Thursday, June 30, 2011

~Berita Belum Terpecah~


Apa benar mereka disarikat itu masih belum tahu yang aku sudah tiada disitu? Apa mereka tidak bermain emel lagi seperti adanya aku di sana dulu? Atau emel aku masih aktif? Atau mungkin orang2 di Selayang masih menyimpan mohor-mohor besar sampai waktunya ternampak anak bulan, baru sebarkan berita peletakakan jawatan aku? Apa semua disarikat itu sudah tidak bergossip lagi, gara2 sibuk menjual Iphone?

Semalam temannya aku si Melinda dari Ampang, telah kehilangan ayahnya buat selamanya. Berduyun SMS masuk dari semua yang di Ampang dan Taman Segar. Yanni paling awal, kemudian Hidayah, langsung si Ayong muncul pula SMS si Lyn paling aku tidak tersangka. Selain dr SMS kabarkan berita arwah, si Lyn siap suruh aku log outkan dia lagi. Sampai terus bagi ID dan password pulak tu. Lucu!

Mereka mengajak aku ziarah ayahnya Mel. Dalam langsung aku menolak pelawaan mereka, tiba2 panggilan dari Nani muncul. Nah!!! Apa harus aku bilang? Aku menjawab seperti biasa. Mujur sekali Nani juga tak bisa pergi. Menurutnya dia, tak kuasa mau menempuh jam diMRR2 waktu jam segini. Jam 7.30mlm waktu panggilannya masuk. Memang iya pun waktu begini diMRR2 memang sesak gila. Aku juga mengiyakan kata2 Nani, yang turut tidak dapat menziarah keluarga si Mel.

Iyalah mana mungkin, akukan bukan di KL lagi. Hari ni sebulan sudah aku disini. GENAP!!

Tapi aku bikin keadaan makin gawat. Tidak berterus terang, baik di SMS maupun ditelefon.  Menjawab sepertinya aku masih dekat dengan mereka. Aku tu bukan apa, tak mau mereka menerima 2 berita mengejut  dalam hari yang sama. Sudah-sudahlah dengan berita arwah ayahnya si Mel, tak perlulah pula aku menambah berita ‘arwahnya aku’ dari tanah Semenanjung. Nanti-nanti saja aku betul kembali keadaannya. 

Waktu aku berjalan ke kedai ini tadi, Arung call dari kantornya. Terusan saja dia bertanya mengapa aku ke Sabah. Apa Arung tahu? Sebak aku, bila katanya dia call untuk sampaikan kata2 menyokong, apa jua pun tujuan aku. Sedapnya kata2 dia tadi sampai aku tak boleh untuk mengungkapkan sekali lagi. Tapi yang pastinya dia nyuruh aku untuk terus ikhlas, buat yang terbaik tanpa egois. Ada juga dia berikan sepotong ayat Arab, "khairunnnas anfa'uhum linnas". Tanpa segan menitik airmato den. Cakap arab mamat ni. Dasat!! Sebek ayat arab yg biase2 aje. Faham la aku. 

Jadi Arung yang diIndonesia juga tau gara-gara Facebook, mengapa mereka diSelkong belom tahu???



Thursday, June 23, 2011

~ Selagi Hidup Kene Kerja ~


Aku mula sudah kerja. Dengan sarikat retailing lagi. Kalau bebudak Juskoh tau aku masuk retailing balik, kompem kene kutuk satu gondola. Paling tak boleh blah,  aku terpaksa melalui lagi pengalaman stoke take. Aku dulu lepas je berenti dari Juskoh memang aku tak hingin lagi dah nak masuk retailing ni. Sebab aku menyampah bile bab stoke take. Semalam store aku kene buat stoke take. Gila semalaman aku berjaga mengira.

