Thursday, September 23, 2010

~Perlu ke~

Amek gambar ni dan besarkan. Siape yg ade dlm gamba ni, korang kene kenang. Gambar lame da bertukar tgn. Ade 4 watak dalam gamba tu. Sorang dlm buaian, dan ade sepasang budak duduk mengadap ibu yg menyuap makanan. Aku amati gambar yg nampak gelap dan kelam itu. Tak cantik pun gamba tuh tuk dibesarkan. Membazir duit aje kalu nak besarkan. Gelap plak tu gambanye. Kamera zaman tok adam dulu. Dah le gamba ibu yg menyuap tu tak nampak muke. Tapi arahan dah keluar. Biasenye selagi tak dibuat selagi tuh soalan akan bertalu ditanye.

Nak buat ke tak. Hish...membazir btol. Kenape mesti kene besarkan. Tetibe aje plak tu. Ade aku wat silap ke? Kot2 terguris perasaan ke sesejak ni. Suruh aku kenang lagi plak tu pengorbanan ibu dlm gamba tu. Aku tinggalkan gambar tu atas meja dan balik trus ke KL. Nanti la aku pikir nak besarkan ke tak.

Watak dlm gambar aku, bazzly, amir dan mak bonda. Arahan dr ayah hende...huhuhu...

Monday, September 13, 2010

~ADAT~

Kamu jgn berani balik dengan rambut yg panjang.
Kamu jgn sekali-kali warnakan rambut kamu.
Jangan pernah berani pakai jeans yg koyak-koyang kat lutut.
Itu jika kamu lelaki, jika kamu perempuan.
Jangan pernah berani bawa pulang teman lelaki kamu ke rumah ini.
Jangan kamu kongsi kisah cinta kamu dengan kami.
Jangan kamu cuba ubah pantang larang ini.

Semua syarat2 ini tidak pernah terpacul dr mulut dia secara rasmi. Tak pernah tercetak apetah lagi tertampal di dinding rumah kediaman kita. Tapi kita semua faham kehendak dia. Kita semua tak penah berani minta dia faham akan perubahan zaman. Kalau ikutkan, sekarang zaman terbuka. Sepatutnya dia boleh terima perubahan baru. Anak-anak era baru. Tapi kamu jgn harap!

Yang di luar kamu jgn pertikai, jgn persoal, jgn mau tunjuk HERO. Kamu igt kamu Shah Rukh Khan yg nak ubah Institusi Gurukul? Dia bukan Amitabh Bachan dlm filem itu. Dia lebih keras dari watak Amitabh.
Biarpun dia begitu kita tetap hormat dan sanjung pengorbanannya selama ini. Dia AYAH kita.


Saturday, September 11, 2010

~Lawak Mak~

Hari ni aku nak cerita pasal Mak aku. Mak aku ni lawak orgnye. Kelaku dia kadang2 sgt comel. Heh. Entah sesuai ke tak perkataan comel tuh untuk Mak yg umurnya sudah 64tahun. Fizikal Mak aku ni plak GEMUK sgt. Nanti aku ade masa aku post gamba Mak aku yg comel tuh. Banyak sgt mende lawak yg Mak aku cipta secara spontan. Nak2 time2 raye ni. Ade aje aksi slumber dia.

Mcm pagi tadi. Kejadian bermula didapur. Arahan dikeluarkan dr mulut Mak aku kepada cucunya.
Ngan nada tegas Mak menyuruh :
" Along pi cakap kat Mak ndak (kakak aku) singgah Giant beli espegetip."
Along yg blur :
" Ape Opah?? mende ape tu."
Mak yg masih yakin :
" Ko gi je ckp kat Mak ndak...dia tau la."
Along yg masih blur berjalan dr dapur ke bilik Mak ndak nye. Seraya berkata :
" Mak ndak Opah suruh singgah kat giant jap lagi. Opah suruh beli espegetip. Espegetip tu ape Mak ndak? "
Mak Ndak yg dah masak ngan ayat2 boombastik Mak :
" Espegetip tuh spegeti. Opah ko mmg tak reti sebut.

Punye la suke hati aje mak aku tuh nak menyebut. Sebek la bkn dia yg pi order ESPEGETIP tuh. Kalau tak mau jenuh org kat Giant tuh nak paham ape la makcik ni sebut. Aku gelak sampai tepuk lantai bile aku dgr maksud ESPEGETIP Mak aku tuh. Mak... Mak...adoi....

Sunday, September 5, 2010

~Aku yg Gelap~

Aku gelap orangnye.Gelap kulit,gelap hati,gelap mata,gelap nafsu dan gelap segalanye.Warne favo aku hitam.Kereta aku,bilik aku,baju keje aku semuanya hitam.Tapi aku bukan gothic.Bukan sipemake up mata mcm Adam Lambert. Aku punya sepasang mata yg besar. Kalau aku membiarkan mata aku berat dgn celak gaya itu, maknanye mata aku tak ubah seperti mata yg ditumbuk dengan anak lesung batu.

Dalam hidup aku kekadang ade cahaya yang menyoroti, tapi aku cume melayari seketika.Kemudian aku membenarkan kegelapan itu kembali.Mungkin normal kehidupan seperti itu.Sebab pastinya aku manusia normal.Tapi itu tak bermakna aku perlukan lampu suluh dalam poket kirikanan aku untuk terus mendapatkan cahaya.Kerana bukan itu caranye nak dapatkan cahaya.

Dah tu ape caranye?
Aku tinggalkan persoalan ini untuk jawapan yg subjektif...