sekali kali dia mencuba makanan yang namanya tempoyak. Aku lucu dengan emosi dia yang beriya-ria. Yang aku pulak berlagak seperti aku pemakan tegar tempoyak. Durian pun aku seksa nak abiskan seulas, ade hati aku nak mengaku peminat tempoyak.


Ini nasi Lalap. Semangkuk nasi, semangkuk sup, dua ketul ayam goreng, sepiring SAMBAL. Itu aje? Seksa aku satu malam. Menangis teruk aku makan nasi Lalap ni. Seksaan apakah ini? Adakah dosa menipu pasal aku peminat no. 1 tempoyak?


 Ini muka si penyeksa aku malam itu. Mansur Saleng. Sebbek ko yang belanja. ;)