Disebabkan aku ada pengalaman 4tahun diJuskoh, diorg offer aku untuk jadi Division Head untuk Customer Care. Gilak ni. Kalau kat Juskoh ni, jawatan abg Azid tau. Tapi aku sambar aje rezeki ni. Reti tak reti aku buat keje, belakang kira. Aku cover pasal music in store, paging equipment, VMD, trolley, basket, hamper, customer refund or return barang. Semuala kalau pasal keselesaan customer. Dalam banyak2 task ni aku paling suka paging. Sebab aku boleh perasan suare aku sedap bila wat pengumuman. Ahakz! Diorg kata aku paging macam suara kat airport. Aku anggap tu pujian. Den tak kiro!!! Aku tak sabar nak tunggu bulan puasa, bleh aku pasang lagu2 raya. Paging selamat berbuka puasa. Nah!! Tahun ni aku berbuka awal bah..

Staff aku ade 3org. Macam2 suku ada, si Joy suku kadazan dusun, si Nana suku bajau tidung dr Philippine, si Ipin suku apa aku ndak tau. Aku bekerja rapat ngan maintenance staff, semua orang kat sini panggil dia Cendol. Cendol ni suku visayak dr Philippine jugak. Dia ni cakap ngan aku bahasa Tagalog. Asal aku panggil dia aje, tak dek lain dia sebut ‘bakhet’. Tak lame lagi terror la aku cakap memacam bahasa dari suku diorang.

Hari-hari aku bergaul dengan diorg semua ni. Asik gelak aja aku dengar diorg bercakap. Sikat dipanggil sisir. Nak baiki microphone aku arituh diorg ckp mcm ni ‘ kau ketepi bah aku mau kasi bagus’.  Gelak2 aku dengar ayat mau kasi bagus tuh. Kalau aku gelak ape diorg cakap, diaorang cakap mcm ni ‘ kau olok-olok aku geng?’. Kadang2 aku rase mcm tgk sinetron indon dengar diorg ni cakap. Kadang2 aku rase mcm tgk pangako sayo pun ada. Aku belajar satu dari bahasa tagalong ‘mahal nah mahal kitak’ maksudnya saya suka kamu. Hehe…

Kalau time rest lagi best. Diorg bawak bekal so bleh la merasa2 makanan diorg. Tapi aku tak bleh blah kot. Ari tuh diorg kasi aku rasa makanan bajau ‘sagol’. Sedap la gak. Kat sini aku paling suke bege Malaysia kat gerai makcik ni. Sedap betoi, yang penting tak pakai sambal. Ntah apa isinya aku tak tau, tapi sedap. Hari2 lebih rm2 aku membeli. Aku dari dulu memang suka nak makan bege Malaysia ni, tapi memandangkan kat semanjung guna sambal ikan bilis aku jd malas nak suka bege Malaysia ni. Nak2 bila sambalnya penuh bawang, lagi la tak hingin aku nak makan. Heh.

Aku baru siuman sikit sejak kebelakangan ini. Baru berkawan. Salah sorang kawan aku pondan. Kami panggil dia Mamy. Orang brunei campur suluk tak silap aku. Boleh la aku bergelak ketawa dengan diorg. Berkongsi cerita sikit2. Boleh la aku sorok derita lama seketika. Aku tau akan muncul lagi derita itu. Tapi jam sekarang ini derita itu tidur barangkali. Beri ruang untuk aku menikmati senyuman barang sekejap.


Begini la aku sejak kematian kamu. Sering ikut perasaan terus melayan derita jiwa…

Bicara kiai Rais [novel terbaik penah aku baca Ranah 3 Warna];

Badai paling dahsyat dalam sejarah manusia adalah badai jiwa, badai rohani, badai hati. Inilah badai dalam perjalanan menemukan dirinya yang sejati. Inilah badai yang bisa membongkar dan mengempaskan iman, logika, kepercayaan diri dan tujuan hidup. Akibat badai ini bisa lebih hebat dari badai ragawi. menangilah badai rohani dengan iman dan sabar, kalian akan menjinakkan dunia akhirat.


Saturday, June 18, 2011

~Far East~


Aku menjalani kehidupan sedih disini. Bangun subuh awal jam 5am. Mandi pagi awal sebabnya panas disini. Bersiap setiap pagi. Melangkah kemana saja pun aku tidak mempedulikan. 

Say ‘hi’ pada jiran bilik atau teman sebilik. Aku tidak pernah berbual ramah dengan mereka. Mungkin mereka juga memikirkan aku sedang dalam mood mau sendiri. Aku biarkan mereka memerhatikan aku. Kalau pun tidak mereka perhati, aku tidak pedulikan mereka. Hanya membuat hal aku saja. Keluar seawal pagi dan pulang lewat malam.

Dalam ramai-ramai yang disini hanya aku saja perempuan melayu Islam. Yang selebihnya mungkin Filipino, orang bule paling ramai. Orang bule juga ada yang sendiri seperti aku. Lelaki perempuan ada saja. Dan dalam ramai-ramai orang bule ni, aku memang merasakan ada seorang ini selalu saja memerhatikan aku. Orang bule ni muka macam pelakon Prison Break, Mike. Sometimes kami breakfast di bawah, dia akan merenung aku dari tablenya. Dan kami juga sebilik. Tapi kami belum pernah bertegur sapa. Bila kami berlanggar mata, segaris senyuman pun belum pernah kami lemparkan.

Kalau aku sedang merayau-rayau aku selalu anggankan orang bule ini. Tolong la tegur aku, ajakla aku kemana saja kamu pergi. Tanya la aku apa pun soalan yang bermain difikiran kamu. Kerana aku siap mengikut kamu. Mau dijadikan cerita, satu malam dia mendekati katil aku. Aku berdebar ya ampun.

Can I seat here? Orang bule ini menanya.

Yeah, sure. aku menjawab endah tak endah, sambil memberi ruang org bule ini duduk dikatil aku.

Can I ask you something? Orang bule mula atur bicara. Dalam hatiku ini, Ya ampun orang bule ini mendengar apa angan2 aku selama ini. Belum sempat aku membalas, terus saja orang bule ini berbicara. Lebih kurang begini. Persetankan aja dengan grammar aku yang berhambur.

Everynite I can hear you talking, sometime you crying and sometime you make a weird sound, whisper like you in pain. First time I heard, I thought… maybe…yeah.. facing a very hard time in life. Kinda norm to me. But second and third nite, I tried to comfort you or giving you my shoulder to cry on. Yeah, you know. I just want to be nice. But………..Surprisingly you do it that while you sleeping. It’s worried me much.

Aku sepertinya mau memeluk saja orang bule ini. Membiarkan air mata ini menitis sebanyaknya dibahunya yang keras. Mengambil kesempatan ini untuk aku boleh mencapai angan-angan aku yang setiap hari itu. Dan sorokkan tabiat aku yang sememangnya tido bercakap selama ini. Biarkan dia tertipu dengan tabiat normal aku. Biar prihatinnya menggunung bila aku ceritakan penderitaan aku sampai aku membawa diri kesini. Biar akhirnya kami punya hubungan yang membawa kepada kebahagian.

Selepas dari peristiwa tu nasib aku berubah bah. Aku sudah kerja sekarang. Hampir seminggu sudah aku bertugas. Life aku langsung bukan begitu lagi. Nanti-nanti aja aku bicara tentang kerja aku yang baru tu. Adios amigos berambus….



Wednesday, June 8, 2011

~ Kapan ~


Mati akal aku dibuatnya. Semuanya tak ada Internet access. Jenuh aku berjalan untuk dptkan Wi-Fi. Disini Wi-Fi bukan percuma. Semuanya dicaj. Paling kurang RM2. Pernah sekali aku makan nasi paprik [RM5.50] + air laici [RM2.5] + Wi-Fi [rm2] = RM10. Lepas tuh aku insaf dah nak order air buah. Aku order sirap aje, jimat RM0.50, sirap dia RM2 daa. Gila mahal dunia.

Kat sini pun tak dek mamak. Ntah aku belum jumpa aku tak tau la. Tapi area aku tinggal ni mmg tak da mamak. Pernah gak sekali, lebih tepatnye baru petang tadi, aku pesan mee goreng. Orang kedai tuh tanye ‘mee goreng apa’? Aku pi cakap mee goreng mamak. Kat sini mamak tuh emak. Berzikir 3 kali org kedai tuh ‘mee goreng mamak’[repeat 3x].  Dia ingat aku order mee goreng resepi mak aku gamaknya. Gila kecoh dunia.

Antara isu terpencil aku disini. Aku layankan saja. Itula kata orang bila lari ke hutan cara hutan la hidupnya, bila lari ke pulau cara pulau la hidupnya. Mana boleh mau sama. Pasti lain. Entah sampai bila aku akan begini pun aku tak pasti. Bermuram durja, memujuk layu, sepi menyendiri. Mahu memekik minta tolong pun tak boleh. Nanti bila ditanya mau tolong yang mana, aku juga tak ada jawabnya.

Clinical Depression katogerinya aku. Aku cuba dapatkan informasi tentang hal ini. Baca barang 2-3kali. Jawab test yang disediakan. Aku mengumpul 8 ‘YES’ dari 10 soalan yang diberi. Tapi soalannya basic aja. Bukan serius. Dan aku juga bukan serius.

Lebih 10kali aku mengulang entry 6 mentera. Percuma! Kata orang seberang.


Tuesday, June 7, 2011

~ Bahasa Baku ~

Kalau bab meniru, mengajuk bagi aja kat aku. Loghat tempatan disini lebih kurang macam Indonesia. Sebutannya baku. Bunyinya leper sikit. Sebutan bukan bermulut bulat, tapi leper, nyaring. Huruf 'K' kene tekan sikit kat tekak. Mula-mula aku sampai nak tercekik menyebut perkataaan 'kalau' dan 'kau'. Dah la itu perkataan yang paling banyak kene sebut. Tapi aku dah ok la sikit bab bercakap macam org tempatan. Kadang-kadang kantoi gak, bile aku terbiase ngan perkataan 'meh'. Penat-penat aku bertutur bahasa baku, sekali kat ujung ayat ade plak aku tersebut 'meh'. 

Tapi org sini suara sedap-sedap. Ade gak yg tak sedap tapi yakin gila nyanyi dikhalayak. Pernah gak aku terasa nak apply jd penyanyi gantikan minah yg bersuara tidak sedap tuh. Kalau nanti dah terdesak sgt mungkin kot.

Aku menghadiri temuduga disini sebenarnya beberapa hari lalu. Semampunya aku nak buktikan pada penemuduga yang aku sudah lama disini. Padahal baru saja seminggu. Entah apa keputusannya nanti...


Monday, June 6, 2011

~ 6 Mentera ~


Tulisan belakang tshirt ini mengingatkan aku akan satu peristiwa beberapa tahun yg lalu. Saat jiwa aku kemalangan kali ke berapa tidak pasti. Pertemuan yang sengaja aku cari. Dalam satu kelumpuk asing aku hadirkan diri. Create karektor lincah dalam kelumpuk itu. Mau jadi yang paling happy barangkali. Orang asli pun tidak begitu. Lebih teruk dari orang gila mungkin. Ternyata aku berjaya walaupun tidak lama. Namun impaknya besar sekali. Kami jadi kelumpuk yang kuat silaturahimnya. Dari satu pertemuan kesatu pertemuan, hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan kini udah bertahun.

Kali ini jiwa aku kemalangan lagi. Lumpuh parah, bagai disimbah asid getah oleh salahlaku di daerah Lembah Klang waktu ini. Langsung aku kumpul mentera sepanjang hari ini termasuk mentera di tshirt ini.

Mentera Kedua
Tuhan yang Maha Melihat, Engkau telah mengatakan tidak akan memberi manusia dugaan luar dari kemampuannya. Kalau begitu, semua dugaan ini masih boleh aku hadapi. Tapi apa caranya?

Biarpun sudah dua mentera aku masih kecamuk. Bila aku ingat semula pasal semalam, mau aja aku campakkan diri ini kepelabuhan sana. Kereta aku sudah sampai barangkali, membuatkan handphone aku bertalu berdering. Mau diangkat tetapi tidak sanggup menahan sebak. Aku cuma SMS bersama Dayang. Memberitahu padanya hal sebenar. Mungkin dia kaget disana kerana bunyi SMSnya begini;

I don't know how to react, what to say, but i can feel, bila kita tak mampu lagi, kita cuma berserah kepada nasib dan takdir. 

Bagaikan suiz saliran airmata aku rosak, turun laju dari takungan. Aku jadikan SMS Dayang ini mentera yang ketiga. 




Sambil aku berjalan malam ini, aku melihat rembulan yang separuh. Tetap cantik walau separuh. Rembulan juga tetap menerangi biarpun dia separuh. Aku juga harus begitu. Aku punya impian September ini. Benua Eropah. Dan rembulan ini menemukan aku dengan mentera seterusnya..

Mentera Keempat
Man jadda wajada, man shabara zhafira ...impian tetap wajib dibela habis-habisan walau hidup digelung nestapa tak berkesudahan. Tuhan sungguh bersama orang yang bersabar.

Mentera Kelima
Teman tidak harus selalu bersama. Teman juga tidak harus selalu berdamai. Mungkin kadang-kadang kami perlu berpisah untuk lebih menghargai pertemanan ini. Sekali-sekali kita bisa saja bertengkar untuk menguji seberapa kokoh inti persahabatan itu. Mungkin ini saatnya.

Aku masih membaca novel ini. Karangan dari penulis Indonesia yang aku beli waktu di Yogjakarta. Bertajuk 'Ranah 3 Warna'. Dan mentera ini aku dapat dari bacaan novel itu. Ini juga kerana aku terima SMS dari teman diSemenanjung. Banyak sebab aku membawa diri. Awalnya tidak ada langsung soal teman. Mungkin aku lupa aku disini bakal seorang. 

Lalu aku memujuk diri. Ajak hati aku berdamai dengan kekusutan ini. Cuba untuk berlagu indah. Kata orang berzikir itu lagu yang terbaik. Benar dan aku tidak menyangkal. Tapinya aku terlayan lagu Haven't Met 'YOU' Yet.


Bagaikan dia membisik je kat telinga aku sebab aku pakai headphone.heh.

Mentera Keenam
I've broken my heart so many times I stopped keeping track.Talk myself in. I talk myself out.I get all worked up, then I let myself down.

I might have to wait.
I'll never give up.
I guess it's half timing,
And the other half's luck.
Wherever you are.
Whenever it's right.
You'll come out of nowhere and into my life.







Sehari ini aku bersama 6 mentera ini. Biarpun aku masih berkecamuk aku perlu cari kerja dikota asing ini. Masih belum ada yang panggil buat masa ini. Tapi tak apa, ingat semula mentera keempat dan ulang semula mentera abg Buble...Mohon baik-baik saja. Amin...


I might have to wait.

I'll never give up.
I guess it's half timing,
And the other half's luck.
Wherever you are.
Whenever it's right.
You'll come out of nowhere and into my life.



Friday, June 3, 2011

~ 6 Terang ~


Macam nama kelas kat sekolah rendah aje. Bila aku putuskan untuk ke sini, perbezaan waktu adalah salah satu dari sebabnya. Aku perlukan ruang yang malamnya lekas datang. Aku sukakan malam. Malam disini selalu sunyi. Sunyi itu yang aku mahu. Kerna aku juga begitu. Disini 6pgnya sudah terang benderang, dan 6petangnya sudah gelap gulita. 

Tak banyak yang aku lakukan beberapa hari ini, menikmati perlabuhan disini. Melemparkan pandangan sejauh mungkin. Fikiran masih dekat2 sini saja. Kusut belum hilang. Hasil bacaaan aku beberapa hari disini aku terjumpa nasihat Imam Syafi'i  `Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti kerabat dan kawan'. 







Wednesday, June 1, 2011

~ 6 Kali Tidur ~


Ali Topan. Kalau mak aku yang orang perak akan menterjemahkan si Ali ini laju seperti taufan. Dari semenanjung lagi aku mengelak untuk memilih Ali Topan. Tapi entah apa yang mengunci aku bila aku berada bebetul didepan Ali Topan. Aku cuma akur, menghulur  wang yang sepatutnya. Nah amek! kata hati ni.

Maka bermula hari aku bersama Ali Topan sejak jam dua petang semalam. Amek ko 13jam aku berhabis waktu.  Paling ujung sekali penempatan yang aku pilih ini. Kalau kate abg aku yang org perak pulak, ujung dagu letaknya tempat ini. Jauh sekali. Sampaikan aku tidur bangun, tidur bangun sampai 6 kali. Tapi tak sampai-sampai lagi. 


Biarpun aku dah sampai 6 kali tido, masa untuk bercakap-cakap ngan jiran sebelah masih berbaki waktu. Panjang jugak la perbualan kami. Bayangkan 13jam la katakan. Kata org kebanyakan dari perak, kalau kite selalu buat baik dengan org, org pun akan sentiasa buat baik dengan kita. Kalau kite buat baik dengan org disini, orang disini pulak akan buat baik dengan kita disana. Tak kire la sane tuh mane sini tuh mane. Sepanjang aku travel memane ade aje orang yang akan tolong dan berbuat baik. Cuma pernah sekali, nasib tak berape baik. Mungkin ade dikalangan kami yang tak baik kot. Ade hantu gigi...serammmm...


Sepanjang perjalanan bus berenti dua kali. Aku tak turun dihentian pertama, penat sgt rasanya. Jiran hulurkan asam, mungkin dia jenis yang mabuk kot. Aku tak menolak. Siap amek dua kali lagi. Sambil borak2 rancak. Boleh gelak cerita pasal nama bus yang kami naik. Lepas makan asam dia hulur Jack n Jill pulak. Gila la aku naik malu, mestila kali ni aku masih tidak menolak. Heh.. 

Sampai diperhentian kedua, kami turun untuk makan. Sebabnya waktu itu dah jam 8.30pm. Gile lapar aku time tuh. Same la ngan jiran sebelah aku ni. Rupanya jiran aku ni bersama 2 lagi umat. Nak jadi cerita org semanjung pulak. Jiran aku orang tempatan sini. Kami makan semeja. Kata orang perak zaman dulukala, rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Maka makanan aku kali ini ditaja penuh oleh umat dari semenanjung. Thanks Bro, semoga nanti akan dibalas baik oleh-Nya.


Dan ini kawasan tinggal aku buat waktu ini. Waktu sampai jam 3pagi tadi memang menyeramkan. Sampai aku fikir ada hantu gigi dilorong itu. Aku tak mengharapkan tempat ini cantik macam hotel2 di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Besar, tinggi, bercahaya dan ade lobi. Aku udah setkan diri untuk menerima apapun kemungkinan yang akan termaktub nanti. Tapi Alhamdullilah, sampai waktu aku menulis ini, keadaan masih berpihak pada aku. Baik-baik aja. 

Sepertinya aku meraikan ulang tahun malam ini. Bersyukur atas nikmat dan ujian selama ini. Baik dan buruk aku didunia fana ini, masih ada ruang yang sudi menerima. Tak macam hantu gigi, sosoknya jelek, yakin diri terus beritahu buruk orang tanpa cermin diri sendiri. 

teringatkan teman pengumpul tin coke